Menangis boleh buatkan kita lupa tentang masalah kita walaupun hanya untuk sekejap sahaja.
Jam tangan berwarna hitam yang dipakai di pergelangan tangan kiri sempat dikerling.
Jam menunjukkan pukul 8:30 malam.Sudah 1 jam berlalu sejak aku menelefon senior Bae pada pukul 7:30 malam tadi.
"Manalah senior Bae ni?Janji pukul 7:45 malam.Sekarang dah pukul 8:30 malam kut?Takkanlah dia sibuk tolong omma dia buat roti sampai terlupa pasal aku?"
Aku membebel seorang diri dengan nada suara yang amat perlahan di belakang pokok di taman hospital.Mana boleh bebel kuat-kuat.Nanti kalau ada orang terdengar bebelan aku hancurlah misi melarikan diri dari hospital malam ni.
Aku melihat jam tanganku lagi.Jam sudah menunjukkan pukul 8:35 malam tetapi batang hidung mahupun bayang-bayang senior Bae langsung tidak kelihatan.
Nampak sangat senior Bae terlupa yang dia kena larikan aku dari hospital ni.Mesti dia tengah sibuk tolong omma dia kat kedai kek omma dia.Anak mithali la katakan.
"Kalau pukul 9 malam pun senior Bae tak datang-datang juga,aku nak larikan diri aku sendiri dari hospital ni."tekadku di dalam hati sambil mataku masih lagi memandang jam tangan.
Tidak sampai beberapa saat aku bertekad untuk melarikan diri tanpa bantuan senior Bae,kelibat seorang lelaki yang tinggi dan kurus menyapa pandangan mataku.
Lelaki itu lengkap memakai jaket jeans berwarna biru dan berseluar jeans hitam.Dia sedang berjalan melepasi pokok yang menjadi tempat persembunyian aku sekarang.
Aku yakin itu mesti senior Bae.Aku mesti buat sesuatu supaya dia perasan yang aku ada kat belakang pokok ni.
"Psst.Psst.Senior Bae.Saya ada kat belakang pokok ni.Psst.Senior Bae."Aku memanggil senior Bae tetapi dia langsung tidak menoleh ke arahku.Mungkin dia tak dengar aku panggil kut.Aku nak panggil kuat-kuat la.
"Senior Bae.Senior Bae.Senior Bae Jin Young.Senior muka roti."
Aku sudah memanggil senior Bae denga kuat tapi dia masih tak dengar.Sampaikan aku panggil dengan nama gelaran senior muka roti pun dia langsung tak toleh kat aku.
Dahlah tak dengar aku panggil pastu dengan selamba badaknya dia sedap-sedap je duduk kat bangku tu.Nak kena betul senior Bae ni.
Senior Bae tak dengar junior Sarang panggil ye.Meh sini junior Sarang nak panggil senior Bae lagi dengan penuh 'hormatnya'.
"Senior Bae Jin Young anaknya kepada Bae Joon Young dan Bae Ji Young dan adiknya kepada Bae Soo Ji,please notice juniormu yang ada kat belakang pokok ni."
YOU ARE READING
[OG]Bald Love|| KTH❤👽👦👧
Fanfic"Kenapa kau cintakan aku?" "Sebab kau botak." Start:1 October 2018 End: