Waiting for you,Anpanman~
Rangkap pertama lagu Anpanman yang dinyanyikan oleh V daripada BTS,kumpulan idol lelaki Korea yang sudah terkenal seantero dunia sedang berdendang kuat di kedua-dua belah telingaku melalui earphone.
Air mata juga menjadi peneman setia aku sejak dari tadi.Semakin laju rap yang dinyanyikan oleh J-hope,Suga dan Rapmonster di dalam lagu Anpanman yang berdendang di telinga,semakin laju air mata menuruni pipiku.
Sesungguhnya aku amat sedih dengan kata-kata omma terhadap aku tadi.Untuk menghilangkan kesedihan yang mula menguasai diri,aku mendengar lagu-lagu ceria seperti lagu Anpanman.Kalau aku sedih,mesti aku akan ceriakan diri dengan mendengar lagu-lagu yang ceria.
Baru sahaja aku ingin menghayati bait-bait lagu Anpanman,paha kananku terasa seperti sedang dipegang oleh seseorang.
Aku dengan sepantas kilatnya menolehkan kepala ke arah kanan untuk mencari orang yang telah memegang pahaku sebentar tadi.
Rupa-rupanya
Terdapat dua orang lelaki sedang duduk di kanan dan kiriku.Lelaki yang duduk di sebelah kanan sedang meraba-raba pahaku.
Bush!!!
Tanpa banyak bicara, aku terus melayangkan sebuah tumbukan padu ke muka lelaki itu sehinggakan lelaki itu terjatuh daripada tempat duduknya.
"Ini yang kau patut dapat sebab dah berani raba paha aku,dasar lelaki pervert tak guna."
Aku merenung tajam lelaki itu yang sedang mengelap mulutnya yang sudah berdarah akibat ditumbuk oleh aku.
Lelaki itu tersenyum sinis selepas dia selesai mengelap mulutnya.
"Aku tak habis lagi dengan kau,perempuan.Bobby,pegang dia.Aku nak ajar dia sikit.Berani betul dia tumbuk BI."arah lelaki itu kepada seorang lagi lelaki yang duduk di sebelah kiriku.
Sebaik sahaja aku mendapat tahu tentang rancangan mereka,aku serta merta bangun dan membuka langkah untuk segera pergi dari perhentian bas ini.
Tetapi
Nampaknya aku tidak cukup pantas kerana tidak sempat aku hendak melarikan diri,lelaki yang duduk di sebelah kiriku lebih pantas memegang aku.
Kedua-dua belah tanganku dipegang kuat oleh lelaki yang duduk di sebelah kiriku atau lebih dikenali sebagai Bobby.Aku kini sudah tidak mampu untuk melarikan diri.
Aku cuba untuk melepaskan tangan daripada Bobby tetapi apakan daya kudrat lelaki melebihi kudrat seorang wanita.
Manakala,orang-orang yang berada di perhentian bas ini hanya menjadi pemerhati sahaja.Tiada seorang pun yang mahu menolong aku.Semuanya sibuk dengan phone masing-masing.Dasar manusia.
Lelaki yang sudah ditumbuk olehku tadi atau BI namanya sedang berjalan ke arah aku dengan pandangan yang menakutkan plus pervert.
YOU ARE READING
[OG]Bald Love|| KTH❤👽👦👧
Fanfic"Kenapa kau cintakan aku?" "Sebab kau botak." Start:1 October 2018 End: