-Bab 18-

135 7 6
                                    

"So what next?" Soal Jay kepada Aizat semasa mereka melangkah menuju ke kereta.

"Open back the case." Balas Aizat lalu terus masuk ke kereta.

"Kita kasi lawan balik kaw kaw la.." kata Jay semasa menghidupkan enjin kereta.

"Of course! Aku dah cakap, abang aku tak salah. Sekarang tiba giliran diaorang pulak untuk malu." Balas Aizat.

"Next destination?" Soal Jay.

"Mahkamah.. aku nak benda ni settle secepat yang mungkin." Balas Aizat.

Mereka berdua pun menuju ke mahkamah bersama-sama dengan bukti yang telah dikumpul.

💔💔💔💔💔💔💔💔

"Assalamualaikum.." Farah menegur Azan yang sedang menunggunya di atas buaian.

"Waalaikumsalam.. lain macam sikit la saya tengok awak hari ni." Kata Azan.

"Lain macam mana?" Soal Farah sambil melabuhkan punggung di buaian sebelah azan.

"Gaya rambut awak tu lain." Balas Azan.

"Saya pergi saloon semalam. Potong sikit, sebab panjang sangat rimas." Jelas Farah.

"Ouh.." balas Azan ringkas.

"Kenapa awak tak suka ke style rambut saya macam ni?" Soal Farah.

"Eh, tak la.. saya ok jer. Tak kesah pun style macam mana. Tapi ada satu style jer yang saya tak suka." Balas Azan.

"Style apa?" Soal Farah sambil mendekatan sedikit jaraknya dengan Azan.

"Style botak.. hahahaha.." Balas Azan selamba dan tergelak besar.

"Ish awak ni!" Farah menolak bahu azan. Terhuyung-hayang azan di buatnya.

"Ala saya gurau jer. Jangan marah." Azan memujuk farah.

"Haha.. tahu pun cuak. Saya tak marah la awak." Balas Farah.

"Ish mak cik ni, aku cium kang." Azan membuat gaya untuk mencium.

"Awak!!" Farah menolak muka Azan.

"Hah, tau takut.."

"Awak ni, kalau nak cium saya, jom kawin cepat sikit." Kata Farah.

"Awak nak ke kawin dengan saya?" Soal Azan.

"Awak.. kalau tak nak, memang tak la saya nak layan karenah awak." Balas Farah.

"Betul awak sudi terima saya sebagai suami?" Soal Azan dengan nada serius.

"Saya terima awak sebagai atok." Balas Farah dengan nada bergurau.

"Please awak, saya serius ni." Nada suara Azan semakin serius.

"Azan, awak lelaki yang paling terbaik untuk saya. Dari first day kita jumpa lagi, awak dah jadi penyelamat saya. Tu, tangan awak tu, berparut di sebabkan saya. Macam mana saya nak tolak awak sebagai suami? Awak lindungi saya, lebih daripada awak lindungi diri awak sendiri. Saya rasa selamat sangat kalau dengan awak." Farah memberi penerangan dengan nada yang serius.

"Tapi awak, awak sanggup ke bergelar isteri kepada seorang lelaki yang dianggap sebagai perogol?" Air muka azan mula berubah kepada sedih.

"Biarlah apa orang nak cakap sekali pun. Yang penting awak tak salah. Saya yakin, satu hari nanti semua kebenaran akan terungkap. Allah tu maha adil. Ini semua ujian untuk awak azan." Balas Farah.

Azan terus memandang muka farah.

"Terima kasih awak. Saya tak sangka, orang yang saya baru kenal mempunyai kepercayaan yang lebih baik daripada keluarga saya sendiri."

Rintihan Hidup Seorang LelakiWhere stories live. Discover now