013;{X-Ray}

1K 117 7
                                    

[[The Girl with X-Ray Eyes]]

Pada tahun 1996 , dunia telah digemparkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak perempuan yang mendakwa mempunyai penglihatan seperti sinar X-Ray .

Kanak-kanak itu dikenali sebagai Natasha Demkina dan berasal dari Saransk , Mordovia yang terletak di Rusia .

Diceritakan , Natasha mampu melihat organ dalaman manusia dan mengetahui jika seseorang itu menghidap sebarang penyakit dengan hanya melihat tubuh seseorang .

Kebolehan Natasha telah menarik minat para ilmuan untuk melakukan penyelidikan . Namun para ilmuan masih bingung bagaimana Natasha mampu memiliki kebolehan itu tanpa menggunakan sebarang teknologi .

Sinar X-Ray pada mulanya ditemui oleh seorang ilmuan yang bernama Willhelm Rontgen
pada tahun 1895 . Penemuan ini kemudiannya diguna pakai dengan meluas dalam bidang perubatan .

Kisah mengenai kebolehan luar biasa Natasha telah mengagumkan pelbagai pihak sehingga kisahnya telah diabadikan dalam dokumentari , filem dan banyak lagi .

[END]Fakta MisteriWhere stories live. Discover now