-Bab 9-

122 9 0
                                    

Aku check phone and tengok ada calender reminder..

📆 13 August
-my queen's birthday.

Umi.. Azan doakan umi sentiasa selamat dan sihat. Setiap hembusan nafas, zan akan ingat umi. Setiap doa, zan selitkan nama umi. Setiap usaha zan, demi umi. Zan takkan lupakan umi. Zan harap umi dapat maafkan zan. Janji zan pada umi, zan akan balik semula ke pangkuan umi. Zan akan bersihkan semula nama keluarga kita. Zan akan buktikan bahawa azan tak bersalah. Umi jangan risau. Itu janji azan. Semakin hari, rindu azan pada umi semakin tebal. Umi tunggu azan.

Tak mampu aku nak menahan air mata aku daripada menitis bila tersedar hari ni hari jadi umi. Setiap kali hari jadi umi, kami adik beradik akan sambut dengan meriah sekali. Tapi, dah dua tahun, dua kali hari jadi umi aku tak sambut bersama-sama diaorang.

"Woit! Asal kau nangis siak?" Aaron terus duduk di sebelah aku sambil memegang bahuku.

"Hari ni, birthday umi aku." Balas aku.

"Lah.. call la umi kau." Aaron tak tahu lagi tentang perbualan terakhir antara aku dan abah.

"Tak boleh."

"Kenapa pulak?"

"Abah aku larang. Abah aku kata kalau aku still berhubung dengan umi atau adik aku, dia haramkan semua titik peluh dia yang aku dah makan." Semakin laju air aku mengalir.

"Kejam! Tak sangka aku Dato' Shukri sekejam tu." Balas Aaron dengan nada bengang berbaur kecewa.

Aku hanya terdiam dengan kata-kata Aaron tu.

"Kalau aku jadi kau kan, aku tak tau la macam mana keadaan aku sekarang. Kalau aku kat tempat kau, aku rasa dah kene maki dah Dato' tu." Kata Aaron lagi.

"Tapi.. umi aku selalu pesan, walau seburuk mana pun bapak kita.. kita tetap kene hormat dia, tanpa dia, takde la kita.." balas aku sambil mengingat kembali pesan-pesan umi.

"Kalau ibu pulak?" Soal Aaron.

Aku terlupa kes penceraian ayah dengan ibu Aaron. Ayah dengan ibu dia bercerai sebab ibu dia ada orang lain. Ibu dia tinggalkan Aaron dan ayah dia, masa tu Aaron berumur 14 tahun. Pada aku, umur macam tu dah boleh tau and faham sikit-sikit tentang perkahwinan ni.

"Ibu lagi la kita kene hormat.. sebab dia syurga kita." Aku menjawab soalan Aaron sambil memandang mukanya yang dah mula berubah.

"Ya.. aku dah try, tapi.. nevermind la. Jom gi kelas nanti lambat pulak." Aaron terus bangun dari katil aku.

Semasa kitaorang sedang berjalan ke kelas. Aku dan Aaron terserempak dengan Prof Dahlan. Sebenarnya, prof yang tegur kitaorang dulu, sebab aku dan Aaron tak perasan pada dia.

"Assalamualaikum.. " sapa prof dahlan.

"Waalaikumsalam prof!" Balas aku dan Aaron sambil menyalami tangan prof.

"Nak ke kelas ye?" Soal prof.

"Ha'ah.." balas aku.

"Kelas kamu berdua habis pukul berapa?" Soal prof Dahlan sambil melihat jam tangannya.

"Pukul 10 prof.." balas Aaron.

"Ouh.. bagus la kalau macam tu. Habis kelas jumpa saya di kantin." Kata prof sambil tersenyum memandang kami. Aku dengan Aaron terus berkerut muka mendengar kata-kata prof tu.

"Nak buat apa?" Soal Aaron.

"Saya nak belanja kamu makan, upah tolong saya malam semalam." Jelas prof.

"Eh, tak pe la prof. Kitaorang tolong ikhlas.." Aaron menolak lengan aku denga siku apabila mendengar kata-kata aku.

"Eh.. saya pun ikhlas nak belanja kamu." Balas prof.

Rintihan Hidup Seorang LelakiWhere stories live. Discover now