-Bab 7-

185 9 7
                                    

"Abang! Abang!" Datin Aisya meneriak suaminya.

"Kenapa?!" Berlari-lari Dato' Shukri mencari Datin.

"Abang... Anak kita.." Kata Datin sambil menangis teresak-esak di depan pintu bilik Azan.

"Lah.. abang ingatkan ada apa-apa jadi pada awak." Dato' menghembuskan nafas lega.

"Azan.. azan....." Datin menepuk-nepuk lengan Dato'.

"Budak tu dah berambus ye? Bagus la.." kata Dato' lalu meninggalka Datin.

"Azan... Kenapa tinggalkan umi... Azan..." Datin Aisya terduduk di atas lantai sambil air mata mengalir dengan sangat laju.

Azan mintak maaf umi, Azan terpaksa. Abah dah buang Azan. Azan dah tak boleh duduk lagi dah dalam rumah tu. Daripada Azan dihalau abah dengan kasar, lebih baik Azan keluar dari rumah tu sendiri. Maafkan Azan umi..

Aku mengalirkan air mata sambil mata memandang ke tingkap flight yang aku naik. Kepala aku masih berdenyut-denyut lagi. Perut pun tak hilang lagi senaknya. Satu badan aku sakit akibat dilanyak oleh abah dan abg-abg aku semalam. Tapi.. sakit lagi hati aku ni. Sakit sangat, aku tak sangka ahli keluarga aku tak mempunyai kepercayaan yang kukuh pada aku. Aku sakit sangat bila dengar kata makian dan cacian yang keluar dari mulut mereka. Ernie pun, langsung percaya pada aku. Dia terus tinggalkan aku macam tu jer. Dia kata aku ni manusia yang bertopeng kan setan. Terngiang-ngiang kata-kata diaorang pada telinga aku. Ya allah kau berikan lah kekuatan pada aku, aku yakin disebalik semua ni, akan ada hikmah. Air mata aku mengalir semakin laju, aku tak mampu nak tahan air mata jantan aku ni keluar.

Singapore-

Alhamdulilah,aku selamat tiba di Singapore. Aku terus ambik cab dan pergi check in di hotel  yang berhampiran dengan Universiti. Aku masuk dalam bilik dan tutup pintu. Aku terus letak barang-barang di tepi katil dan terus baring atas katil tu perlahan-lahan sebab badan sakit. Aku nak rest kejap lebih kurang 10minit, tapi aku tertidur. Aku sedar-sedar dah pukul 2:30 ptg. Lamanya aku tidur. Letih sangat kot. Tanpa membuang masa aku terus mandi , ambil wuduk dan solat.

"Ya allah, kau ampunkanlah dosaku, dosa ibubapaku dan dosa-dosa keluarga ku. Ya allah kau berikanlah diriku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi setiap ujian hidupku. Kau jauhkanlah diriku daripada segala maksiat dan larangan-Mu. Cekalkanlah hatiku untuk terus beristiqamah menunaikan segala kewajipanku kepada-Mu. Kau bukakanlah pintu rezekiku. Kau lindungilah diriku daripada segala malapetaka dan bahaya. Isk isk.. kau berikanlah kesihatan yang baik kepada umi dan abah. Kau jauh kan lah hasrat dendam daripada memasuki hatiku ya allah... Isk isk.. hanya kepadamu ku memohon dan dan berserah. Amin.." hanya allah jer yang aku ada sekarang ni.

Aku dah takde sape-sape dah. Aku harap aku dapat menjalani hidup aku yang akan datang dengan lebih baik.

Selesai solat, aku terus ambik dompet aku. Aku tengok duit kurang. Jadi aku ambil keputusan untuk pergi bank yang berhampiran. Aku sembur perfume dan sikat rambut. Aku buat gaya rambut lain kali ni. Spect pun aku tak pakai, aku tinggalkan spect kat rumah abah. Aku bukan apa, aku risau kalau ada orang kenal aku, yea aku kan pernah keluar tv. Aku pakai cap dan jacket lalu terus keluar dari bilik.

Bila sampai kat bank. Aku nak keluar kan duit dari akaun yang abah buat kan tu. Tapi, akaun tu dah kene beku. Adu.. macam mana ni? Dah la akaun tu yang ada banyak duitnya. Selalunya aku akan masukkan sebahagian payment dari orang lain ke akaun yang abah buat ni. Aku risau , mana la tau kalau akaun aku yang untuk payment dari orang lain tu kene hack ke ape ke. Yela kan, orang ni kita takleh percaya sangat. Kalau simpan dalam akaun yang abah buat tu selamat sikit, sebab nombor akaun tu abah je tahu.
Aku try tengok akaun aku yang lagi satu tu, alhamdulilah takde pape yang buruk berlaku. Aku check balance, ada 42 000SD. Adumak berapa pulak SD, SD ni. Ok nevermind. Aku keluarkan 850SD, cukup la dulu. Nanti kalau duit aku dah kurang aku keluarkan lagi. Apesusah.

Rintihan Hidup Seorang LelakiWhere stories live. Discover now