[[Mega Tsunami]]
Pada tahun 2015 lalu , sekumpulan saintis telah berjaya menemui sebuah gunung berapi yang dikatakan masih aktif dan terletak di sebuah pulau yang dirahsiakan lokasinya .
Hasil kajian dan penelitian yang dilakukan mendapati gunung berapi itu kali terakhir meletus pada 74,000 tahun yang lalu dan memuntahkan lahar setinggi ribuan kaki yang belum pernah dicatatkan dalam mana-mana rekod geologi .
Difahamkan para saintis mendapati bahawa gunung berapi itu akan meletus sekali lagi dan bakal menhasilkan tsunami yang sangat dahsyat sehingga mampu memusnahkan semua peradaban manusia di atas muka bumi .
Para penganut teori konspirasi percaya bahawa gunung berapi yang dijumpai oleh para saintis itu merupakan Gunung Berapi Toba yang terletak di Sumatera , Indonesia .
Terdapat sebuah teori menyatakan bahawa sebelum Gunung Berapi Toba meletus , ia akan mengeluarkan kepulan asap hitam yang cukup banyak sehingga mampu menyebabkan cahaya matahari tidak mampu menembusinya dan menyebabkan bumi menjadi selama 6 hingga 10 tahun .
Perkara yang seterusnya akan menyebabkan tanah dan tanaman menjadi tidak subur , kematian haiwan ternakan yang banyak dan seterusnya menjadi zaman kelaparan yang sangat dahsyat bagi umat manusia .
Selain itu , gunung berapi di Canery Island juga turut dikaitkan dengan Mega Tsunami yang bakal melenyapkan beradaban umat manusia .
Sebuah dokumentasi turut dihasilkan mengenai gunung berapi tersebut dan diberi judul "MegaTsunami Scenario-La Palma Landslide" yang dikatakan bakal menjadi penyebabkan terhadap kematian umat manusia yang sangat dahsyat suatu hari nanti .
°°°
Malam nanti author update lagi🎈
YOU ARE READING
[END]Fakta Misteri
RandomPelbagai Kisah misteri yang tidak kesemuanya dapat diselesaikan . Ingin tahu lebih lanjut ? Anda dijemput masuk ke alam misteri ini ~ Start [15 Oktober 2018] End [21 December 2020] ©Fakta Misteri by ; @IceNomNom-