035;{Golden tree}

768 78 1
                                    

[The Golden Tree]

Pada tahun 1997 , sekumpulan saintis telah melakukan ekspedisi ke dalam sebuah hutan yang terletak di utara Irkutsk , Rusia .

Difahamkan tujuan utama mereka masuk ke dalam hutan tersebut adalah untuk melakukan kajian terhadap hidupan yang tinggal di dalamnya .

Namun , satu kejadian yang tidak diingini berlaku di mana mereka semua telah tersesat di sana selama hampir 25 hari sebelum akhirnya berjaya ditemui dan diselamatkan oleh pasukan penyelamat .

Diceritakan , sepanjang tersesat di dalam hutan tersebut , mereka telah mengalami pelbagai kejadian aneh antaranya menjumpai beberapa batang pokok misteri yang disaluti dengan emas .

Menurut salah seorang daripada saintis terbabit , pokok emas yang dijumpai oleh mereka sangat menakjubkan kerana seluruh bahagian pada pokok tersebut seperti batang atau daunnya terdiri daripada emas tulen .

Digambarkan pokok terbabit mempunyai ketinggian hampir 10 meter , mempunyai warna kuning keemasan yang sangat cantik dan hidup subur sama seperti pokok-pokok yang ada di sekitarnya .

Setelah berjaya diselamatkan , beberapa orang daripada saintis terbabit bercadang untuk masuk semula ke hutan tersebut bagi mencari semula pokok emas yang ditemui oleh mereka dahulu .

Namun sewaktu tiba di lokasi yang sama mereka temui pokok emas tersebut , ia tidak berada di tempat asalnya dan hilang tanpa sebarang kesan .

Baru-baru ini , orang ramai telah dikejutkan dengan penemuan pokok emas sebenar oleh para ilmuan dari Australia yang berjaya menemui kesan emas pada pokok Eucalyptus di wilayah Autralia Barat dan selatan .

Namun , bahagian yang mempunyai kadar emas pada pokok terbabit adalah sedikit dan tidak sama seperti pokok yang dijumpai oleh sekumpulan yang tersesat di hutan Rusia dahulu .

[END]Fakta MisteriWhere stories live. Discover now