-Bab 11-

109 7 0
                                    

"Umi.. makan la sikit, nanti masuk angin perut tu." Daya menyuapkan bubur kepada Datin yang baru keluar dari wad, tapi Datin menolak.

"Macam mana nak sembuh kalau umi tak makan?" Soa Joy.

"Biarlah Umi mati, hidup umi dah tak bermakna sekarang ni." Balas Datin.

"Umi! Apa cakap macam tu?!" Herdik Zik.

Dato' menepuk bahu Zik.

"Takpe la, biar abah jer yang suapkan. Korang semua pergi la rehatkan diri." Arah Dato' kepada anak dan menantunya.

Asy duduk di sebelah Datin lalu memegang tangan Datin.

"Umi.. jangan la macam ni, kitaorang masih perlukan umi." Asy mencium tangan Datin dan terus keluar dari bilik.

Semua yang berada di situ turut keluar, tinggalah datin dan dato' sahaja. Dato' mengambil bubur lalu duduk di sebelah isterinya.

"Ayang, kalau ayang rindukan Azan.. Ayang tak boleh macam ni. Nanti kalau tiba-tiba Azan balik tapi dia tengok umi dia dalam keadaan macam ni, mesti dia sedih kan? Ayang tak nak azan sedih sebab ayang kan?" Dato' cuba memujuk sambil memandang penuh perasaan ke muka datin.

"Abang, abang dah terima Azan semula?" Soal Datin terkejut dengan kata-kata Dato'.

"Abang tau dia akan balik kalau dia tak salah.." balas Dato' tanpa memandang muka Datin.

"Terima kasih bang.." Datin memeluk lengan Dato'.

"Sudah, mari makan. Abang suap." Dato' menyuapkan bubur ke mulut Datin.

"Tahun depan, anak bongsu kita balik." Kata Dato' semasa Datin sedang menguyah.

"Mesti Zat pun sedih jugak kalau tengok keadaan ayang macam ni." Dato' menyuapkan suapan kedua.

"Jadi.. ayang kene la kuat, kene jaga kesihatan, jangan sedih-sedih.. boleh?"  Soal Dato'.

Datin hanya mengangguk.

💔💔💔💔💔💔💔💔

"Azan! Cepat la!" Kata Aaron ketika memakai kasut di depan pintu dome.

"Kejap arr.." Aku mencapai beg di atas kerusi meja bacaan.

"Kerja rajin-rajin tau, nanti dapat payment belanja aku." Kata Aaron selepas memakai kasut.

"Eleh, mata duitan!" Balas aku ketika mengunci pintu dome.

"Hello! Kau tu gi kerja aku hantar and jemput tau! Sekurang-kurangnya 10 percent dari payment kau, hak aku." Kata Aaron.

"Yela tuan Aaron.." aku mengalah.

Selepas beberapa minit Aaron memandu, kami pun sampailah di tempat kerja aku. Aku bersyukur dapat kerja kat sini, Syaf baik giler.. dia layan semua pekerja-pekerja macam kawan.

"Kol 10:40p.m aku jemput kau."  Kata Aaron semasa aku keluar dari kereta.

"Eh takpe arr, nanti ganggu pulak timing kau nak jumpa dengan uncle." Balas aku.

Kalau boleh aku taknak menyusahkan Aaron, tapi Aaron ni baik sangat. Bila aku cakap tak payah, badan aku yang sakit dihempuknya.

"Ish.. buat apa lama-lama aku duk borak dengan ayah? Aku jenguk dia sekejap jer. Dia kata ada benda nak bincang." Malam ni Aaron kene balik rumah Ayah dia, sebab uncle razif kata dia ada something nak bincang dengan Aaron. Sebab nak bincang tu la aku risau kacau timing diaorang pulak nanti.

"Tapi..."

"Takde takde! Kau jangan balik sendiri eah, aku tembak kau nanti!" Aaron terus memandu kereta meninggalkan aku.

Rintihan Hidup Seorang LelakiWhere stories live. Discover now