LM 1 ✔

6.3K 199 14
                                    

Kehidupan di penjara itu belum asing lagi bagi gadis yang bernama Erisha Ezel Nadya . Nadya sememangnya seorang gadis yang mudah bosan dengan kesunyian Unit Penjara Mewah itu . Kalau kau pun bosan juga kan .

Hidupnya tidak keruan selama hampir tiga tahun dia sudah 'menetap' disitu tanpa melihat dunia yang diciptaNya . Keluarganya juga dia tidak pernah bertemu dengannya setelah dia dimasukkan ke penjara itu malah yang hanya dibenarkan  oleh pihak makhamah hanyalah peguam peribadinya sahaja selain daripada itu orang luar tidak dibenarkan masuk sama sekali . Bahaya . Sebab apa ? Sebab Unit Penjara Mewah hanya dikhaskan kepada penjenayah yang sangat dikehendaki saja .

" Ohhhh gods! I'm so bored . What can i do sial ! " marahnya sendiri .

Teriak manapun dia , sebesar mana pun suaranya tetap juga tidak boleh didengar sebab apa ? Sebab bilik means penjara yang didudukki nya kalis bunyi . Ulang sekali lagi kalis bunyi .

Punat loceng berwarna merah itu ditekannya . Muncul seorang 'pak guard' yang sentiasa menghadapnya bila saja loceng dibunyikannya .

" Cik nak apa ? " ujarnya tegas dengan wajah yang ketat .

" Urghh~ . Aku nak makan . Aku lapar."

'Pak guard' mengangguk sebelum menggunakan 'walkie-talkie' nya .

" Makanan EEN 1133 sekarang ." ujarnya lalu meningalkan Nadya disitu keseorangan .

Nadya membuat matanya keatas sambil bibirnya dikeman menggoda . Ahh~ nasib dia seorang sahaja disitu.

Tapak kakinya laju sahaja menuruni anak tangga rumah itu . Nasib baiklah dia berada di aras satu tadi kalau tidak terpaksalah dia menggunakan lif .

Wajah handsome itu dipandang lama oleh seorang wanita . Bibir wanita itu menguntumkan satu senyuman . Dia membalas lalu melabuhkan punggung di atas kerusi kosong itu . Pistol yang sentiasa berada di dalam bahagian blazer itu diletak diatas meja dengan kemas . Pistol secinta sematinya katakan .

" Emm Shane , asal tiba tiba je bangun awal ni ? " De' Mikael Umyr Darwish lseraya menjeling anak terunanya itu .

" Aihh papa . Takkan lah Shane tak boleh bangun awal ? Sekali sekala lah jawabnya , pa . " ujar Shane tersenyum manja walaupun dirinya dingin sejak dari azali tapi dia cuba melirik senyuman kepada orang tuanya bila moodnya baik .

" Betul ni ? Tu apa dekat atas meja . Papa tau  apa yang Shane buat dekat luar sana tu . " ujar De' Mikael Umyr Darwish tenang .

Sudu yang berlaga sebentar tadi diletakkan diatas meja . Wajah papanya dipandang sekilas kemudian dia menyambung semula sarapannya dengan selera .

" Pa , Shane tau la apa yang Shane buat lagipun papa pun sama lah dulu macam Shane . Maklumlah bapa borek anak rintik . " ujarnya .
.
" Ishh . Apa borak pasal tu tak baik tau . Depan kita ni rezeki . Allah yang bagi untuk kita jadi tak baik kita borak pasal tu dekat depan rezeki taulah mama ni tak semartabat dengan korang ." perli Sri Uraishah Isahbella .

" Aishah .. Jangan menyindir boleh tak ? " balas  De' Mikael Umyr Darwish . 

Sri Uraishah Isahbella memandang suaminya dengan tajam . Tau lah dia suaminya sekarang tengah ~panas~ gitews . Biarlah . Biar dia sedar sikit .

De' Mikael Umyr Darwish memandang sekilas isteri kesayangannya itu . Shane pulak hanya berlagak biasa tidak ingin dia masuk campur dalam hal mama dengan papanya . Sebab apa ? Jawab sendiri .

Adelisha memandang seraut wajah lelaki yang berada dihadapannya dengan tenang . Lelaki itu hanya berlagak biasa saja dengan Adelisha .

" Kau dah cari apa yang aku nak ?" ujarnya .

" Aku dah cari tapi apa  kau nak tu semuanya hilang dari radar . " balas lelaki itu .

Adelisha mengeluh . Macam mana dia nak cari maklumat maklumat manusia yang  merangkap kakaknya itu .

Adelisha . Gadis yang paling berpengaruh dalam perniagaan . Ada saja yang membenci kerana kebijakkannya dalam menguruskan sesuatu perniagaan . Musuh mengelilinginya . Nasiblah dia  dari darah keturunan mafia sejak azali lagi dan menyebabkan dia mudah untuk menumpaskan musuhnya .

" Uhh~ . Kau rasa musuh Kak Ezel tu ke yang hilangkan semuanya dari radar ? "

" Aku pun tak tahu Adel . Susah untuk aku kumpulkan maklumat tentang mereka . " ujar Hafis selaku orang kanannya dalam dunia mafia .

Nasib Hafis baik sebab boss nya a.k.a boss mudanya itu bukan seperti Cik Muda Nadya. Memang dia bersyukur sebab dia dibenarkan 'berkhidmat' untuk dengan Adelisha tapi kalau berkhidmat untuk Nadya mahu tak mati dia dengan Cik Muda Nadyanya itu .

" Emm . Hafis ? "

" Ya , Adel ?" ramahnya .

" Kau tak keluar mana mana kan lepas ni ? "

Hafis menggeleng .

" Aku nak keluar . Kau handle kan kejap office aku ni sementara aku ke luar . Tapi ingat jangan lalai sekalipun sebab musuh kita ada dimana mana saja . " ujar Adelisha seraya itu dia keluar dari pejabatnya meninggalkan Hafis disitu .

Hafis hanya memandang kepergian Adelisha saja sementara matanya tertangkap akan sebuah kereta BMW berwarna hitam yang berada di bawah syarikat .

Dia memerhatikan setiap pergerakan 'orang' didalam kereta tersebut sebelum dia memandang figura bossnya yang baru keluar itu dengam dua orang lelaki yang gagah berbadan besar . Matanya juga beralih ke arah kereta BMW tadi . Serba sedikit hatinya tidak sedap dengan kereta BMW tersebut .

Hafis tidak ingin boss mudanya itu dicederakan sesiapa kerana dia tahu jika ada apa apa yang terjadi dekat bossnya itu dia akan menerima padahnya . Hafis segera menuju ke meja kerja Adelisha . Punat loceng untuk kecemasan rakan rakanya ditekan .

Ninggggg~

Loceng ataupun siren yang berbunyi itu menyebabkan kesemua rakannya menggelabah untuk seketika . Terkejut dengan loceng berbunyi sebentar tadi .

Lantas mereka mengambil senjata senjata yang diperlukan nanti . Raut raut wajah yang serius itu mampu mematikan pandangan orang awam terhadap mereka .

Mereka keluar dari salah satu bilik yang menempatkan bilik latihan mereka lalu keluar melalui pintu rahsia syarikat itu . Mereka menuju ke kereta yang berwarna hitam yang dikhaskan untuk mereka .Kereta tersebut memecut satu persatu dengan laju meninggalkan syarikat yang megah itu .

Adelisha segera menghubungi kakak tirinya , Edulia . Edulia dimaklumkan oleh Adelisha tentang perkara tersebut . Risau hatinya memikirkan keselamatan Adelisha walaupun dia tahu yang Adelisha itu diikuti oleh dua orang bawahannya tetapi risiko yang akan ditanggung oleh Adelisha sangat berbahaya bukan kerana dia tidak mahir dalam perkara menghandlekan masalah itu sendiri tapi dia tidak dibenarkan melakukan perkara tersebut . Musuhnya terlalu ramai dalam dunia perniagaan . Ada saja yang datang yang mengekorinya semata mata untuk membunuh dirinya kerana bimbang syarikat mereka akan mengalami kerugian yang besar .

" Leto ! Sediakan kereta sekarang . Pastikan separuh dari budak budak lelaki tinggal dan separuh lagi budak perempuan ikut kita . " tegasnya .

Dia tersenyum sinis sebelum mencapai tiga pucuk pistol lalu disisipkan di tempat yang sepatutnya.

Leto mengarahkan semua rakanya yang lain untuk bergerak melaksanakan tugas mereka tanpa bantahan .

Leto mengambil dua pucuk pistolnya lalu disisipkan di tempat yang 'selamat' .

Kereta kereta itu memecut dengan laju meninggalkan perkarangan E'Villa tersebut . Namun , dalam diam sepasang mata memandang kepergian mereka dengan penuh dendam .

LeeSha Mambang Where stories live. Discover now