-Bab 14-

113 4 1
                                    

"umi dah makan?" Soal Asy kepada Datin yang sedang menyiram bunga.

"Dah.." balas Datin sambil mata memandang bunga-bunganya.

"Umi, tak payah la siram bunga tu. Nanti Asy suruh Ana siramkan." Asy mengelarkan isterinya Ana. Azan sorang je yang panggil Daya.

"Tak boleh. Nanti kalau terbanyak sangat airnya, mati pulak bunga-bunga umi ni." Datin menolak.

"Ala umi.. mengada la." Asy menyakat Datin.

"Azan jer yang reti siram bunga ni." Tiba-tiba Datin menyebut tentang Azan.

"Ish umi ni. Asy pun reti la kalau setakat siram bunga. Simbah jer la air. Apa yang susah?" Soal Asy.

"Bunga umi ni sensitif tau, dia tak boleh kurang tak boleh lebih air yang disiram. Kalau tak nanti dia mati." Jelas datin.

"Macam tu pulak?"

"Ye.." balas Datin.

"Yela umi, azan jer yang reti.. kitaorang yang lain ni, semuanya hampeh kan." Kata Asy dengan nada merajuk.

"Ish.. mana ada la, anak-anak umi semua ada kelebihan yang tersendiri." Balas Datin untuk memujuk.

"Yeke?" Soal Asy.

"Ye.."

"Apa kelebihan Asy?" Soal Asy.

"Asy penuh dengan ilmu agama. Kalau ada apa-apa yang umi tak faham, umi boleh tanya Asy." Balas Datin.

"Kalau abg joy?" Soal Asy.

"Kalau umi marah, mesti joy akan buatkan umi ketawa atau senyum. Hilang terus marah umi." Kata Datin.

"Kalau zik?"

"Zik suka tolong umi masak kat dapur. Mudah sikit kerja umi." Balas Datin.

"Ala.. menantu umi kan ada tiga orang." Kata Asy.

"Lain asy, lain rasanya kalau dengan anak. Lebih-lebih lagi anak lelaki. Memang tak ramai ibu-ibu yang dapat anak lelaki suka tolong memasak tau." Balas umi.

"Oo.. kalau a.." belum sempat Asy menyoal.

"Woi! Kau dengan umi berbual apa ni?" Zik dan joy datang.

"Umi bagitau tentang semua kelebihan-kelebihan anak dia." Balas Asy.

"Yeke? Apa kelebihan aku?"soal Zik.

"Kau suka tolong umi masak." Balas Asy.

"Abg joy?" Soal zik lagi.

"Suka buat umi ketawa masa marah." Balas Asy.

"Hehe.." joy ketawa.

Datin yang selesai menyiram bunga terus duduk bersama-sama dengan tiga orang anak jantannya.

"Kamu bertiga ni dah makan ke belum?" Soal Umi.

"Dah." Balas Zik.

"Umi.. asy tak habis tanya lagi." Kata Asy.

"Tanya apa lagi?" Soal Datin.

"Apa kelebihan aizat pulak?" Balas Asy dengan soalan.

"Aizat membuatkan umi terasa macam ada anak perempuan."

Ternganga mereka bertiga dengar jawapan datin.

"Apa maksud umi?" Soal joy meminta penjelasan.

"Kamu tau kan perangai manja terlebih si aizat tu? Dia suka umi usap kepala dia, sikat rambut dia. Ala..macam budak perempuan." Jelas Datin.

Rintihan Hidup Seorang LelakiWhere stories live. Discover now