Lagu DJ Remix yang diputarkan di dalam kelab malam itu merancakkan lagi suasana yang bingit . Rancak sungguh manusia manusia disitu menari . Ada pulak meminum arak bersama sama kaum hawa yang berpakaian seksi tidak kira agama dan bangsa . Namun batas tetap dijaga kerana disitu sering menjadi tumpuan ahli ahli mafia .
" Maaf , cik . Anda tidak dibenarkan masuk . " ujar lelaki berpakaian serba hitam itu .
Nadya mengangkat cermin matanya keatas . Matanya merenung tajam kearah lelaki itu .
Lelaki itu segera menunduk dan melepaskan Nadya untuk masuk ke dalam club .
Nadya melihat suasana hening di sekitar club itu . Dia melihat si Carl , sepupu suaminya sedang rancak menari tanpa menghiraukan orang di sekeliling .
Anjing .
Nadya menuju kearah Carl dan merangkul tangan Carl ke tempat yang kurang orangnya .
Carl hampir tersungkur namun dia sempat menyeimbangkan badannya . Terkejut juga dia .
Cermin matanya di buka sedikit dan ditutup semula kedua dua mata itu selepas melihat gerangan yang ada dihadapannya .
" Nadya , kau nak apa ? " soal Carl dengan kepulan asap Vape perisa manggo itu .
Nadya merengus.
" Aku nak cari Shane aahh. Shane dekat mana ? "
Carl menjongket bahunya .
" Kau jangan buat tak tau Carl , aku bakar tempat kau ni lak padan muka. "
Carl terkesima seketika .
Kau janganlah bakar Nadya woii . Ini suami kau punya haiii .
" Ishhh , kau ni kan . Shane kata dia nak rehatkan diri . Jangan ganggu dia . " ujar Carl sambil matanya memandang keatas .
Nadya juga automatik memandang keatas. Jarinya siap dikepal .
" Dia kat mana ? "
Jujur dikatakan , Nadya semakin merindui Shane . Hampir lima belas jam Shane meninggalkannya dirumah bersama dengan kembar sepupunya dan anaknya Rayden dan sepupunya Arrayan hidupnya tak keruan . Tidur pun tak senang dan sebab itulah dia keluar jam sepuluh malam semata mata mencari Shane .
Merata dia mencari di setiap kawasan mereka . Akhirnya dia meminta Spencer yang nun jauh berada untuk mencari kawasan Shane ataupun Carl yang dapat didetect.
Dan .. Dia berada di tempat yang betul .
" Aku cakap dia kat mana ? "
" Dekat atas sana . Bilik B.O.S.S " ujar Carl lalu meninggalkan Nadya keseorangan .
Bukan tidak mahu berlama disitu sebab dia tahu benar perangai Nadya .
Nadya melangkahkan kakinya ke setiap anak tangga . Majoriti lelaki yang berdiri sambil memegang gelas arak itu cuba menbodeknya namun ditolak kasar dan akhirnya mereka menerima satu tamparan dari Nadya .
Rimas!
Pintu dibuka kasar .
Shane yang sedang meneguk segelas arak itu tersedak mendengar bukaan pintu yang terlampau kasar .
Dia lalu memandang ke belakang . Marahnya tadi terus redha apabila melihat wajah mulus Nadya .
Nadya menutup semula pintu .
" Sayang kenapa ni ? Macam sayang tau tempat ni dan bilik abang ?" soal Shane sambil memandang isterinya yang sudah duduk di sofa .
Shane mencekak pinggangnya .
YOU ARE READING
LeeSha Mambang
ActionSeorang gadis yang memiliki segala apa yang orang lain tak miliki . Gadis berkacukan Indonesia yang memang pantang dicabar dek kerana sifatnya lain dari gadis yang lain . Kau silap sikit kau jumpa neraka . Dialah Erisha Ezel Nadya , gadis yang perna...