Bald Love¤KTH
♡♡♡Don't fool yourself only because of fake love.
♡♡♡
Anak tangga demi anak tangga aku panjat perlahan-lahan sambil membawa tiub plastik berbentuk silinder berisipadu 500 ml air yang dimasukkan ke dalam badan aku melalui tangan.
"Huh,penatnya panjat tangga.Ini baru tingkat 1.Target aku hari ini aku nak panjat sekurang-kurangnya 5 tingkat.Jungkook kata kalau kita selalu panjat tangga,jangka hayat kita akan lebih panjang."
Anak tangga aku panjat lagi walaupun aku rasa aku dah hampir-hampir semput.Baru sahaja kaki aku ingin menijak tangga terakhir tingkat 1,langkahku terjeda seketika di situ.
"Jina,apa awak buat ni?Jangan pegang saya.Lepaskan tangan saya.Awak tak malu ke?"
Suara seorang lelaki yang kedengaran agak marah menyapa gegendang telinga.
"Tak.Saya tak nak lepaskan awak.Saya nak terus pegang awak.Saya memang tak malu sebab awak kekasih saya.Buat apa saya nak malu dengan kekasih saya sendiri.Betul tak,baby?"
Suara seorang perempuan pula mula kedengaran selepas lelaki itu bercakap.
"Kenapa aku rasa macam aku kenal suara lelaki dan perempuan ni?Suara lelaki tu macam suara doktor Jin.Suara perempuan tu pulak macam suara Jina."getusku perlahan sambil telingaku mendengar apa yang mereka bicarakan.
Kepala dijengukkan sedikit ke atas untuk melihat wajah lelaki dan wanita itu.
Seorang lelaki memakai jubah doktor dan seorang perempuan memakai baju pesakit sedang bercakap sesama mereka.
"Awak tak faham bahasa ke?Saya kata lepaskan saya.Saya tak suka awak pegang-pegang tangan saya.Awak kena ingat.Awak girlfriend kepada Kim Taehyung,anak saudara saya.Awak bukan girlfriend saya jadi awak tak ada hak untuk pegang saya."
Doktor Jin berusaha keras untuk melepaskan tangannya daripada Jina sehingga dia tidak sengaja tertolak Jina.
Jina bangun lalu dia memandang lama doktor Jin.Dia berjalan ke arah doktor Jin.Tangannya menarik kolar jubah doktor Jin sehingga doktor Jin terdorong ke arahnya lalu...
Chup!
Jina mencium bibir doktor Jin spontan.Doktor Jin kelihatan sangat terkejut dengan tindakan Jina yang tiba-tiba mencium bibirnya itu.
Pang!
"Itu yang kau patut dapat sebab kau dah berani cium aku.Perempuan,kau dengar sini.Kalau ditakdirkan kau satu-satunya perempuan yang tinggal dalam dunia ni,aku tak akan kahwin dengan kau.Mati hidup balik pun aku tak akan mencintai kau.
Aku tak akan khianati Taehyung semata-mata kerana kau.Aku tak akan pernah suka,sayang mahupun cintakan kau."marah doktor Jin sambil merenung tajam.
YOU ARE READING
[OG]Bald Love|| KTH❤👽👦👧
Fanfiction"Kenapa kau cintakan aku?" "Sebab kau botak." Start:1 October 2018 End: