" Rul, kau jangan tidur lewat-lewat sangat, aku nak tidur dah ni, kau studi betul-betul, esok boleh guna bluetooth hantar maklumat kat kepala kau masuk dalam kepala aku, he he," ujar Saiful, teman satu bilikku di matrikulasi malam itu. Jam di dinding bilik sudah menunjukkan pukul dua suku pagi. Saiful yang sedang berdiri di sebelah sudah menggeliat penat sambil meletup-letupkan pinggangnya dan menggosok-gosok matanya yang sudah mula kuyu itu.
" Banyakla bluetooth kau! Dah kau pergi tidur aje la, semak aje aku rasa tengok kau tersengih-sengih macam nangka busuk sebelah aku ni," balasku dengan nada malas layan. Buku fizik kutatap kembali selepas bahu Saiful aku tumbuk kuat.
" Weh, failed BM kau! Sengih macam kerang busuk la, bukan nangka busuk, ha ha," Saiful gelak jahat sambil berjalan perlahan dan segera membaringkan badannya di atas katil.
" Ah, diam la kau!" aku membalas sambil tersenyum dalam sembunyi. Malu sendiri kaedahnya, hu hu. Tak lama kemudian, suasana kembali sunyi. Sesekali terdengar bunyi desir angin dari luar. Tingkap yang terbuka sedikit itu membuatkan udara dingin di luar berlumba-lumba masuk ke dalam bilik membuatkan aku terasa seram sejuk. Seram sejuknya terasa lain macam pulak pagi ni.
" Dum!" kedengaran bunyi pintu almari ditutup kuat di belakang aku secara tiba-tiba. Aku segera memandang ke belakang, di mana kedudukan almari baju kami berada, namun tiada apa apa yang dapat kulihat, yang ada cuma Saiful yang sudah lena diulit mimpi. Aku telan air liur. Siapa pulak yang main pintu almari pagi-pagi buta ni? Aku abaikan dengan bersangka baik, mungkin bunyi itu datang dari bilik sebelah, aku teruskan dengan ulangkaji aku.
Tidak sampai dua minit kemudian, telinga aku menangkap pula bunyi sudu dan garfu berlanggaran dan dibuang ke lantai. Bunyi itu betul-betul di belakang aku. Aku terbayang sudu garfu Saiful yang disusun di atas rak meja studinya untuk dia makan megi tiga kali seminggu. Aku dengan debaran yang kuat, memberanikan diri untuk memandang ke belakang sekali lagi, namun seperti tadi, tiada apa yang berlaku, sudu garfu itu terletak elok di tempatnya, bukan di atas lantai. Aku mula memikirkan benda bukan-bukan, bulu romaku segera menegak.
" Tiada hantu di dunia ni, itu semua hanya syaitan dan iblis menjalankan tugas mereka dengan menakut-nakutkan manusia supaya manusia takut pada mereka, bukan pada Allah." terngiang di telingaku suara ustaz Ramli menerangkan tentang kewujudan hantu di dunia ini.
Aku cuba abaikan gangguan yang mengganggu aku tadi dengan fokus kepada acara mengulangkaji aku itu memandangkan esok merupakan kertas peperiksaan akhir yang agak berat, dengan aku yang masih tidak habis mengulangkaji kerana banyak main-main di masa lapang.
Ayat pelindung aku cuba baca untuk memberi semangat untukku meneruskan pembacaan sehingga lah kelibat wanita berambut panjang dan kusut masai melintas di hadapan tingkap aku yang mana aku betul-betul menghadap ke arah tingkap yang terbuka tu! Aduh, serius terkejut! Aku beristighfar kuat, tak buang masa aku terus tutup dan cekup buku tadi dan kubawa bersama ke katil. Sebelum itu, aku sempat menutup tingkap yang berkenaan, semoga dia tak melintas lagi!
Tingkap yang agak jauh dari katilku itu aku pandang sekali-sekala sambil mata membaca dan menganalisis buku yang tebal dan bertuah tersebut. Keinginan melonjak hebat di dalam hati ingin melihat gerangan siapa atau apakah yang melintas tadi, namun hajat aku itu aku simpan kemas di dalam hati memandangkan perempuan gila mana nak merayau tengah-tengah malam di kolej lelaki pulak tu! Hati aku kuat menyatakan itu lah gangguan makhluk halus apabila tingkap bilikku diketuk perlahan namun tiada bayangan yang kelihatan dari luar tingkap yang tidak bertirai itu. Oh, aku terlupa sesuatu, tingkap aku menghadap hutan, bukan koridor untuk orang lalu-lalang! Aku telan air liur.. kali pertama terkena gangguan macam ni, seorang diri pulak tu! Saiful dah selamat, kalau tak, ada la jugak teman untuk takut bersama.
Aku terus terkesima, kemudian laju-laju tarik selimut dan simpan buku studi di bawah bantal. Dari kejauhan, kedengaran suara wanita mengilai sayup-sayup di telinga. Orang kata, kalau sayup-sayup tu maknanya dekat la tu. Memang dekat pun, tiba-tiba aje dia duduk bertinggung di sebelah pipi kiri aku (atas lantai) sambil tersenyum dengan gigi taring tajam berdarah. Apa benda ni.. Aku rasa aku pengsan lepas tu dan teka apa, aku demam seminggu, he he.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hero aku Tomboy
فكاهةSinopsis:- Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa...