-Bab28-

113 1 0
                                    

"Aaron! Sakit lah kepala anak dara orang!" Puan ina yang menyaksikan kejadian buah mempelam menghempap kepala Qis terus melangkah laju mendapatkan gadis yang kesakitan itu.

"Aduh.. sakitnya nek. Ish! Tak guna! Turun sekarang!" Selamba Qis memarahi Aaron.

"Sape suruh u tak elak?" Aaron tidak mahu mengaku salah.

"Aku baling selipar ni kang!" Qis menanggalkan selipar yang dipakainya dan membuat gaya untuk membaling kepada aaron.

"Baling la.. bukannya kene pon!" Aaron menjelirkan lidahnya.

"Nek.. tengok cucu bertuah nenek tu. Sakit kepala Qis." Qistina mengadu kepada Puan Ina.

"Meh sini nenek tengok." Qis menundukkan kepalanya.

"Benjol hah! Ya allah Aaron! Macam mana ni? Macam mana nak kawin kalau kasar sangat macam ni?" Puan Ina berkata sambil mengusap kepala qistina.

"Huh! Nek! Memang sampai mati pun Aaron tak kawin dengan Errisa tu." Balas Aaron sambil memetik sebiji lagi buah mempelam dan turun dari pokok.

"Sape cakap kawin dengan errisa? Kalau dengan perempuan lain pun kamu tak boleh berkasar macam ni." Kata puan ina.

"..jom masuk Qis, Aaron, kutip buah mempelam yang kamu dah petik tu." Arah puan ina.

"Yelah.." balas Aaron sambil menyarungkan seliparnya sebelum mengutip buah-buah mempelam yang tergolek di tanah.

"Nenek, ada kan bahan-bahan untuk buat sambal kicap? Qis dah lama tak makan buah mempelam cicah sambal kicap. Sebab tu Qis suruh aaron petikkan buah mempelam tu." Soal Qis kepada puan ina ketika mereka melangkah untuk masuk ke rumah.

"Eh.. pandai kamu makan benda benda camtu ye?" Puan ina pelik.

"Dulu masa kecik kecik selalu makan dengan mama kalau balik kampung." Jelas Qis sambil tersenyum.

"Oo.. ada jer bahan bahannya. Alah, senang sangat sambal kicap tu nak dibuat." Puan ina dah semakin suka dengan qis.

"Aku panjat, aku petik, aku kene marah, aku yang salah, semua aku! Ish, ni nak merajuk ni!" Aaron mengomel sambil mengutip buah mempelam lalu terus melangkah masuk ke rumah.

Semasa masuk ke rumah dia melihat, Qistina dan puan ina bergelak tawa di dapur sambil menyediakan sambal kicap.

"Eh eh.. pelik betul nenek ni. Mana berambusnya perangai bengis dia tu? Elok jer aku tengok dia layan qis. Hebat betul aura bakal isteri aku ni." Aaron berkata dalam hati.

"Ni! Buah mempelam yang menghempap kepala anda tadi." Aaron menghentikan gelak tawa qis dan puan ina.

"Hah! Letak kat atas meja tu." Arah puan ina.

"Dah alang-alang tu, apa kata u tolong potong kan sekali. Betul tak nek?" Kata Qis sambil memandang aaron nakal.

"Betul jugak tu. Haa aaron, ambik pisau kat situ." puan ina bersetuju dengan Qis.

"Amboi korang dua ni! Suka eah nyakat aaron." Kata Aaron tidak berpuas hati. Dia melangkah untuk mengambil pisau sambil memberi pandangan maut kepada Qis. Qis yang perasan dengan pandangan aaron itu, menjelirkan lidah kepadanya.

Aaron, qistina dan puan ina duduk menjamu buah mempelam yang dipetik tadi di beranda.

"Ya allah! Sedapnya.. dah lama qis tak makan buah mempelam cicah sambal kicap ni." Kata Qis spontan sambil mengunyah laju buah mempelam.

"Kesiannya dia.." aaron turut menguyah buah mempelam.

"Amboi... Sedapnya makan, tak ajak langsung eah!" Encik Razif menyampuk sambil mengambil tempat di sebelah puan ina.

Rintihan Hidup Seorang LelakiWhere stories live. Discover now