-Bab 24-

109 4 1
                                    

"kamu memang tak nak balik ke malaysia ke azan?" Soal Encik Hashim semasa makan tengah hari di rumahnya.

Encik hashim merupakan bapa saudara azan belah datin. Encik Hashim dah lama menetap di itali kerana dia bertugas sebagai pakar bedah di hospital itali. Banyak kali juga azan dan keluarga melawat Encik Hashim. Oleh itu, azan tahu sedikit selok belok di itali ni.

"Nak tu memang nak. Tapi azan rasa, biar dulu la kot. Lagipun sekarang azan dah kerja. So, kalau nak balik sana kene apply cuti la apa la. Leceh.." balas Azan.

"Kes kamu dengan si nadia tu dah settle." Kata encik hashim.

".. apalagi yang kamu risaukan?" Soal Encik Hashim.

"Mana ada risau apa-apa pak long. Azan lega tau dengar pak long citer tentang kes tu." Azan menafikan.

"Jangan nak tipu la. Kamu punya air muka tu pak long tengok macam tak nak dah balik ke malaysia." Kata Encik Hashim. Azan hanya mendiamkan diri.

"..Kamu berdendam ye dengan abah dan abang-abang kamu?" Terkedu azan mendengar soalan Encik Hashim.

"Eh, mana ada. Azan dah lama dah maafkan diaorang." Balas Azan.

"Dah tu? Kamu tunggu apa lagi? Balik la. Umi kamu rindu sangat pada kamu. Si zat pun sama." Kata Encik Hashim memujuk azan.

"Abah, abang asy, abang joy and.. abang..zik. tak kesah pun pasal azan kan? Lebih-lebih lagi abang zik, dia memang suka kalau azan takde." Azan sendiri tak tahu macam mana dia boleh cakap begitu.

"Ish.. jangan cakap macam tu." Encik hashim tidak suka dengan kata-kata azan.

"..abah kamu ada cakap pada pak long. Dia menyesal halau kamu. Dia menyesal sebab tak back up kamu."

"Arh.. poyo jer abah tu. Masa azan kene fitnah dulu. Macam-macam keluar dari mulut dia. Anak anjing la, anak setan la. Sial la. Tah apa ke jadah lagi. Sakit pak long hati azan masa tu. Dengan sakit badannya lagi kene lanyak dengan diaorang." Azan melepaskan kemarahan yang selama ni terpendam di dalam hatinya.

".. ni parut kat dahi azan ni, abang zik punya kerja la. Di hentaknya kepala azan kat dinding. Sakit wo.. bapak sakitnya. Abang asy pulak, pijak perut azan macam dia pijak tyre pump. Abah, libas azan dengan rotan langsung takde rasa kasihan. Abang joy jer yang tak sentuh azan tapi, dia langsung tak halang masa azan kene pukul. Tengok jer macam orang bodo." Farah terkebil-kebil melihat suaminya melepaskan bengang. Tak pernah lagi dia melihat azan begini.

".. nasib baik ada umi, kalau tak, Dah jadi mayat dah azan masa tu. Tapi, umi pun takde kepercayaan yang kukuh pada azan. Dia tetap was-was. Ernie.." kata-kata Azan terhenti apabila menyebut nama bekas kekasihnya. Dia memandang farah.

"..Ernie tinggalkan azan macam tu jer. Siap cakap azan ni manusia yang bertopengkan setan lagi." Azan menyambung katanya.

"Azan.. kamu masih tak maafkan mereka kan?" Soal Encik Hashim.

"Dah, azan maafkan diorang. Tapi pak long, azan tak mungkin lupakan semua tu."

".. mustahil untuk azan lupa." Kata Azan dengan muka yang serius.

"Memang la. Kamu memang takkan lupakan memori pahit tu. Tapi kamu kene jadikan memori tu sebagai kekuatan untuk kamu melangkah ke masa depan." Kata Encik Hashim. Azan tersenyum mendengar kata-kata Encik Hashim.

"Balik ye zan. Kesian umi kamu." Pujuk Encik Hashim lagi.

"Ye pak long. Azan akan balik bila kene waktunya. Sekarang azan nak fokus pada keluarga azan. Azan nak bina keluarga azan." Balas Azan sambil memandang isterinya di sebelah.

Rintihan Hidup Seorang LelakiWhere stories live. Discover now