Bab 27-Answer:Find it yourself

72 12 23
                                    

Amaran:Dilarang meniru aksi-aksi yang agak melampau dan berbahaya di dalam bab ini.Sekian terima kasih.Harap maklum☺

Titisan terakhir air soya daripada botol kaca diteguk laju olehku.Setelah aku betul-betul pasti sudah tiada air soya yang tinggal di dalam botol kaca,aku bangun daripada kerusi yang terletak bersebelahan dengan vending machine.

Langkah kakiku dibuka terus ke hadapan hanya untuk satu tujuan.Aku akan cari dia sampai jumpa walaupun aku terpaksa tanya setiap orang yang ada kat hospital ni untuk aku tahu keberadaan dia.

Bila Kim Sarang nakkan sesuatu,dia akan berusaha sampai dia dapat apa yang dia nak walaupun dia terpaksa gunakan cara yang jahat.Bagi aku,niat boleh menghalalkan cara asalkan aku dapat apa yang aku nak.

Eh,kejap.Tapi masalahnya sekarang,aku tak tahu kat mana bilik doktor Kim.Kalau aku tak tahu bilik dia,macam mana aku nak jumpa dia?Aku nak kena tanya nurse ni.Mesti diorang tahu kat mana bilik doktor Kim.

Baru sahaja aku ingin melangkah menuju ke kaunter pertanyaan untuk menanyakan tentang bilik doktor Kim kepada seorang nurse yang berada di kaunter pertanyaan,dua orang lelaki yang memakai baju pengawal keselamatan tiba-tiba keluar daripada sebuah bilik dan terus berjalan di hadapanku.

Aku melihat sekilas bilik yang baru sahaja dua orang lelaki itu keluar tadi.Mereka berdua keluar daripada bilik cctv rupanya.

"Betul ke cctv kat luar dan dalam bilik doktor Kim dah rosak?"tanya salah seorang lelaki itu kepada rakannya.

"Betul.Dengar cerita katanya hantu yang rosakkan semua cctv tu sebab imej terakhir yang dirakam oleh cctv tu ialah bayangan putih.Tak lama lepas bayangan putih tu dirakam oleh cctv,cctv terus rosak.Ini kisah benar tau.Aku sendiri yang tengok rakaman cctv tu."

Lelaki yang seorang lagi itu menceritakan perihal cctv dengan penuh bersemangat kepada rakannya.

Aku pula hanya mencuri dengar daripada belakang.Cctv kat luar dan dalam bilik doktor Kim dah rosak.Makin senanglah kerja aku lepas ni.

"Tapi bilik doktor Kim kat mana?Aku tak tahu sebab aku pekerja baru."tanya salah seorang pengawal keselamatan kepada rakannya yang lebih tinggi daripadanya.

"Bangunan hospital ni ada 13 tingkat.Bilik doktor Kim yang handsome tu dekat tingkat 5.Bilik doktor Kim yang berlesung pipit tu pulak kat tingkat 11."beritahu pengawal keselamatan yang tinggi itu kepada rakannya.

Aku baru tahu rupa-rupanya ada dua orang doktor Kim.Aku yakin bilik doktor Kim yang aku cari tu mesti bilik doktor Kim yang dekat tingkat 5 tu.Doktor Kim yang aku kenal tu tak ada lesung pipit dan yang paling penting sekali ialah dia handsome.

Aku membiarkan dua orang pengawal keselamatan itu berlalu pergi terlebih dahulu.Aku tak naklah ikut diorang.

Nanti mesti diorang akan perasan aku ikut diorang dan mesti diorang akan syak aku nak buat apa-apa kat doktor Kim.Lagipun,aku dah tahu kat mana bilik doktor Kim.Doktor Kim,tunggu Kim Sarang datang ye.

                       
                        ♡♡♡

Dr Kim Seok Jin
Pemilik bersama Namjin Hospital

Papan tanda yang terdapat di pintu bilik doktor Kim dipandang lama.Botol kaca yang berada di tangan kiriku juga disembunyikan di belakang badan.

Mataku memerhati kawasan sekeliling dahulu sebelum aku memasuki bilik doktor Kim.

Setelah aku benar-benar pasti yang tiada sesiapa di sini,tombol pintu dipulas perlahan.Aku terus meloloskan diri ke dalam bilik doktor Kim dengan penuh berhati-hati.

[OG]Bald Love|| KTH❤👽👦👧Where stories live. Discover now