Mona Lisa adalah lukisan yang penuh misteri . Lukisan ini dilukis oleh seorang pelukis terkenal iaitu Leonardo Da Vinci .
Dikatakan Leonardo selalu membawa lukisan ini dimana-mana sahaja beliau pergi . Akan tetapi lukisan ini tidak pernah disiapkan hingga beliau mati .
Banyak teka-teki yang berada di dalam lukisan ini yang masih belum terungkai .
Leonardo juga adalah seorang lelaki yang sangat misteri dan beliau gemar meletakkan teka-teki dalam setiap hasil kerjanya .
Lukisan ini menjadi terkenal kerana pada 1911 , lukisan ini telah dicuri oleh seorang pengawal keselamatan muzium terbabit .
Selepas dijumpai , lukisan ini menjadi lukisan teragung amat bernilai . Kini usia lukisan ini hampir mencecah 500 tahun . Tetapi masih banyak lagi misteri yang tersimpan disebalik lukisan ini
Antara misteri yang telah dirungkai:
1 . Mengapa Mona Lisa tidak mempunyai alis ?
- Mona Lisa kelihatan aneh kerana dia sama sekali tidak mempunyai rambut di wajah . Bahkan rambut alis pun tidak ada ;
Beberapa sejarahwan mengatakan bahawa itu adalah adat bagi wanita mulia untuk mencukur alis mereka pada abad ke-16 .Antara misteri yang masih belum dirungkai:
1 . Segitiga Emas .
-Beberapa teori percaya bahawa Mona Lisa memiliki garisan geometri yang amat sempurna . Lukisan ini berbentuk simbol piala kuno yang merupakan piala kemenangan dalam petunjuk kemenangan .2 . Amon dan Elisa : Lelaki dan Wanita .
-Beberapa sejarahwan mengatakan bahawa Mona Lisa adalah gabungan daripada wanita dan lelaki .3 . Mona Lisa adalah Leonardo Da Vinci .
-Beberapa teori juga percaya bahawa Mona Lisa adalah versi muda dari Leonardo Da Vinci sendiri . Lukisan ini mempunyai persamaan yang menakjubkan dengan potret dirinya .4 . Mona Lisa adalah Ibu Leonardo Da Vinci .
-Beberapa saksi Sejarah juga mengatakan bahawa Leonardo mungkin telah melukis Mona Lisa sebagai gambaran ibunya Caterina Da Vinci .5 . Mona Lisa adalah Lelaki .
-Beberapa teori telah dikemukakan bahawa Mona Lisa adalah seorang lelaki . Dikatakan Mona Lisa tidak memiliki tanda-tanda payu dara .6 . Misteri Senyuman Mona Lisa .
-Dikatakan dia nampak tersenyum di dalam lukisan tersebut tetapi matanya menunjukkan kesedihan . Banyak teori konspirasi yang mengatakan bahawa ada petunjuk rahsia disebalik senyuman tersebut .7 . Terdapat gambar kepala haiwan .
-Terdapat beberapa ekor kepala haiwan di dalam lukisan ini kalau digerakkan pada sudut yang berbeza . Antara gambar haiwan itu adalah Kerbau , Ular dan Singa .°°°
Leonardo sebenarnya bukan sahaja pelukis . Beliau juga seorang doktor dan handal dalam pembuatan senjata . Btw Please Follow ChimChubby
YOU ARE READING
[END]Fakta Misteri
RandomPelbagai Kisah misteri yang tidak kesemuanya dapat diselesaikan . Ingin tahu lebih lanjut ? Anda dijemput masuk ke alam misteri ini ~ Start [15 Oktober 2018] End [21 December 2020] ©Fakta Misteri by ; @IceNomNom-