Sarang pov
"Sayang."
Sebuah suara seperti suara seorang lelaki tiba-tiba menyapa gegendang telingaku.Nak tahu apa yang lebih teruk lagi?Aku dapat rasakan tangan kananku sedang dipegang erat oleh seseorang.
Terkejut beruk dengan keadaan itu,aku segera berpaling melihat ke arah kananku untuk mencari pemilik suara tadi dan orang yang telah memegang tanganku.
Rupa-rupanya
Seorang lelaki lengkap berpakaian hitam daripada atas sehinggalah ke bawah termasuklah mukanya ditutupi dengan mask dan shades hitam sedang memegang erat tangan kanan aku.
"Omma,tolong ada lelaki pervert pegang tangan adik.Tolong!"jeritku sekuat hati sampai rasa macam nak terkeluar dah anak tekak.
"Omma,tolong.Tolong,tolong,tolong."
Lelaki itu yang terkejut mendengar jeritan kuat aku sebentar tadi terus melepaskan pegangan tangannya.
Setelah tanganku dilepaskan,dia segera menekup mulut dengan tangannya pula supaya tiada sesiapa mendengar jeritan aku.
"Shh,diamlah sayang."kata lelaki pervert itu sambil menekup mulutku.
Tangan lelaki pervert itu yang menekup mulutku dikilas dan dipeleotkan oleh aku mengikut teknik seni mempertahankan diri taekwando yang selama ini sudah sebati dengan diriku sebagai atlet taekwando sekolah.
Aku mengilaskan tangannya dengan tujuan supaya tangannya sakit.Bila tangan dia dah sakit,mesti dia akan lepaskan tekupan tangan dia kat mulut aku dengan serta merta.Lepas aku dah belasah lelaki pervert ni cukup-cukup,baru aku akan cabut lari daripada taman hospital ni.
Tetapi
Nampaknya tindakan aku untuk mengilas dan mempeleotkan tangan lelaki pervert itu hanya menemui kegagalan.
Lelaki itu mematahkan serangan kilasan tangan aku dengan cara mengunci pergerakan aku.Sekarang kedua-dua belah tangan aku dah 'dikunci' oleh lelaki itu.
Aku cuba untuk melepaskan diri daripada lelaki itu tetapi sekali lagi usaha aku menemui kegagalan juga.Tanganku 'dikunci' dengan kuat oleh kedua-dua belah tangan lelaki itu.Tangan aku langsung tak boleh bergerak sekarang.
"Woi,lelaki pervert.Baik kau lepaskan tangan aku sebelum aku..."
Tak sempat aku nak habiskan ayat,lelaki pervert itu menarik tanganku dengan kedua-dua belah tangannya.Dia menarik tanganku supaya mengikutnya ke suatu tempat.Ke mana aku sendiri pun tak tahu.
Aku berusaha bersungguh-sungguh untuk melepaskan diri daripada lelaki itu tetapi tetap juga tidak berhasil.Lelaki itu menggenggam tanganku dengan amat kuat sekali.
"Woi,lelaki pervert.Lepaskan aku.Kau ni siapa hah?Aku ada tali pinggang hitam dalam taekwando tau.Kalau kau tak nak aku belasah kau,baik kau lepaskan aku sekarang."ugutku kepada lelaki pervert itu.
Lelaki itu seakan-akan tidak mendengar ugutan aku.Dia tidak mempedulikan aku dan terus menarik tanganku supaya mengikutnya.
Habis tu,korang ingat aku duduk diam je?Tak melawan langsung?Aku ikut je ke mana lelaki ni nak bawa aku?Memang taklah.Mestilah aku melawan.
Perempuan yang gila dan tak sayangkan maruah je yang tak akan melawan kalau tiba-tiba ada lelaki tarik tangan dia tengah-tengah malam macam ni.
Bukan setakat melawan,aku sampai dah tak larat nak jerit dah.Rasa macam nak pecah anak tekak aku asyik menjerit daripada tadi.
Kemain kuat aku jerit tapi tak ada siapa pun yang datang tolong aku.Semua orang dah pekak ke sampai tak dengar jeritan aku ni?Pelik.
Aku siap sepak kaki dan buntut dia sekali tau.Tapi lelaki tu buat tak tahu je.Kemain aku sepak lelaki tu langsung tak bagi reaksi yang menunjukkan dia sakit atau terkesan dengan sepakan padu aku.Lelaki ni tak ada deria rasa ke?Dahlah badan pun sekeping macam kayu.
Entah-entah lelaki yang tengah tarik tangan aku sekarang ni bukan orang.Jangan-jangan lelaki ni antara salah satu hantu yang berkeliaran kat hospital ni.
Tapi,lebih baik kena tarik tangan dengan hantu daripada kena tarik tangan dengan manusia.Sekurang-kurangnya hantu tak boleh buat apa-apa kat aku.Manusia boleh buat macam-macam.
"Lepaskan akulah.Kau ni siapa?Aku tak kenal kau pun.Apasal kau suka-suka hati tarik tangan aku?Apa hak kau nak tarik tangan aku?Tolong.Tolong.Tolong.Ada sesiapa tak?Tolong.Ada lelaki pervert cuba nak culik saya.Tolong."teriakku sekuat-kuat hati.
"Apa awak kata tadi?Awak tak kenal saya?Jangan nak buat lawak boleh tak.Saya ni boyfriend awak tau.BOYFRIEND."beritahu lelaki itu sambil menekankan perkataan boyfriend.
Lawak sup buntut apakah ini?Sejak bila pulak aku ada boyfriend?Aku manalah ada masa nak ada boyfriend.Aku sibuk buat kerja sambilan sampai tak sempat nak ada boyfriend.
Lagipun,aku tak teringin langsung nak ada boyfriend.Bukannya best pun ada boyfriend.
Dan aku yakin lelaki ni mengaku yang dia tu boyfriend aku hanyalah sekadar helah semata-semata.Lelaki pervert memang macam ni perangainya.Dia ingat dia boleh tipu Kim Sarang.Memang silap besarlah kalau dia ingat dia boleh tipu aku.
"Sejak bila pulak kau jadi boyfriend aku?Dasar lelaki pervert.Apa motif kau nak culik aku ni?Untuk pengetahuan kau,keluarga aku miskin tau.Duit dalam bank pun tak banyak.Kau tak akan dapat apa-apa pun kalau kau culik aku.Baik kau lepaskan aku."beritahu aku dengan penuh jujurnya kepada lelaki itu.
"Kenapa saya perlu culik awak sedangkan awak girlfriend saya?Saya tak ada motif untuk culik awak sebab awak dah jadi milik saya.Awak akan ikut ke mana sahaja saya pergi.Sekarang masuk dalam kereta dulu ye,sayang."ujar lelaki itu dengan penuh mesra sambil menolak aku masuk ke dalam tempat duduk hadapan kereta.
Kereta?
Masa bila pulak lelaki ni tarik aku sampai kereta?Macam mana aku boleh tak perasan ni?Mesti aku tak perasan sebab asyik bergelut dan fikirkan cara nak lepaskan diri daripada lelaki pervert ni.
Sebaik sahaja aku ditolak masuk ke dalam kereta oleh lelaki itu,aku cepat-cepat membuka semula pintu kereta untuk melarikan diri
Tetapi
Pintu kereta tidak dapat dibuka.
Amacam guys?Okay tak bab 12?Sorry ye kalau bab 12 sedikit hambar.Entahlah kenapa dua tiga hari author rsa cam blank.Cam tak tahu nak tlis apa.Nasiblah dah ok sekarang.Hohoho.
Btw,apa korang akan buat kalau korang ada dalam keadaan sarang macam dalam bab 12 ni?Ha cer komen skit.
Anyway,enjoy reading chapter 12 ok.Nak tahu apa akan jadi kat sarang?Stay tunelah to the next chapter.
Bye,guys.
Take care
Love you❤Till we meet again in the next chapter.
YOU ARE READING
[OG]Bald Love|| KTH❤👽👦👧
Fanfic"Kenapa kau cintakan aku?" "Sebab kau botak." Start:1 October 2018 End: