-Bab 17-

131 6 0
                                    

"tak, tak mungkin abg zan buat macam tu!" Zat tidak mempercayai kisah yang diceritakan oleh Dato' Shukri.

Dah genap tiga tahun Aizat di Oman. Sekarang dia sudah pulang ke pangkuan keluarga.

"Ikut kau la nak percaya atau tak. Tapi itulah hakikatnya." Balas Dato' shukri.

"Abah, abg zan kene fitnah. Kenapa abah tak upah orang untuk siasat kes ni? Mana kepercayaan abah pada abg zan?" Zat menduga Dato' Shukri.

"Bukti yang ditunjuk oleh nadia tu kukuh sangat. Itu memang gambar azan. Abah tak boleh buat apa-apa." Balas Dato' Shukri.

"Aizat yakin abg zan kene perangkap. Sebenarnya ada satu malam hari tu, abg zan skype zat dan bagitau suatu perkara yang aneh terjadi pada dia." Dato' shukri yang tadinya memandang ke arah televisyen kosong, kini mengalihkan pandangan ke aizat yang sedang duduk di tempat letak tangan pada sofa.

"Zan bagitau apa?" Soal Dato' Shukri.

"Abg kata dia pergi birthday party nadia, lepastu nadia cakap ada benda nak cerita pada abg Zan. So, dia ajak abg zan pergi tempat yang takde org. In first, abg zan menolak tapi nadia memaksa, abg zan pun ikutkan jer la. Lepas tu abg azan kata diaorang duduk dekat child park dalam hotel tu. Lepas tu abg zan tak tau apa jadi. Dia sedar-sedar dah ada kat dalam kereta." Zat mengimbas kembali perbualan terakhirnya dengan azan.

"Abg kau ada citer tu di mahkamah, tapi nadia kata azan tipu. Nadia bagitau, lepas nadia bercerita, azan minta diri untuk ke tandas tapi bila azan datang balik, dia pengap mulut nadia dengan sapu tangan. Lepas tu nadia sedar dia ada di dalam bilik hotel tanpa pakaian." Jelas Dato' Shukri.

"Jadi abah lebih percaya pada perempuan tu?" Zat menduga.

"Tak.. abah tak tau sape yang betul sape yang salah." Balas Dato' Shukri.

"Kalau macam tu, kenapa abah halau abg azan?! Kesian abg tau tak! Sanggup abah buang anak abah sendiri kan!" Zat meninggikan suara kepada Dato' Shukri.

"Kau jangan nak kurang ajar dengan abah!" Dato Shukri memarahi tindakan aizat.

"Aizat akan buktikan pada abah, abg zan langsung tak salah! Masa tu, aizat harap sangat abah melutut di kaki abg azan!" Zat terus melangkah naik ke biliknya. Zat makin biadab. Dia jadi begitu mungkin kerana sakit hati dengan Dato' Shukri yang  menghalau azan.

"Aizat Muzmil!" Dato' Shukri menengking aizat. Tapi aizat langsung tak terkesan dengan tekingan tersebut.

💔💔💔💔💔💔💔💔

Azan dan Aaron sedang mengemas barang-barang mereka untuk keluar dari dome. Mereka telah berjaya menghabiskan pelajaran.

"Aaron, serius la aku boleh ikut kau balik.." azan terasa dirinya menyusahkan Aaron.

"Boleh.. kau jangan risau la. Lagipun nanti takde la aku bosan duduk kat rumah." Balas Aaron.

"Tapi aku rasa macam menyusahkan kau la pulak." Azan masih tidak senang.

"Takde nya.. kau anggap jer kita berdua ni adik dan abang yang nak balik kampung." Balas Aaron lalu mengangkat begnya keluar dari dome.

"Sape adik sape abang?" Soal azan.

"Kau adik, aku abang.. jadi kau kene dengar arahan abang. Jangan derhaka.. faham?"

"Cukup la aku ada tiga orang abang yang selalu menyakitkan hati dan raga.." balas azan.

"Tapi abang kau yang ni akan menyakitkan mental kau.. haha.." ada sahaja benda yang Aaron nak pangkah.

"Kau naik motor kan?" Soal Aaron kepada Azan.

Rintihan Hidup Seorang LelakiWhere stories live. Discover now