[[Zone of silence]]
Pada tahun 1930 , seorang juruterbang bernama Francisco Sarabia mengalami satu
kejadian aneh sewaktumelakukan penerbangan dia kawasan Zone Of Silence yang terletak berdekatan dengan Bandar Ceballos Mexico .
Difahamkan semua peralatan elektronik seperti radio dan telefon akan berhenti berfungsi sekiranya memasuki kawasan tersebut .
Diceritakan juga , terdapat banyak haiwan mutasi dan tumbuhan yang aneh dapat dijumpai hidup di kawasan padang pasir disana .
Zone of Silence juga turut dikenali sebagai Mexico's Bermuda triangle oleh orang ramai .
Pada tanggal 11 Julai 1970 , satu kejadian misteri telah berlaku sewaktu US Air Force
melancarkan peluru berpandu Athena dari pangkalan ketenteraan yang terletak di Green River , Utah .Difahamkan , peluru berpandu itu telah diprogramkan untuk jatuh pada 700 batu dari White Sands Missile Range,Mexico .
Namun tanpa sebab yang jelas , peluru berpandu itu terus terbang beratus batu dari tempat
yang sepatutnya dan menuju ke kawasan Zone of Silence sebelum jatuh dan meletup disana .Menurut para saintis yang melakukan kajian dan penyelidikan di kawasan Zone Of Silence,
mereka mendapati terdapat satu teknologi canggih yang tertanam jauh di dalam tanah di kawasan tersebut .
Teknologi tersebut telah menghasilkan satu medan magnet yang sangat kuat sehingga tidak ada sebarang
peralatan elektronik dapat berfungsi malah kompas juga akan berputar tanpa henti jika berada di kawasan tersebut .
Teori mengenai mahluk dari luar angkasa juga turut dikaitkan di mana penduduk setempat sering mendakwa melihat banyak objek
terbang yang tidak diketahui (UFO) sering terbang di kawasan Zone Of Silence dan dianggap sebagai markas mahluk luar angkasa .
YOU ARE READING
[END]Fakta Misteri
عشوائيPelbagai Kisah misteri yang tidak kesemuanya dapat diselesaikan . Ingin tahu lebih lanjut ? Anda dijemput masuk ke alam misteri ini ~ Start [15 Oktober 2018] End [21 December 2020] ©Fakta Misteri by ; @IceNomNom-