"Omma."
Aku memanggil omma sebaik sahaja aku melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah.
Suasana di dalam rumah sunyi sepi.Selalunya kalau aku balik masa-masa macam ni mesti dengar bunyi omma tengah masak.Hari ni senyap semacam rumah aku.Manalah omma agaknya ye?
"Omma.Omma ada kat mana?Anak kesayangan omma dah balik ni."panggilku lagi sambil kawasan ruang tamu sudah selesai dijelajah demi mencari omma.
Kelibat omma tiada di ruang tamu.Selain dari ruang tamu,tempat yang omma selalu pergi ialah dapur.
Aku yakin mesti omma ada kat dapur.Langkah kakiku terus dituju ke dapur.
Tak sempat aku nak berjalan ke dapur,omma keluar dari dapur dengan membawa semangkuk makanan.
Aku terus pergi kepada omma lalu badannya dipeluk erat.
"Omma,Sarang rindu sangat kat omma.Omma rindu Sarang tak?"tanyaku kepada omma sambil badan omma masih dipeluk erat olehku.
Aku memeluk omma dengan erat sekali tetapi yang peliknya omma tidak memeluk aku kembali.
"Sarang,pergilah mandi.Busuklah.Nanti dah siap mandi turun makan.Omma tunggu."balas omma dengan nada suara yang agak dingin.
Aku segera meleraikan pelukanku dengan omma.Patutlah omma tak nak peluk aku.Sebab aku busuk rupanya.
"Sarang pergi mandi kejap ye.Omma tunggu tau."
Aku segera berlari menaiki anak tangga untuk menuju ke bilikku yang berada di tingkat atas.
♡♡♡"Warghh,kenyangnya Sarang malam ni.Terima kasih omma sebab dah masak makanan kegemaran Sarang.Ni yang buat Sarang sayang omma sangat-sangat."pujiku sambil mengangkat thumbs up kepada omma.
"Betul ke Sarang sayangkan omma sangat-sangat?"
Omma memandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan sejurus dia menanyakan soalan kepada aku.
"Betullah Sarang sayangkan omma sangat-sangat.Ommalah satu-satunya orang yang Sarang paling sayang dalam dunia ni."beritahuku kepada omma sambil membuat bentuk love menggunakan tangan ditujukan khas buat omma tersayang.
"Yeke omma ni orang yang paling Sarang sayang dalam dunia ni?Omma rasa Sarang lebih sayangkan lelaki tu kan."balas omma sambil menjungkitkan kening kirinya.
Lelaki tu?Lelaki mana pulak ni?Takkanlah omma dah tahu pasal Taehyung dan aku kat hotel?Pelik.
"Lelaki tu?Siapa lelaki tu?Sarang tak fahamlah,omma."tanyaku lagi kepada omma lalu kepalaku yang sememangnya gatal pada masa itu digaru kasar.
Omma mengeluh perlahan kemudian dia bangun dari kerusinya.Dia berjalan ke arah aku dan berhenti tepat di belakang aku.
"Lelaki yang sebilik dengan Sarang kat hotel tu."bisik omma halus di telinga kananku.
Aku segera bangun dari kerusi lalu aku memusingkan badan menghadap omma.
Air muka omma dibaca sejenak olehku sebelum memulakan bicara.
Daripada air muka omma,aku dapat simpulkan yang omma tengah marah dengan aku sekarang.
"Omma,Sarang boleh jelaskan semuanya pada omma.Sebenarnya,Sarang tak..."
Tak sempat aku nak habiskan percakapan,omma lebih pantas mencelah.
"Sarang tak kenal pun lelaki tu kan?Sarang pengsan kat tepi jalan lepas tu lelaki tu jumpa Sarang.Dia selamatkan Sarang yang tengah pengsan dengan bawa Sarang ke hotel.Itu yang Sarang nak jelaskan pada omma kan?"
YOU ARE READING
[OG]Bald Love|| KTH❤👽👦👧
Fanfiction"Kenapa kau cintakan aku?" "Sebab kau botak." Start:1 October 2018 End: