-Bab27-

118 5 2
                                    

Selepas selesai menunaikan solat subuh, Qis turun ke dapur untuk membantu puan ina menyediakan sarapan.

"Nenek nak masak apa pagi ni?" Soal Qis kepada Puan ina yang tidak sedar akan kehadirannya.

"Eh, awalnya kamu bangun. Dah solat?" Soal puan ina yang agak terkejut dengan teguran Qis.

"Dah solat dah. Nenek nak masak apa?" Qis menyoal lagi sekali.

"Nak buat nasi lemak. Kenapa? Nak tolong ke?" Soal Puan ina menguji Qis.

"Nak tolong lah nek. Kalau tidak lebih baik qis duduk dalam bilik jer." Balas Qis.

"Ni, kamu tolong nenek potong timun ni." Arah puan ina.

"Dah basuh ke belum timun ni nek?" Soal Qis.

"Belum." Mendengar jawapan puan ina, qis terus melangkah ke sinki.

"Kamu selalu masak ke?" Soal Puan Ina.

"Jarang. Kalau masak pun masa sarapan jer. Kalau lunch memang qis selalu makan kat luar." Balas Qis sambil tangan lincah memotong timun.

"Ooo.." puan ina mengangguk.

"Kamu duk sorang je ke kat rumah?" Soal puan ina lgi.

"Ha'ah." Balas Qis ringkas.

"Tak duduk dengan mak dan ayah kamu?"

"Daripada umur 9tahun, mak sedara saya yang jaga qis dan adik. Mama and papa meninggal, kemalangan." Balas Qis.

"Oh yeke? Kamu ni anak yatim piatu la ye. Maaf la, nenek tak tahu." Jawapan Qis tadi menyebabkan puan ina terkejut dan sifat kasihan mula menyelubungi hatinya.

"Takpe lah nek. Kalau nenek tak tanya, nenek takkan tahu kan." Balas Qis. Dia meletakkan pisau dan memandang puan ina dengan senyuman manisnya.

"Dah siap dah potong timun tu?" Soal Puan Ina.

"Dah. Apa lagi yang qis boleh buat ni?" Balas Qis kemudian menyoal untuk meminta tugasan lain.

"Tolong nenek masak nasi. Kamu reti tak macam mana nak masak nasi lemak?"

"Tak tahu. Macam masak nasi biasa la kot." Tersengih Qistina.

"Ha'ah, lebih kurang macam nasi biasa jugak tapi kamu kene tambah santan, pastu letak daun pandan utk bgi bau wangi." Puan ina mengajar qis.

"Ouh. Beras nak isi berapa cawan ni nek?" Soal Qis.

Selesai memasak, Aaron,Qis,Puan Ina,Encik Razif dan Errisa duduk di satu meja bersarapan.

"Haa.. jom kita rasa nasi lemak yang dimasak oleh qis ni." Kata puan ina sambil mencedok nasi ke dalam pinggan.

"Wow! U masak? Bila masa pandai masak nasi lemak ni?" Aaron terkejut.

"Sejak tadi.." balas Qis selamba.

"Boleh sangat dah ni jadi menantu ayah." Encik Razif mengusik Qis sambil memberi pandangan nakal.

"Amboi yah.. jad menantu jer, bukan jadi isteri ye." Aaron memberi amaran kepada bapanya.

"Hahaha.. tahu takut kekasih dikebas orang." -encik Razif.

"Takut la. Bukannya senang nak takel minah ni." Balas Aaron.

Errisa memandang Aaron dengan muka tak puas hati. Sakit hati dia mendengarkan perbualan antara encik razif dan aaron tentang qis. Semasa puan ina memasak hidangan untuk sarapan tadi, dia langsung tak turun ke dapur untuk membantu. Entah apa yang dibuatnya. Perempuan pemalas camtu puan ina nak jadikan isteri kepada aaron. Ish! Please la!

Rintihan Hidup Seorang LelakiWhere stories live. Discover now