[Pet Sematary]
Pet Sematary merupakan judul bagi salah satu novel yang ditulis oleh Stephen King dan kemudiannya diadaptasi menjadi sebuah filem .
Difahamkan , Pet Samatary telah diilhamkan daripada suatu kejadian kisah benar tentang pasangan suami isteri yang telah kehilangan anak pertama mereka akibat kemalangan jalan raya pada tahun 1910 di Texas , Amerika Syarikat .
Lagenda penduduk sekitar menceritakan bahawa , jika pasangan suami isteri menanam mayat anak mereka di tempat perkuburan haiwan , maka anak mereka akan bangun dan hidup semula .
Tetapi anak tersebut tidak akan berkelakuan seperti manusia biasa , namun sebaliknya menjadi seperti Zombie dan tidak mempunyai jiwa .
Menurut beberapa kisah daripada penduduk yang berada di Texas , selepas berlakunya kejadian menyeramkan terhadap pasangan tersebut , amalan perbuatan menghidupkan semula anak yang sudah mati telah dihentikan oleh segelintir penduduk tempatan kerana ia telah melanggar hukum kehidupan .
Stephen King pernah mengatakan bahawa karya novel Pet Sematary yang ditulis oleh beliau tidak akan laris dijual di pasaran kerana terlalu seram dan mengerikan untuk dibaca .
Namun , novel tersebut kemudiannya menjadi antara karya terbaik beliau sebelum diadaptasi menjadi sebuah filem baru-baru ini .
Difahamkan tiada bukti yang mengatakan bahawa anak kepada pasangan kekasih itu benar-benar kembali hidup dan ada beberapa pihak yang mendakwa Stephen King sengaja mereka cerita untuk melariskan penjualan novelnya .
Namun , adakah kisah ini benar-benar berlaku ? Itu kekal menjadi misteri .
YOU ARE READING
[END]Fakta Misteri
AcakPelbagai Kisah misteri yang tidak kesemuanya dapat diselesaikan . Ingin tahu lebih lanjut ? Anda dijemput masuk ke alam misteri ini ~ Start [15 Oktober 2018] End [21 December 2020] ©Fakta Misteri by ; @IceNomNom-