LM 8 ✔

1.8K 95 2
                                    

Shane melemparkan senyuman yang amat manis terhadap keluarga Khai . Sejarah dalam hidupnya 'menghadiahkan' senyuman yang amat manis untuk orang luar .

Majlis perisikan secara kecil kecilan itu berlangsung dengan lancar meskipun si gadis sekarang berada di Dubai .

Niat dihati ingin melihat wajah si bakal isteri namun kedatangannya ke Malaysia disambut dengan jiwa yang retak .

Carlisto memandang wajah Alea tidak berhenti henti . Alea pula sudah tersipu malu lalu menyorok di belakang kakak kembarnya .

" Aunty Rina .. Shane nak tanya boleh ?"

Puan Diarina a.k.a isteri kesayangan Zascheus , memandang Shane lalu berkata ..

" Tanya je la , Shane . Tak perlu nak minta .. " ujarnya lembut .

" Mm.. Mana 'empunya'?"

Mendengar saja soalan yang diajukan oleh Shane , Carlisto lalu memandang sepupunya dengan automatik serta senyuman ejekan yang tidak pernah leka dari bibir bila memandang sepupunya .

Puan Diarina memandang Ellyvia . Ellyvia memandang Alea . Alea memandang Alqram . Alqram memandang Aqziz.  Aqziz tersenyum senget . Belakang kepalanya yang tidak gatal  digaru perlahan .

" Nadya kata dia pergi Dubai selama seminggu . Ada hal katanya . Tu yang lain lain tak ada . ." ujarnya lalu memandang Edulia yang sedang memangku Arrayan , adik sepupunya .

Edulia yang perasaan akan keadaan yang sunyi sepi itu lalu memandang tepat kearah sepupu sepupunya dan .. Semuanya memberi isyarat mata .

" Apa ?" ujarnya memandang kearah bondanya .

" Ni hah .. Si bakal adik ipar kamu ni tanya , adik kamu mana . " ujar bondanya lembut .

" Ohh~ Lia lupa nak bagitau . Nad pergi Dubai dengan Ilasya , Faiqkal , Fiqkal dan Lisha . Nad kata dorang kat sana tak lama . Seminggu je . Tu pun kalau urusan syarikat Pak long dan Mak Long dah selesai. Kalau cepat selesai tu esok baliklah dorang tak pun lusa.  Kenapa Mc ?" ujar Edulia panjang lalu memandang tepat kearah muka Shane .

Shane yang agak terpana dengan pandangan romantik dari Edulia terhenti seketika sebelum beralih pandangan ke arah sepupunya . Diharapkan agar membantu!

" Kenapa , Shane ?" ujar Zascheus dengan yang agak lembut .

" Errr~ Tak ada apa . Shane cuma nak jumpa dia je . Ada benda yang nak Shane bincangkan dengan dia . " ujarnya lalu memandang tajam kearah Carlisto yang masih memandang kearah Alea yang berada di sebelah Ellyvia.

" Maafla,  uncle . Shane ni memang macam ni kalau dia nak sangat jumpa orang . " bidas Kelvin a.k.a anak kandung Khawni .

" Hahahaha .. Tak apa . Biasa lah tu orang dah nak masuk pelamin .Uncle dengan aunty aunty pun sama juga dulu . " ujar Zaszcheus / Tuan Zascheus .

Nadya memandang setiap waja musuhnya yang hanya tinggal nyawa nyawa ikan saja . Dirinya diselebungi dengan aura yang kuat . Tiada belas kasihan lagi yang ada pada dirinya walau secalit pun .

" Kak Sha . Kita bereskan semuanya lepas tu kita balik . Risau kalau abang Faiqkal dan along tau . " ujar Adelisha dengan lembut .

Nadya tersengih jahat sebelum memandang orang bawahan Pak Long dan Mak Long nya .

" Tutup semua pintu.  Jangan biar seorang pun yang terlepas . " tegasnya.

Adelisha yang tahu benar akan apa yang dilakukan oleh kakaknya hanya beriak saja lalu menuju ke arah kerusi malas yang terletak di dalam gudang Pak Long mereka.

" Korang semua ni memang tak serik lagi ke nak ganggu hidup aku? Dulu orang yang aku sayang korang bunuh sekarang kau nak bunuh sepupu sepupu aku pulak ? Ohh, sorry to say lah! Dulu , mungkin korang boleh buat sesuka hati dekat keluarga aku . Tapi sekarang.. Korang tak kan lagi sentuh keluarga aku . Nak tau sebab apa ? Sebab boss korang sendiri dah mati! Mati!

Korang tahu tak masa suami aku masih hidup dulu aku bahagia sangat tapi sejak korang bunuh laki aku . Aku merana tahu tak ?! Merana! Apa korang semua ni tak pernah terfikir ke perasaan seorang isteri ketika tu ?! Pernah tak?! Suami aku mati masa aku lahirkan anak dekat hospital . Korang tau tak masa tu aku rasa nak bunuh korang semua dengan ahli keluarga korang sekali! Mungkin dulu , aku terlampau bodoh . Tak tahu nak back up keluarga sendiri sebab masa tu aku masih budak lagi . Budak lagi tau tak!

KORANG SEMUA DAH HANCURKAN KEBAHAGIAAN AKU ! DAH HANCURKAN KEBAHAGIAAN AKU!  "

Zapssss~

Dengan satu libasan saja darinya .. Kesemua kepala musuh yang berada berhampirannya dengannya hilang . Yang tinggal hanyalah , anggota badan yang lain tanpa kepala.

Hatinya kian membara saat menggenangkan kisah lalu . Sungguh hatinya tika ini bergelora . Bergelora dengan jiwa yang sudah lama pergi selama 12 tahun. 

Adelisha yang melihat adegan tersebut hanya beriak biasa saja . Bukan kerana dia tak ingin masuk campur tapi kakaknya tidak membenarkan untuk mengikuti aktiviti terlarang tersebut .

" BERESKAN SEMUANYA . AKU NAK BALIK . " ujarnya lalu memanggil lembut nama adik kesayangannya yang duduk di kerusi malas selama beberapa minit tadi .

LeeSha Mambang Where stories live. Discover now