[Rumah hantu Mckamey Manor]
Mckamey Manor merupakan sebuah rumah hantu yang terletak di Amerika Syarikat di mana ia merupakan rumah hantu yang paling menyeramkan dan berbahaya di dunia .
Diceritakan sebelum seseorang itu memasuki ke dalam rumah hantu itu , mereka dikehendaki untuk menandatangani satu perjanjian rahsia yang mengandungi 40 muka surat .
Antara salah satu perjanjian tersebut adalah mereka haruslah menerima segala jenis penderaan secara mental dan fizikal yang akan dilakukan dan pengajur rumah hantu tersebut tidak akan bertanggungjawab ke atas kejadian buruk yang akan berlaku .
Dikatakan kebanyakan pengunjung yang telah memasuki rumah hantu tersebut mengalami masalah mental seperti trauma , kecacatan fizikal kekal dan menjadi tidak siuman .
Contoh jenis penderaan yang dilakukan adalah peserta akan dipukul , ditikam dengan alatan tajam , gigi serta kuku peserta dicabut dengan paksaan dan lain-lain .
Difahamkan jika seseorang peserta mampu menghabiskan ke semua cabaran dan penderaan yang ada , mereka akan menerima ganjaran sebanyak 20,000USD iaitu RM 84,000 .
Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa seorang lelaki yang bekerja sebagai tentera laut berjaya menghabiskan kesemua cabaran .
Namun penyertaan lelaki itu telah dibatalkan oleh penganjur kerana penganjur tersebut mendakwa bahawa lelaki itu tidak mampu menghabiskan semua cabaran dan lelaki itu telah mengalami masalah mental di mana perkara hal ini adalah palsu .
Kini , rumah hantu Mckamey Manor masih lagi beroperasi seperti biasa . Ada beberapa pihak yang berfikir bahawa pemilik Mckamey Manor merupakan psikopat .
____
A/N ; Kuarantin 2 minggu ni buat apa ?
YOU ARE READING
[END]Fakta Misteri
De TodoPelbagai Kisah misteri yang tidak kesemuanya dapat diselesaikan . Ingin tahu lebih lanjut ? Anda dijemput masuk ke alam misteri ini ~ Start [15 Oktober 2018] End [21 December 2020] ©Fakta Misteri by ; @IceNomNom-