Bab 21-Jihoon Gedik Vs Ustaz Baekhyun

109 21 19
                                    

Aku melangkah masuk ke dalam kedai serbaneka dengan penuh girangnya.Dah dua hari aku tak jejakkan kaki kat kedai serbaneka ni.Rindu pulak rasanya.

Keadaan di dalam kedai serbaneka tidaklah begitu sibuk seperti biasa.Selalunya tak menang tangan aku,Bro Kang dan Bro Byun nak kendalikan.

Mungkin kedai ni tak sibuk macam selalu sebab aku tak ada kut.Eh,memandai je aku ni.

Mataku meneroka ke segenap ruang di dalam kedai serbaneka sehinggalah mataku tertumpu kepada seorang lelaki yang sedang duduk di kaunter.

Lelaki itu sedang melihat jam tangannya dengan pandangan yang agak gelisah.

Sebuah senyuman nakal terbentuk di bibirku.Aku mula mengatur langkah menuju kepada lelaki di kaunter yang sedang leka melihat jam tangannya sehingga tidak sedar yang aku sedang berjalan ke arahnya.

"Haishh,manalah si budak Byun ni?Cepatlah datang.Aku dah lambat nak pergi date ni.Nanti mesti baby marah aku sebab aku datang lambat."bebel lelaki itu seorang diri sambil matanya tidak lepas dari memandang jam tangan.

"Ayo,bro Kang."

Aku menampar kuat bahu lelaki itu sambil menyapa dengan penuh riang.

Bahunya terhinggut sedikit mungkin kerana terkejut dengan tamparan kuat aku tadi.Lelaki itu pantas mengalihkan pandangannya ke arah aku.

"Ayo,sis Kim."balas lelaki itu kembali sambil memandang aku.

Dia terkejut melihat aku yang berada di hadapan.Tidak sempat aku hendak berkata apa-apa,badanku terus ditarik ke dalam pelukan lelaki itu.

Lelaki itu memeluk aku dengan erat sekali sehingga aku rasa sukar untuk bernafas.

"L-lepaskan aku.A-aku tak boleh nak bernafas ni."ujarku dengan nafas yang agak tersekat-sekat.

Lelaki itu meleraikan pelukannya denganku.Aku cepat-cepat menarik nafas sedalam mungkin selepas bebas daripada pelukan lelaki itu.

"Oppa."

Tak sempat aku nak menarik nafas dengan lebih dalam,sebuah suara menyapa aku dan lelaki itu.

Kami berdua sama-sama memalingkan muka ke arah suara itu.

Seorang perempuan berambut panjang yang lengkap memakai t-shirt pink dan berseluar jeans biru sedang berdiri di hadapan aku dan lelaki itu.Jelas terpancar kemarahan di riak muka perempuan itu.

Jelas terpancar kemarahan di riak muka perempuan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Oppa Daniel,siapa perempuan ni?Hei,perempuan.Kenapa kau peluk boyfriend aku?Kau tahu tak lelaki yang kau peluk tu boyfriend aku.Oppa Kang Daniel ni boyfriend akulah."marah perempuan itu sambil bahuku ditolak kasar olehnya.

"Kau ni siapa?Entah dari mana datang pastu tiba-tiba nak marah orang.Cuba kau perkenalkan diri kau sikit."balasku kembali sambil menepis tangan perempuan itu yang masih lagi menolak bahuku.

[OG]Bald Love|| KTH❤👽👦👧Where stories live. Discover now