[[The Dancing Plauge]]
Pada musim panas di tahun 1518 , satu kejadian misteri yang digelar 'The Dancing Plauge' dilaporkan berlaku di mana orang ramai menari tanpa henti dan ia berlaku di sebuah perkampungan kecil yang terletak di Strasbourg .
Diceritakan semuanya bermula apabila seorang wanita yang dikatakan menari tanpa henti sehingga berhari-hari di kawasan jalan perkampungan terbabit .
Wanita itu kemudian telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 daripada penduduk kampung dijangkiti wabak menari tanpa henti sehingga turut menyebabkan berlakunya kematian .
Pakar perubatan pada ketika itu telah melakukan pelbagai usaha untuk menghentikan dan mengubati penduduk kampung yang terkena penyakit ini .
Diceritakan dalam masa seminggu sahaja seramai 34 orang penduduk kampung telah dijangkiti wabak menari dan tidak dapat mengawal pergerakkan diri mereka untuk berhenti .
Ramai diantara penduduk kampung yang dijangkiti wabak itu akhirnya mati disebabkan stroke , kelaparan , serangan jantung dan keletihan yang melampau .
Sehingga kini , para pengkaji masih belum mengetahui mengapa dan bagaimana 'The Dancing Plauge' boleh terjadi sehingga mengorbankan banyak nyawa pada ketika itu .
°°°
Follow ChimChubby
YOU ARE READING
[END]Fakta Misteri
DiversosPelbagai Kisah misteri yang tidak kesemuanya dapat diselesaikan . Ingin tahu lebih lanjut ? Anda dijemput masuk ke alam misteri ini ~ Start [15 Oktober 2018] End [21 December 2020] ©Fakta Misteri by ; @IceNomNom-