-Bab6-

163 12 3
                                    

Bukk!

Satu tumbukan padu dilepaskan di pipi aku.

"Kau memang tak guna!" Kata abah selepas tumbukannya yang menyebabkan aku menyembah bumi.

"Dah la Dato', tak guna pun tumbuk dia macam tu. Sekarang ni saya nak budak ni bertanggungjawab pada anak saya!" Tegas Encik Fuad.

Mendengar kata-kata Encik Fuad, abah terus mencengkam rahang aku.

"Esok! Esok budak tak guna ni akan kawin dengan anak encik fuad!" Abah berkata kepada Encik Fuad tapi mata memandang tajam ke arah aku sambil mencengkam rahang aku.

"Tak nak!" Aku bersuara dengan berani. Makin kuat cengkaman abah masa dengar aku membantah.

"Hei! Kau dah salah.. kau kene la bertanggungjawab! Takkan kau lepas tangan macam tu jer!" Kata abf Asy sambil menarik rambut aku. Umi teresak-esak menangis.

"Aku takkan bertanggungjawab! Aku tak salah woi! Ni semua fitnah!" Aku bersuara dengan nada menengking.

"Fitnah kepala otak kau!" Abah mengangkat badan aku dan menghempaskan semula ke lantai. Ya allah sakit giler weiyh. Aku rasa macam nak patah tulang belakang.

"Ok, takpe.. kalau tak nak selesai baik-baik macam ni, kita jumpa di mahkamah ye!" Kata encik fuad lalu keluar daru rumah bersama-sama dengan puan jeni dan Nadia.

"Encik fuad !" Abah cuba untuk menghentikan langkah encik Fuad. Tapi encik fuad terus melangkah tanpa menoleh ke belakang.

"Kau memang sial!" Abah mecekik leher aku dengan sangat kuat. Bergerak-gerak kaki aku menahan sakit dan sesak nafas.

"Abg, jangan la buat macam ni!" Umi menolak abah dari mecekik aku lalu mengankat kepala aku ke atas ribanya dan menyentuh lembut lebam di muka aku.

"Umi percayakan Zan kan?" Aku menyoal umi. Aku tau umi percayakan aku. Umi tersenyum mendengar kata-kata aku.

"Azan.. mengaku je la kesalahan yang azan buat ye. Walau teruk mana pun perangai anak umi ni.. kamu tetap anak umi." Rasa macam terhempas dari bangunan klcc lepas aku dengar kata-kata umi. Umi tak percayakan aku? Kenapa? Aku ni memang nampak macam jahat ke? Kenapa takde sorang pun yang percayakan aku. Macam mana nak aku hadap semua fitnah ni kalah satu orang pun tak percayakan aku?

Aku terus bangun dari riba umi dan naik ke billik. Aku kunci pintu bilik. Aku tak sangka, tak sangka betul umi percaya yang aku dah rogol Nadia. Aku tak buat semua tu!

Aku terpandang pada laptop. Aku teringat pada Zat. Aku nak skype dia, tapi aku terus batalkan niat aku. Aku tak nak kacau Zat dan aku risau kalau dia pun tak percaya pada aku. Aku terus baring atas katil dan menangis. Berat sangat dugaan yang menimpa aku sekarang ni. Aku tak tau macam mana nadia boleh dapat gambar tu. Tapi.. tiba-tiba aku teringat tentang kejadian masa aku pergi parti dia dua bulan lepas. Aku yakin masa tu la aku kene perangkap. Aku terus membuat kesimpulan.

Masa aku dengar story dia tu, aku tertidur! Aku tertidur kat atas bangku tu. Tapi.. kalau betul aku tertidur, kenapa aku tak sedar? Melainkan, aku tertidur sebab telan pil tidur. Oh god! Bila masa pulak aku makan pil tidur? Fikir punya fikir, aku teringat tentang jus oren tu. Jus oren tu nadia yang ambikkan. Mungkin masa dia pergi ambik tu, dia isi ubat tidur dalam jus tu. Ah, shit! Kenapa aku percayakam dia? Takpe.. aku akan citer semua ni dekat mahkamah.

13 April 2017

Di Mahkamah-

"Encik Azan Mukhriz Bin Mohd Shukri didakwa telah merogol Cik Nadia Rossa Binti Wan Fuad di sebuah hotel pada 6 Januari 2017. Diminta pendakwa untuk memberikan keterangan." Hakim kat mahkamah tu membaca pertuduhan dengan nada yang sangat serius. Seram sejuk aku tengok suasana kat mahkamah ni. Aku takut bukan sebab salah, tapi aku takut sebab takde sorang pun yang back up aku. Abah tak upah mana-mana peguam pun untuk bela aku.

Rintihan Hidup Seorang LelakiWhere stories live. Discover now