-Bab 1-

287 14 0
                                    

Nama aku Azan Mukhriz Bin Mohd Shukri. Nama artis aku Azan Mukriz. Ramai orang panggil aku Azan, tapi untuk yang dah lama kenal dan rapat dengan aku diaorang panggil aku Zan.

Aku merupakan anak kepada pengarah filem terkenal iaitu Dato' Shukri. Selain daripada mengarah, abah aku pun pernah menyanyi dan berlakon. Aku rasa bakat nyanyian dan lakonan yang ada dalam diri kami adik beradik diwarisi daripada Abah.

Adik beradik aku ada 5 orang.  Kitaorang semua terlibat dalam industri lakonan mahupun nyanyian. Okay meh sini aku citer one by one tentang sibling aku.

Firstly abang sulung aku, nama dia Azizul Muzir. Aku and adik beradik lain panggil dia Abang Joy. Dia ni terlibat dalam bidang lakonan drama. Terutamanya dalam drama komedi. Abang Joy merupakan seorang insan yang kelakar. Dia suka buat lawak spontan. Tak kisah la situasi tegang ker kendur ker lawak dia memang akan jadi. Isteri abang joy pun merupakan pelakon komedi. Nama dia Syamimie Shakira, aku paggil dia Ira. Diaorang dah berjaya menghasilkan 4 orang anak. Hehe.. dah 8 tahun diaorang mendiri kan rumah tangga. Bahagia aku tengok. Aljamdulilah..

Secondly Abang Ash, nama dia Asyriq Muslim. Dia ni susah sikit nak bawak bergurau, sebab abang Asy ni jenis yang tegas and serius. Memang susah nak dengar dia gelak terbahak-bahak. Hai maklumlah, bekas pelajar tahfiz kan. Tapi kalau bab-bab agama memang aku tabik arr dengan abg Asy. Kalau mengaji perhh... Tak dapat aku na katakan betapa sedapnya suara dia. Abang Asy ni terlibat dalam bidang lakonan, lakonan drama jugak, tapi drama romantik. Hah.. mesti terkejutkan. Abang Asy ni kalau bab-bab mencairkan hati pompuan memang number one. Muka dia memang dalam class A arr, handsome la daripada abang joy. Abang Asy ni dah 3 tahun kawin, tapi takde rezeki lagi nak ada anak. Aku risau abg asy tak subur jer.. haha.. wife dia aku panggil kak daya. Dia marah aku panggil camtu sebab bunyinya lebih kurang macam jenama sabun buku 'Daia' tu. Tapi aku, makin orang marah, makin aku buat.

Next, dia ni lain macam sikit bidangnya. Dia merupakam Chef... Chef selebriti. Nama dia Azkri Mukmin, aku panggil dia abang Zik. Nama artis dia ialah Chef Zikri. Dia ni kalau bab-bab memasak memang hebat, tapi tak leh kalahkan umi.. masakan umi la yang paling sedap. Abang Zik ni pun dah kawin dah, wife dia pun chef, bakery chef. Tapi tak famous cam dia. Aku gelar wife dia kak Sara. Abang Zik ni jenis mulut lazer. Dia kalau nak maki orang selamba dia jer. Kalau bercakap dengan dia jangan ambil hati arr.. memang tak sah kalau tak terasa hati bila borak dengan dia.

Anak Dato' shukri yang keempat ialah..... Azan mukhriz yang handsome! Haha.. aku latu. Aku ni jenis yang suka menyakat orang tapi aku ni nerd. Badan aku tak kurus n tak gemuk. Aku terlibat dalam bidang nyanyian sejak umur 14 tahun. Masuk umur 16 tahun abah dah mula push aku dalam bidang lakonan. So, aku ni penyanyi pun ye, pelakon pun ye. Aku single but no available. Aku dah ada awek tau. Dia penyanyi, nama dia Ernie. Dia ada vokal yang mantap beb. Aku kenal dia masa aku join satu program realiti tv. Program tu memang akan serlah kan semua perangai buruk kita and korek rahsia kita. So, dari program tu la aku dan ernie bertemu. Makin lama kenal rasa makin serasi. Kitaorang pun sekarang ni dah dianggap sebagai hot couple. Semua orang tau tentang hubungan kitaorang. Kitaorang ada nama gabungan tau, fans kitaorang yang reka. ErZan. Siap ada fans club lagi.. hah, jangan main-main. Aku ada plan nak kawin dengan Ernie masa umur aku 23 tahun nanti, tapi sekarang ni umur aku baru 20. Lagi tiga tahun kene tunggu. So, ada la masa untuk aku kumpul duit, nak beli rumah. Hehe.. impian si jejaka.. aku cukup la tu tentang aku.

Last sekali adik aku, Nama dia Aizat Muzmil. Aku panggil dia Zat. Kadang-kadang aku tambah jadi Zat Besi. Hehe.. Umur dia 18tahun. Budak ni baru lepas SPM, alhamdulilah dengan izin allah dia dapat result yang cemerlang. Dia dapat tawaran sambung belajar dekat Oman. So, tak lama lagi berambus la dia. Zat ni single. Dia jenis yang tak suka bercouple-couple. Zat ada bakat dalam bidang nyanyian, tapi dia masih belum bersedia untuk serlahkan bakat tu kat orang luar. Dia kata, dia nak focus on study dulu. Bagus adik aku ni. Dalam ramai ramai adik beradik aku, dia lah yang aku paling ngam. Aku sayang lebih kat dia. Time susah, senang, dia always ada. Semua masalah aku, aku citer kat dia. Masa kecik dulu, mana aku pergi Zat mesti ikut. Zat ni kalau bukan adik aku, dia boleh dikatakan bff aku arr. Aku dengan Zat memang suka menyakat orang, terutamanya Umi. Umi memang selalu kene kacau dengan kitaorang.

Bercakap pasal umi, meh aku citer sikit tentang umi. Nama umi ialah Shahira Aishah Binti Mubin. Umur umi sekarang 54 tahun. Beza umur umi dengan abah tiga tahun. Kalau nak tau umur abah aku berapa , buat la jalan kira matematik. Umi ni hobi dia menanam. Dia memang suka bunga. Kalau kau datang rumah kitaorang memang penuh dengan bunga. Antara Umi dengan abah, aku paling rapat dengan Umi. Sebab umi ni lembut. Kalau abah, salah sikit dah naik angin. Tapi umi tak, umi akan bagi nasihat, paling tinggi pun umi akan bagi cubitan maut.

So, inilah serba sedikit tentang keluarga aku. Jangan berhenti baca tau. Sediakan tisu sebab nanti korang akan menangis dengan jalan hidup aku yang perit ni. Pada mula memang manis, tapi bila tiba di pertengahan memang perit. Inilah hidup aku, Azan Mukhriz.

Rintihan Hidup Seorang LelakiWhere stories live. Discover now