-Bab 15-

148 6 5
                                    

Dah masuk tahun ketiga aku bergelar mahasiswa. Aaron dan aku memang dah rapat sangat sangat. Aaron cadang nak bawak Qis balik jumpa nenek dia lepas settle konvo nanti. Sekarang dia focus on study dulu. Aaron dah banyak tertinggal tentang study, yela mana taknya asyik sebok jer enjoy sana enjoy sini. Kalau dalam kelas tido, kalau tak tido, dia lukis benda tah pape. Sekarang kan dah susah nak catch up balik semua benda. Nasib baik ada aku, banyak nota aku dia pinjam. Kesian..

Farah pulak, makin lama aku makin sayang pada dia. Sayang sangat. Walaupun dia tu tak sesopan ernie, tapi aku rasa aku lebih suka pada personaliti dia. Kasar,ganas,selamba tapi manja. Aku tahu hati dia lembut. Dia caring, selalu call aku kalau aku tak sihat. Aku harap sangat hubungan aku dan farah akan pergi lebih jauh.

Tentang keluarga aku... Aku memang tak tau langsung. Aku memang takde contact dengan diaorang. Rindu, tu jer yang aku mampu katakan. Aku rindu sesangat pada diaorang, terutamanya umi dan zat. Hujung tahun ni balik la zat besi tu. Habis dah dia belajar. Hmm.. bila lah aku dapat jumpa dengan diaorang semula. Tapi aku yakin, memang aku akan berjumpa semula dengan diaorang.

"Woit! Kau mengelamun apa?!" Aaron menyergah aku yang sedang termenung ke luar tingkap dome kami.

"Mana ada mengelamun." Balas aku.

"Eleh, yela tu. Aku tengok dah sampai london dah kau termenung." Bantah Aaron.

"Aku teringat pada family aku la." Balas aku dengan nada lemah.

"Lepas konvo nanti, kau balik la jenguk diaorang." Cadang Aaron.

"Haish... Tak boleh la. Kes aku tu tak terungkap lagi kebenarannya." Balas aku.

"Apa kata, lepas konvo nanti, kau balik sana settlekan kes tu." Cadang Aaron lagi.

"Ish kau ni cakap settlekan kes tu macam makan nasi jer kan.." aku terus mengalihkan pandangan ke Aaron.

"Apa? Aku cakap jer... Jangan ler marah!!!" Balas Aaron.

"Nak settle kan kes tu bukan senang. Nak kumpul bukti lagi, nak upah lawyer lagi." Kata aku sambil tangan digerak-gerakkan.

"Kau nak bukti apa lagi?" Pelik aku dengan soalan Aaron ni.

"Bukti la.. bukti yang menunjukkan aku tak salah." Balas aku sambil mengarukan kepala yang tak gatal.

"Bukti kau dah ada depan mata la." Kata Aaron.

Aku membuat muka yang menyoal "apa?".

"Budak yang dikandung nadia tu mesti la dah lahir kan.. so, buat jer la ujian DNA." Terus aku duduk kat sebelah Aaron.

"Weiyh!! Asal aku tak terfikir tentang ujian DNA?" Aku menyoal Aaron depan muka dia. Dengan pantas Aaron menolak muka aku.

"Mana aku tahu kau, nama jer bakal detektif, tapi kes sendiri pun tak leh handle." Balas Aaron.

"Aku tak terfikir la bengong!" Aku memarahi Aaron.

"Haha.. jangan la mental! Dah dah.. kes tu hold on dulu, pape pun sekarang ni kita focus hal-hal kampus dulu. Kau dah settle packing barang ke belom?" Soal Aaron.

"Dah, all done!" Balas aku sambil tersenyum nampak gigi.

Esok kitaorang akan berangkat ke suatu kawasan hutan di singapore untuk aktiviti kempen bagi pelajar tahun akhir. Tapi 100 orang jer yang boleh pergi. Nasib baik aku dan Aaron sempat daftarkan nama, kalau tak, melepas la kitaorang nak join. Farah pun pergi jugak. Uncle Dahlan pula jadi macam guru pengiring. Qis tak join, dia tak minat benda-benda extreme camni.

Keesokannya...

Tibalah hari untuk kami berangkat. Pagi-pagi lagi Aaron dah bangun. Pecah rekod betul dia kali ni. Awal daripada aku dia bangun. Excited betul aku tengok. Selesai bersiap-siap, aku dan Aaron double check barang-barang kami dan terus bergerak menuju ke perkarangan kampus. Aku dan Aaron menuju ke meja lapor diri dan tick pada nama kami. And then terus masuk bas. Aku ada jugak tercari-cari buah hati aku, tapi tak jumpa. Maybe tak sampai lagi kot. Aku dan Aaron duduk sebelah-sebelah. Aaron duk tepi tingkap.

Rintihan Hidup Seorang LelakiWhere stories live. Discover now