-Bab2-

170 17 2
                                    

Hari ni ada program greet n meet dengan peminat-peminat drama 'Raja Cinta'. Drama ni ada 28 episod dan tayangan selama 2 bulan.Hero drama ni ialah aku dan Queennya seorang pelakon baru yang boleh tahan seksi. Nama dia Nadia Rossa. Aku tengok body dia kekadang tu tergugat la jugak iman. Dia memang drama queen. Kalau belakon real giler. Adala scene-scene yang megoyangkan keimanan aku. Tapi aku masih ingat allah. Lagipun aku dah ada Ernie, aku tak perlukan perempuan lain. Lokasi program tu dekat Berjaya Times Square. Dekat dengan rumah Ernie . So, aku dah plan dengan dia nak jumpa lepas habis program.

Aku mulakan perjalanan aku dengan memandu kereta yang abah bagi aku iaitu kereta Honda Civic warna hitam. Tapi abah kata nanti bila aku dah ada duit, dia suh aku cari kereta sendiri, pastu pulangkan kereta ni. Kedekut abah aku ni kan. Abah memang tegas. Tak jadi persoalan la dari mana abang asy kutip perangai dia.

Lebih kurang 20 minit berlalu, aku pun sampai di hadapan berjaya time square. Tanpa membuang masa , aku terus cari park and keluar dari kereta. Lepas tu aku terus melangkah ke depan pintu masuk utama Berjaya Times Square. Aku tengok dah ramai orang memenuhi perkarangan.

"Oit. Lama dah sampai?" Nadia menegur aku dari belakang. Aku terkejut jugak masa tu. Aku terus toleh ke arah Nadia.

"Baru lagi, tak sampai lima minit pun." Aku menjawab soalan Nadia.

"Oo.. jom la masuk." Ajak Nadia sambil  mengerakkan tangannya. Aku mengendahkan saja ajakkan dia tu. Melihat aku tidak memberi respon, dia terus menarik tangan aku.

"Azan jom la, jangan buang masa." Kata Nadia sambil menarik tangan aku.

"Eh.. jangan la pegang." Aku melepaskan pegangan Nadia.

"Sorry. Lupa pulak. Nanti ada orang marahkan." Katanya dan terus beredar. Aku mengikuti nadia daripada belakang.

Sejam berlalu. Penat aku melayan karenah peminat-peminat. Ada yang nak berselfie, ada yang nak autograf. Tapi tulah kan, kitaorang ni artis, kalau takde peminat, tak ke mana. Tengah aku sibuk melayan peminat-peminat aku.

"Awak.. lambat lagi ke?" Suara yang aku sangat kenal menyapa aku. Aku yang tengah menunduk tulis autograf terus mengangkat kepala memandang ke arah buah hati aku.

"Eh, awak! Dah lama ke sampai?" Soal aku kepada Ernie.

"Baru jer. Awak ni lama lagi ke?" Ernie bertanya soalan yang sama.

"Sekejap je lagi." Jawab aku sambil tangan lincah menulis autorgraf.

"Kalau macam tu saya tunggu dekat dunkin donut la eah." Kata Ernie.

"Okay. Tunggu tau." Balas aku. Ernie terus melangkah pergi. Nadia yang kat sebelah aku asyik terjeling-jeling memandang aku dengan Ernie.

Lepas jer settle semua benda. Aku terus pergi ke dunkin donut. Aku nampak Ernie tengah sedut minuman dia sambil mata memandang handphone. Alolo.. cutenya! Tak sabar aku nak kawin dengan dia. Aku terus melangkah ke arah dia.

"Oit. Chat mamat mane tu?" Aku menyakat Ernie.

"Mana ada la. Saya tegah check IG." Balas Ernie dengan muka yang masam.

"Ye la tu.." kata aku.

"Tak caya sudah la!" Ernie tetiba memarahi aku.

"Ok ok.. sorry. Saya gurau jer." Aku memujuk Ernie. Ernie menutup phone nya dan menyimpan ke dalam handbag. Dia terus mengalihkan pandangan ke luar sambil tangan mencucuk-cucukkan straw ke dalam smoothie nya.

"Hei.. merajuk lagi ker?" Soal aku.

Ernie hanya mendiamkan diri dengan muka yang masam tanpa memadang aku.

Rintihan Hidup Seorang LelakiWhere stories live. Discover now