LM 4 ✔

2.6K 135 3
                                    

Belum sempat Darwish bersuara , satu tembakan telah dilepaskan dari luar rumah banglo lima tingkat itu .
Darwish mengeluarkan pistol kesayangannya . Satu tembakan dilepaskan dan sasarannya tepat sekali pada dahi musuhnya .

Keluarga De' yang masih berada di luar , berlari bekecimpunan masuk dalam rumah diikuti oleh orang orang keluarga De' seramai 30 orang lelaki berbadan sasa .

" Darwish , Shane dengan Carlisto mana ?!" ujar adik bongsunya , De' Mikael Alioe Valeus dengan kuat agar didengari oleh Darwish .

Dalam saat genting begini tidak sesuai untuk berbisik antara satu sama kerana dimana mana saja ada maut .

Valeus melepaskan beberapa das tembakan yang tepat kearah lima lelaki merupakan musuh keluarga mereka .

" Papaaaaaaa !" jerit Shane apabila melihat kaki Darwish terkena tembakan dari pihak musuh .

Shane berlari mendapatkan papanya sementara Carlisto dan anak buahnya lain melindunginya dari terkena tembakan.

Valeus dan ahli keluarga De' pulak hanya meneruskan saja 'aktiviti' tersebut . Risau jika mereka kalah dengan pihak musuh .

" Papa okey ?" ujar Shane lembut .

Sedingin dingin mana pun lelaki bernama Shane tetap juga lembut bila melihat keadaan orang disayangi terluka .

" Jangan risaukan papa . Dah , Shane pergi dari sini . Cari siapa dalang di sebalik semua kejadian ni. "

" Habistu , papa ?"

" Jangan pedulikan papa . Uncle Valeus kamu ada . Cepat pergi Shane . Nyawa kamu dalam bahaya ."

Bummmmm~

Satu letupan terbesar berlaku dihadapan matanya . Ahhhh , tidak mungkin .

" Nooooooooooo!" Shane meraung apabila rumah banglo lima tingkat milik papanya meletup dengan begitu saja.

Carlisto terduduk melutut saat melihat kejadian tersebut masakan tidak jika ahli keluarganya juga turut terkorban dalam letupan tersebut .

Darwish sedaya upaya menahan nafasnya yang tidak teratur tika itu . Isteri dan anak perempuan tunggalnya serta ahli keluarganya yang lain turut terkorban dalam kemalangan di darat memberi impak yang sangat besar baginya .

" Papa .. "

Air mata lelakinya mengalir . Lantas dia meletakkan kepala Darwish diatas ribanya .

Carlisto yang sudah berapi api dengan kejadian tersebut mula melepaskan beberapa das peluru yang tepat kearah musuhnya dengan bantuan orang bawahan keluarga De'. Hampir setiap kawasan perumahan itu dibanjiri dengan mayat mayat musuh keluarga De' termasuk serpihan mayat keluarga De' yang terkorban .

" De' Mikael Umyr Darwish Zarrliq Motawh Mcshane . Anak kesayangan papa . Zarrliq kena lari sekarang dengan De' Mikael Uqbal Danish Carlisto Daniel sebab mereka akan cari Zarrliq dan Daniel . Lari , sayang anak papa . Papa tak sempat nak serahkan King dekat Zarrliq . Pergi ke Francis cari De' Mikael Ukqal Kwahni . Dekat sana nanti Zarrliq akan ditabalkan jadi King . Apa yang papa nak katakan sebelum papa nak Zarrliq pergi .. Papa nak ingatkan Zarrliq jangan sesekali menentang Kumpulan Black Mambang dan Kumpulan LeeSha Mambang . Mereka berbahaya . Jangan ingkar peraturan  keluarga  De' . "

Shane mengangguk faham namun jauh didalam sudut hatinya sudah menaruh dendam yang teramat bisa . Sukar untuk dia menerima kenyataan tetapi itulah hakikatnya.

" Danielllll.. " panggil Darwish setelah menyedari kewujudan anak adik bongsunya , Danish berada di sebelah Shane .

Carlisto mencapai tangan Darwish yang sudah dihalakan kepadanya .

" Daniel . Uncle nak kamu berdua pergi ke Francis sekarang . Tak kira apa yang terjadi kamu berdua mesti pergi ke Francis juga . Uncle tau yang keluarga De' memang orang yang paling kuat . Uncle percayakan kamu Daniel . Uncle cuma nak ingatkan kamu jangan sesekali cuba untuk menentang keluarga Khai Lee . Jangan sesekali mencari maklumat tentangn kerana latar belakang keluarga mereka sangat berbisa di Malaysia namun kamu sendiri tau kan yang latar belakang keluarga De' juga terkenal dalam seluruh ASIAN ? Janji dengan uncle , jangan sesekali menentang mereka walau apa pun yang berlaku. Penting untuk keluarga De' penting untuk keluarga Khai Lee . Banyak benda yang uncle nak bagitau dekat kamu berdua tapi keadaan tak mengizinkan . Sudah , kamu berdua pergi sekarang juga . Sampai disana nanti terus cari uncle Kwahni kamu . Pergi." ujarnya dengan sedikit nada yang keras walaupun sudah berada di ambang maut .

Luka pada dadanya memberi tekanan yang amat tinggi . Bila bila masa saja nyawanya akan hilang .

Carlisto menarik tangan Shane keluar dari perkarangan rumah banglo lima tingkat itu sebelum berlakunya letupan yang sangat kuat untuk kali keduanya. Kedua duanya memandang serenta ke belakang namun Carlisto beralih pandangan dengan cepat dan membawa Shane yang masih terkedu dengan kejadian yang berlaku dua kali itu di hadapan matannya sebelum menuju ke sebuah kereta Ferrari yang dimiliki oleh sebahagian dari keluarga De' .

Seseorang tertawa mendengar berita tersebut . Gembira sungguh dia oleh kerana rancangannya kali ini berjaya untuk menghapuskan semua keluarga De' .

" HAHAHAHA . Kali ni rancangan gua lancar ma . Lu ingat gua diam selama ini takut kah ha ? HAHAHA . " ujarnya .

" Boss . Kita olang rasa boss terlupa sesuatu . "

" Gua lupa apa ?" ujarnya dingin dengan pandangan mata yang tajam memandang kearah anak buahnya .

" Keluarga De' masih ada lanyak bantuan kan ?"

Baru dia tersedar . Ahhh , sudah lupakan semuanya . Asalkan rancangan yang dia lakukan berjaya!

" Lantuan apa Kim ? Lu ingat wa takut kah sama dia olang punya lantuan ? Kasi lawan la . Ini Jimmy Cew la . Jimmy Cew !"

Kim hanya tersengih memandang Jimmy yang mula angkat bakul . Sudah menjadi nasib dia dan rakannya mendapat boss seperti Jimmy yang suka angkat bakul sendiri .

Nadya memanjat dinding penjara yang tinggi itu menggunakan besi besi yang telah direkanya sendiri . Dia tersenyum sinis. Tidak lama lagi muncullah satu berita yang paling tergempak di seluruh negara.

Nadya memanjat dan memanjat dan akhirnya dia sampai juga ke puncak penjara kelas atasan . Udara yang segar di luar dihirupnya. Sungguh segar sekali . Rasa seperti baru keluar dari perut ibu rasanya.

Dia bersiul tanda kemenangan pasti akan dimilikki nya juga . Setelah bertahun lamanya dia mencari jalan keluar untuk keluar dari neraka .

Jam tangannya dikerling sekilas sebelum dia membuka pagar besi tersebut dengan alat yang dia curi dari 'pak guard' .

Dia melompat keluar dari rumah neraka tersebut. Indah betul suasana di luar sekarang. Tiada pencemaran yang berlaku walau sekali pun .

" Hmmm . Lama juga tak rasa kehidupan orang dekat luar . Tak sabar rasanya makan daging daging manusia yang sudah lama dipanggang . Essss . " ujarnya sambil melompat ke bawah .

Nasib menyebelahinya kerana peronda bilik penjara atasan tertidur diatas kerusi bertongkatkan lengannya .

Dia tersenyum sinis . Matanya berubah menjadi setajam pisau . Sisinya juga terasa sudah berubah menjadi lebih kejam dari sebelum .


LeeSha Mambang Where stories live. Discover now