[[Picture of yourself]]
Pada tahun 2009, satu kejadian yang menakutkan telah dialami oleh seorang wanita bernama Melissa Martinez .
Difahamkan Melissa sering menghabiskan waktu dengan melayari laman sesawang yang memaparkan sisi gelap dunia atau lebih dikenali sebagai Deep Web .
Namun lama-kelamaan dia kemudiannya menjadi ketagih untuk melihat kandungan video pembunuh upahan yang membunuh mangsanya .
Sehinggalah pada suatu hari , dia menerima sebuah email yang membawanya kepada pautan ke laman sesawang misteri .
Melissa kemudiannya berasa takut dan terkejut apabila mendapati laman sesawang itu
dipenuhidengan gambar dirinya yang di ambil secara senyap-senyap sambil memaparkan tulisan "Mangsa Seterusnya" .
Gambar diri Melissa yang terdapat di dalam pautan laman sesawang tersebut memaparkan
gambaran sepertidirinya di dalam rumah , tempat kerja , kafe yang sering dikunjungi oleh dirinya dan banyak lagi .
Anehnya, Melissa langsung tak menyedarinya bahwa dirinya telah diperhatikan dan gambarnya turut diambil sembelum ini .
Oleh keranan berasa amat takut , Melissa kemudiannya telah membuat laporan polis beekaitan perkara itu , namum pihak polis tidak berjaya menyelesaikan .
Ada pihak yang mengatakan bahawa gambar tentang diri Melissa yang terdapat dalam laman sesawang itu telah
diambil oleh seorang hacker setelah mendapati Melissa sering memasuki ke dalam Deep web dengan cara yang salah .
Oleh kerana berasa takut dengan ugutan yang diterima , Melissa kemudiannya bertekad untuk
membuang semua peralatan komputer miliknya dan telah berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain .
Walaupun sudah bertahun kejadian ini berlalu , namun kes yang dialami oleh Melissa masih berlum dapat diselesaikan .
Keadaan Melissa Martinez juga sehingga kini masih tidak diketahui dan ianya kekal menjadi misteri .
°°°
Tak dapat update semalam sebab saya dinner (~_~).
YOU ARE READING
[END]Fakta Misteri
NezařaditelnéPelbagai Kisah misteri yang tidak kesemuanya dapat diselesaikan . Ingin tahu lebih lanjut ? Anda dijemput masuk ke alam misteri ini ~ Start [15 Oktober 2018] End [21 December 2020] ©Fakta Misteri by ; @IceNomNom-