LM 5 ✔

2.5K 129 3
                                    

Nadya memasukki rumah miliknya sendiri dengan menggunakan pintu dapur yang memang sudah sedia dibuka oleh pembantu rumahnya .Macam mana dia tahu ? Sebab dia memang tahu kalau pembantu rumahnya ada disitu pasti saja pintu dapur tersebut akan sentiasa dibuka sehingga ke petang .

Perlahan lahan dia menyelinap masuk ke dalam rumah tersebut . Telinganya tertangkap akan satu suara yang berbual melalui telefon pintar .

Dia tersenyum . Pasti saja dia tahu bahawa itu ialah abang tiri sulungnya sebelum kelahiran Edulia @ Sarah .

Nadya mengambil sebiji buah epal yang berada didalam bakul atas meja yang berhampiran dengannya lalu dibalingkan ke arah abangnya , Khai Lee Mikael Syeq Faiqkal Rayyan .

Faiqkal segera menoleh ke belakang sambil pistol ditangannya dihalakan tepat pada wajah Nadya . Nadya tersenyum manja. Faiqkal mengeluh lalu menurunkan semula pistol yang berada di tangannya . Mukanya diraup kesal . Tangannya lalu didepakan kearah Nadya .

Nadya lalu berlari anak mendapatkan abang tirinya . Nadya memeluk abangnya dengan rapat sekali .

" Khai Lee Eidel Erisha Ezel Nadya." ujar Faiqkal lalu mencium ubun ubun Nadya .

" Apai ni Faiq ? Orang dah besar lah ." ujarnya .

" Faiq tau Nadya dah besar . Tapi Nadya still budak lagi dekat mata Faiq . "

Nadya menumbuk dada Faiqkal dengan lembut namun berbisa juga tumbukannya .

Nadya melabuhkan pinggangnya diatas katil bersaiz king itu . Sudah lama dia tidak tidur diatas katil kesayangannya itu.

Dia memandang sekitar sudut sudut biliknya yang sudah lama tidak didiami itu . Senyuman sinis mula terukir di bibir munggil itu.

" Pfft.. " dia mengeluh lalu membaringkan badannya sebelum dia terlena diulit mimpi yang indah .

Semua keluarga Khai Lee yang mendengar tajuk utama berita dari channel 501 itu mula bergumpul di ruang tamu milik Zascheus maklumlah hari ini keluarga mereka merancang untuk makan malam bersama .

" Seorang banduan wanita yang berjaya ditangkap oleh pihak polis tiga tahun yang lalu telah melarikan diri . Menurut Pegawai Polis Penjara Atasan , banduan tersebut melarikan diri dengan nemanjat dinding dinding Penjara Atasan yang tingginya 100 mm . "

" Orang awam mula memaki pihak polis yang gagal mengawal Penjara Atasan . Beliau mengatakan bahawa ia ialah satu kecuaian yang dilakukan oleh pihak mereka . Beliau memohon maaf kepada pihak pihak yang berkenaan . Walaubagaimana pun , kes bagi banduan tersebut juga masih diteruskan oleh seluruh pihak Polis di Malaysia . Namun demikian , pihak polis jiran negara kita mengatakan bahawa kes bagi banduan wanita tersebut harus ditutup serta merta . "

Zascheus memejamkan matanya . Apalagi yang anak ketiga nya itu lakukan ? Bukankah tinggal setahun saja lagi perbicaraan bagi kes anaknya ? Uhh .

" Daddy .Lisha memang dah agak dah yang kak Nadya akan guna juga apa yang daddy ajar dekat kak Nadya masa kecil dulu . " ujar Adelisha .

" Sudah sudah ! Girls masuk dapur . " ujar Diarina kepada kesemua anak dara keluarga Khai Lee . Memang secara keseluruhannya kah keluarga Khai Lee ini terdiri daripada perempuan semua ? Yang jantan pun ada lima orang je termasuk Faiqkal.

" Zascheus ? Along tak tahu nak cakap apa dah . Cuma yang along sure 100% yang sebahagian dari keluarga Khai Lee kena duduk dekat negara jiran yang lain . Zascheus tahu kan apa maksud along ? " ujar alongnya.

Zascheus mengangguk.

" Akak pun sama adik. Akak kena duduk dekat tempat yang jauh mulai bulan depan sebab kalau keluarga kita bersama macam ni bahaya akan menanti kita . Scheus tahu kan keluarga kita ada banyak musuh lepas ni ? Mungkin ini kali terakhir keluarga kita dapat bersama macam ni . Akak bukan apa Scheus sebab adik sendiri tahu kan kalau Faiqkal dan Nadya tahu naya semua kita sebab tak bagitau dekat dorang yang musuh keluarga kita semakin bertambah . "

" Scheus tahu akak , along . "

Edulia dan Adelisha yang terdengar perbualan itu saling berpandangan antara satu sama lain . Mungkin mereka berdua akan dipisahkan dengan Faiqkal dan Nadya .

" Daddy ? Bonda ? Again . " ujar Adelisha sayu.

Diarina mengeluh mendengar kata kata anak kandungnya itu . Berat sungguh hatinya .

" Bukan anak anak daddy dekat dapur tadi ?"

" Apalah daddy ni . Kitaorang ni tahu la daddy yang keluarga kita ni sekarang semakin bertambah musuh . Daddy tak perlulah nak sembunyikan dari kitaorang . Lisha dengan Lia tahu daddy cuma abang Faiq dengan kak Nadya je belum tahu . "

Zascheus tersengih mendengar ungkapan dari anak bongsunya itu . Jujur saja dia tahu kedua dua anak daranya mampu menjaga kakak dan alongnya di negara jiran nanti maklumlah dia dulu langkah seribu dari kakak dan alongnya itu .

" That's why aunty love you so much Lisha ." ujar kakak Zascheus , Khai Lee Mikael Shaqila Bella

Adelisha tersengih malu di riba bondannya .

" Daddy ? Lia ikut siapa nanti ? " ujar Edulia yang berdiri di belakang bondanya .

" Ikut aunty Kaleeja kamu . Lisha pula ikut aunty Bella kamu . Makanya kamu berdua kena packing barang masing masing untuk dibawa nanti. Senjata jangan risau sebab kedua dua aunty kamu ni ada kilangnya sendiri ." ujar Zascheus tenang namun jauh disudut hatinya terasa sedih jikalau anak daranya dua orang itu dilepaskan bersama along dan kakaknya .

" Tapi Leeja tak setuju , dik . " ujar Kaleeja , kakak iparnya .

Semua mata disitu automatik memandang kearah Kaleeja dengan pelbagai tanda tanya [?] .

" Kenapa kak Leeja?" soal Diarina .

" Kak Leeja tak setuju kalau nama mereka tidak diubah . Jika nama mereka berdua tidak diubah senang pihak musuh kesan kedudukan kitaorang dekat sana nanti . " terangnya .

Mereka yang lain terangguk angguk faham.

" Betul tu daddy ! " celah seseorang dari dapur .

Mereka memandang ke dapur . Sedikit terkejut mereka di ruang tamu itu dengan suara garau dari belakang .

" Abang Faiqq . . " ujar Adelisha manja .

" Yes , i'm . " ujar dengan senyuman manis .

" Faiq datang bila ? " soal Diarina .

" Faiq guna jalan dapur tadi bonda , tu yang korang tak perasaan sangat . " jelasnya lalu meraup rambutnya ke belakang.

Sepupu sepupu daranya mula menayangkan muka geli sebaik saja keluar dari dapur .

" Apa tayang muka cam tu ? Abang bantai sorang sorang baru tau . " ujarnya dengan nada lebih kepada mengejek . Sengaja .

" Pak Lang tengok abang tu suka sangat ugut kita orang . " ujar Aleia , anak kembar Bella kepada Zascheus

* Bella dan suaminya Tan Sri Iqbal Ilham mempunyai sepasang kembar iaitu Khai Lee Iqbal Puteri Aleia dan Khai Lee Iqbal Puteri Ellyvia . Masing masing berumur 21 tahun dan seorang anak lelakinya , Khai Lee Iqbal Arrayan Riqdwan berumur 7 tahun .

Noor Kaleeja Ibrahim isteri abang Zascheus , Khai Lee Firdaus Romatwh mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu yang paling tua means anak angkat Kaleeja dan Firdaus , Khai Lee Firdaus Harraz Afiqkal tua setahun dari Faiqkal . Dan dua adiknya iaitu Khai Lee Firdaus Alqram Haeli berumur 17 tahun dan Khai Lee Firdaus Aqziz Ikael , adik kembar Alqram . *

Fiqkal memandang adik lelakinya yang muda setahun sahaja darinya siapa lagi kalau bukan Faiqkal yang sentiasa menjadi orang yang sering disakatnya bila bersama tetapi bila ada hal yang serius nak ajak bermain pun tak boleh kecuali kalau dia keluarga Khai Lee dan sahabat mereka berdua sahaja .

" Apa pandang pandang ? Nak sakat aku lah tu . Jangan nak menyakat kalau kau tak nak kena bantai dengan sekuntum mawar kesayangan kau tu . "

Fiqkal terus memandang Faiqkal dengan tajam . Geram betul dia dengan sikap Faiqkal suka sangat mengugut dia dengan Nadya .

" Sekuntum mawar ? " celah orang bawahan Fiqkal dan Faiqkal yang setia berdiri di sudut rumah banglo itu.

Fiqkal dan Faiqkal dengan segera memberi eye contact terhadap orang bawahan mereka sebelum ..

LeeSha Mambang Where stories live. Discover now