030;{Blood Statue}

845 85 4
                                    

[[The bloods weeping statues]]

The Blood Weeping Statues merupakan satu fenomena misteri di mana sebuah patung yang tidak bernyawa mampu mengeluarkan cecair seakan air mata darah . Fenomena ini dilaporkan terjadi di pelbagai wilayah di dunia .

Salah satu kes paling terkenal adalah patung The Virgin Mary yang menangis diberitakan berlaku di rumah seorang pendeta di kota Taal , Filipina . Penduduk Filipina percaya bahawa air mata patung tersebut mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit .

Ini menyebabkan ramai orang yang datang ke rumah pemilik patung berkenaan bagi menandah air mata itu dan meminumnya .

Selain itu , terdapat juga kes yang hampir serupa berlaku di Kota Cochabumba , Bolivia di mana patung secara tiba-tiba mengalirkan air mata berdarah .

Seorang Saintis bernama Profesor Ricardo kemudiannya mengambil sampel darah yang mengalir daripada mata patung itu lalu dibawa ke makmal genetik di Amerika Syarikat .

Hasil ujian biologi membuktikan , komposisi molekul dalam darah daripada patung tersebut sama dengan DNA yang ada pada manusia .

Profesor Ricardo kemudiannya melakukan proses scanning terhadap seluruh bahagian patung tersebut di Makmal Kebangsaan Australia .

Hasil daripada scanning menujukkan , patung tersebut tertutup rapat dan tiada sebarang udara dan cecair yang ada di dalam patung berkenaan .

Perkara ini kemudiaannya menyebabkan fenomena The Blood Weeping Statue kekal menjadi misteri .


-

--
Kalau nak tengok patung tu boleh search sendiri🌚 .

[END]Fakta MisteriWhere stories live. Discover now