018;{BigFoot}

1K 89 2
                                    

[[BigFoot]]

Bigfoot (juga dikenali sebagai Sasquatch) adalah sebuah mahluk lagenda di dalam cerita rakyat Amerika , kononnya mahluk seperti gorila yang mendiami hutan , terutamanya di Barat Laut Pasifik .

Bigfoot biasanya digambarkan sebagai humanoid besar , berbulu dan berkaki besar . Istilah Sasquatch berasal daripada perkataan Hakomelem .

Kisah mengenai Bigfoot bermula sejak dari abad ke 19 . Namun sebuah gambar penampakkan Bigfoot telah berjaya ditangkap oleh seorang jurukamera iaitu Roger Patterson pada tahun 1967. 

Individu telah mendakwa melihat Bigfoot , mengambarkannya sebagai mahluk yang berbulu , berotot , setinggi kira 6-7 kaki(1.8-2.7 m), dilitupi dengan rambut yang digambarkan sebagai hitam , coklat gelap atau kemerahan gelap . Mahluk itu juga dilaporkan mempunyai bau yang kuat dan tidak enak .

Tapak-tapak kaki yang besar ,  dimana nama mahluk ini dinamakan mempunyai kaki sebesar 24 inci(60 cm) panjang dan 8 inci (20 cm) lebar . Penyokong kewujudan Bigfoot mendakwa bahawa mahluk ini adalah omnivorous dan aktif terutamanya pada waktu malam .

Para saintis pula mendakwa bahawa kewujudan Bigfoot adalah sebagai gabungan cerita rakyat dan mitos . Mereka membuktikan bahawa ia bukan binatang yang wujud .

Mereka mencatatkan kekurangan bukti fizikal selepas berabad-abad penyiasatan , walaupun fakta bahawa banyak mahluk perlu wujud untuk mengekalkan populasi pembiakan .

Sekumpulan penyiasat yang kecil dikekalkam sehingga kini untuk membuat laporan baru-baru ini tentang penampakkan Bigfoot .

Laporan sedemikian dikaitkan dengan orang yang melihat pelbagai haiwan terutama beruang Hitam . Namun bukti kewujudan Bigfoot masih kekal menjadi misteri lagi .

°°°

Follow ChimChubby

[END]Fakta MisteriWhere stories live. Discover now