-Bab 22-

115 4 5
                                    

6 bulan berlalu, Azan dan Farah semakin bahagia. Cinta yang mereka semai kini semakin bercambah dengan kasih sayang. Namun, mereka masih lagi belum mempunyai rezeki untuk mendapat cahaya mata. Azan selalu sibuk dengan kes-kes penyiasatannya. Ada juga masa-masa yang tertentu, dia langsung tidak pulang ke rumah. Azan bertuah kerana mendapat isteri yang boleh memahaminya. Farah langsung tidak mengeluh dengan tugas Azan.

"Sayang.." azan menghulurkan dua helaian kertas kepada Farah.

"Apa ni?" Soal farah sambil mencapai kertas tersebut.

Apabila farah meneliti kertas tersebut, membulat matanya terkejut tidak percaya dengan apa yang dipegangnya.

"Abang!! Betul ke ni?!" Soal Farah dengan nada terkejut berbaur keriangan.

"Betul.. lepas kita kawin hari tu, kita tak pergi honeymoon pun. So, abang tebus la balik." Balas Azan sambil merangkul pinggang Farah.

"Thanks abang!!" Farah memeluk Azan.

"I will do anything for you." Balas Azan.

"Tapi abang, kenapa itali?" Farah melepaskan pelukan dan menyoal.

"Sebab abang tahu sikit-sikit selok belok itali tu. Kenapa? Sayang tak suka ke?" Jelas Azan lalu menyoal kembali.

"Eh, mana ada sayang tak suka. Sayang just terkejut.. sebenarnya itali tu tempat idaman sayang nak travel." Balas Farah keriangan.

"Oh, yeke? Bagus la macam tu." Azan lega. Tadi dia sangka Farah tak suka.

"Tapi, apa maksud abang tahu selok-belok itali tu?" Soal Farah.

"Aaa.. abang pernah pergi sana dulu. So.. hah, sebab tu la abang tahu." Balas Azan.

"Abang pergi sana buat apa?" Soal Farah lagi.

"Ala.. ada la." Azan tidak mahu menjawab.

"Bagitau la..." Farah mendesak.

"Ada la.. dah la, jom.." azan masih mengelak untuk menjawab.

"Jom? Gi mana?" Soal Farah pelik.

"Abang nak makan sayang.." azan menolak Farah ke atas katil.

"Abang!!" Menjerit farah apabila terbaring.

"Arh, dah berapa malam abang tak dapat sayang.. malam ni abang nak jugak." Azan menanggalkan bajunya lalu terus mengomol Farah.

"Geli la!! Abang!!"

💔💔💔💔💔💔💔💔

"Ernie.. aku nak keluar ni, aku balik lambat." Kata Hafiz semasa menggayakan rambutnya.

"Awak nak pergi mana?" Soal Ernie tak berpuas hati.

"Ada la. Duduk rumah ni pun, kau bukannya boleh layan aku. Bosan kau tahu tak. Lebih baik aku keluar." Balas Hafiz.

"Awak, duduk jer la rumah.. saya ni tak berapa larat, pening.. Awak tolong la saya jaga Hariz ni." Hariz ialah anak Ernie dan Hafiz. Ernie telah selamat melahirkan Hariz pada 4 bulan yang lalu.

"Ala, kau pening jer, bukannya nak mati. Dah la. Aku pergi dulu." Hafiz terus melangkah pergi.

Sekarang, rumah tangga Ernie dan Hafiz semakin goyah. Mereka berdua tidak lagi menggunakan panggilan manja. Hafiz akan melayan Ernie dengan baik hanya apabila dia ingin bersama dengan Ernie. Hafiz langsung tidak mengambil berat tentang anak lelakinya. Dia sering keluar meninggalkan Ernie dan Hariz di rumah. selepas bersalin dulu, hanya Ernie sahaja yang menjaga hariz. Dalam berpantang, dia terpaksa bergerak lebih dan melakukan kerja-kerja yang agak berat. Ernie tidak mempunyai ibu bapa, kedua-dua mereka telah meninggal dunia ketika umur Ernie 17 tahun. Adik beradik pun dia takde. Dia anak tunggal. Oleh itu, dia hanya berpantang seorang diri. Namun, teringan juga bebannya apabila Datin aisya sering melawat dia dan Hariz. Datin Aisya menganggap Hariz sebagai cucu kandungnya. Begitu juga dengan Dato' Shukri.

Rintihan Hidup Seorang LelakiWhere stories live. Discover now