Aku dapat merasakan badan aku pasti sudah bertemu dengan kereta itu.Ah,mesti sakit nak mampos tahap gaban bukan.
Tetapi,
Sangkaanku meleset sama sekali.Entah daripada mana datangnya tiba-tiba ada seseorang menolak badanku kasar sehingga aku terjatuh dengan kuatnya ke tepi jalan.
Kemain kuat dia tolak sampai aku landing HELOK je kat tepi jalan tu.Sebelum aku landing helok je kat tepi jalan,sempat lagi aku mengusha orang yang sudah menolak aku tu.
Mungkin akibat daya tolakan yang dia kenakan pada aku tu terlalu kuat,dia juga hilang keseimbangan dan terdorong ke tepi jalan macam aku.(Amboi,kemain lagi author ni guna daya tolakan bagai.Macam belajar sains pulak).
By the way,orang yang tolong aku tu lelaki tau.Kejap,yeke lelaki?(entah-entah SAJAT?Tak pun hantu jalan.OMG)Aku tak berapa nak nampak muka dia la.
Yelah aku kan tengah dalam saat-saat nak landing kat tepi jalan ni.Manalah sempat nak usha muka dia lama-lama.Dah-dah aku nak landing dengan aman ni.Okay bye.
Bukk
Sebuah bunyi yang agak kuat menyapa gegendang telingaku.Secara serta merta,terasa cecair pekat panas mengalir daripada dahiku.Kepalaku terasa sakit.Sakit yang teramat sangat.
Mana tak sakitnya,kepala aku yang sangat ku sayangi dan belai dengan penuh kasih sayang selama 20 tahun ini terhantuk dengan kuatnya kat atas jalan tu.
Aku sempat melihat ke arah hadapanku dengan pandangan yang kabur.Seorang lelaki terbaring lemah tidak jauh daripada aku.Bahagian kepala dan beberapa bahagian lain badannya berlumuran dengan darah.
"Te...rima ka...sih."
Itu sahaja yang sempat aku ucapkan kepada lelaki itu sebelum mataku tertutup lagi.Kali ini,mungkin buat selamanya.
***
"Sarang."
Aku membuka mata perlahan-perlahan apabila terdengar seseorang sedang memanggil namaku.Aku bangun daripada katil.Eh,kejap katil?Aku melihat semula tempat yang dipanggil katil tadi.
"A.Awan?"
Tempat yang dipanggil katil rupa-rupanya sebuah awan yang sangat putih dan gebu.Sebijik macam gula-gula kapas yang aku selalu makan dengan jungkook dan howon.
Eh,kejap.Siapa jungkook dan howon?Aku kenal mereka ke?Rasanya ini baru pertama kali aku dengar nama jungkook dan howon?Diorang kawan aku ke?
Aku tak ingat pun yang aku pernah ada kawan bernama jungkook dan howon.Ah,lantaklah.Malaslah nak ambik tahu.Yang aku nak ambik tahu sekarang ialah siapa yang panggil nama aku tadi.
Aku bangun dan cuba untuk bergerak.Terasa badan aku begitu ringan sekali.Macam tengah terbang je rasanya.Eh,kejap.Kenapa kaki aku tak jejak tanah pun?Kepelikan apakah ini?
Aku segera melihat ke bawah.Rupa-rupanya badan aku tengah terapung-apung kat udara sekarang.Aku macam tak percaya yang aku tengah terbang.Dan yang paling mengejutkan ialah aku ada sepasang sayap.
Aku ada sayap?
Kompom aku dah berada di alam kematian sekarang.
"Sarang,marilah sini."panggil suara itu lagi.
Aku mencari-cari suara yang memanggilku tadi.Setelah puas mencari,akhirnya aku menjumpai pemilik suara itu.
Seorang lelaki yang lengkap berpakaian putih dari atas sehinggalah ke bawah dan juga bersayap sepertiku sedang memandang aku dengan pandangan penuh mesra.
YOU ARE READING
[OG]Bald Love|| KTH❤👽👦👧
Fanfiction"Kenapa kau cintakan aku?" "Sebab kau botak." Start:1 October 2018 End: