B a b 6

25.6K 115 1
                                    

         Bulan yang penuh dugaan , company yang Mukriz berkerja mengalami sedikit kerugian sehingga dia tiada terpaksa bercuti kerja selama dua bulan . Dia semakin gundah , harus bagaimana dia nak berikan duit belanja setiap bulan , bil telefon , wifi dan ASB kepada Salwana .

          Salwana pula asyik merungut mengatakan terdesak memakai duit . Dulunya dia seorang yang lemah lembut kini perangainya semakin pelik sudah tidak mempunyai lagi perasaan malu untuk minta sesuatu . Harus bagaimana lagi . Mungkin genap empat tahun Mukriz terlalu manjakan dengan wang riggit sejak awal lagi .

           "Kenapa beby lain yaa sekarang ?" ,Mukriz cuba menghantar pesanan ringkas kepadanya . Salwana yang membacanya lalu mendengus dalam hati "sebab kau tak ada duit lah bodoh" . Dia mengabaikan mesej tersebut .

          Hari demi hari , dia cuba sabar menanti Salwana yg dulu kembali . Aidil merupakan rakan serumah Mukriz yang baru sahaja pulang daripada berjumpa dengan client .

         "Bro cuti panjang nampakkkk..." ,Aidil menyapa Mukriz sambil membuka stokin kerjanya lantas disumbat kedalam kasut .

         "Biasalahh jatuh bangun kehidupan" ,jawab Mukriz bersahaja . "Kau tak apalah bro kau anak orang kaya , mak bapak kau boleh tanggung kau.." ,balas Aidil sambil melabuhkan punggung di sofa .

         "Haah senang sangat habis tu awek aku punya bil semu tu macam mana ? Mati aku kalau mak bapak aku check" ,jawab Mukriz yang runsing .

         "Eh awek ? kejap wey sekejap . awek kau yang Salwana tudung labuh berhandsock tu ke ? Kau masih dengan dia ke ?" ,Aidil mula kecelaruan kerana baru sebentar tadi ketika berjumpa client di satu mall ternampak teman wanita Mukriz bersama lelaki lain dengan begitu mesra .

        Mukriz kebingungan lantas menjawab ,"yelah maksud kau apa ni Dil ? aku macam kurang faham " . Aidil hanya tersenyum sinis . Dia tidak mahu rakannya itu sedih bahkan patah hati , takut juga jikalau jadi gaduh kata menuduh .

          "Aku boleh cakap kau jaga baik-baik bro awek kau tu . Dulu kau perlekehkan awek aku bertudung pendek kan . Tapi kau kena ingat tidak semua yg berlitup tu dah cukup sempurna" ,Aidil memesan kepadanya sambil menepuk bahunya beberapa kali sebelum meminta diri naik ke bilik untuk mandi dan berehat .

         Petanda apakah lagi ini , Mukriz tertanya-tanya sendiri kepada dirinya . Tempoh hari Dato Azmi memesan juga kepadanya kali ini Aidil pula . Perasaannya semakin membuak inginkan kebenaran . Selepas bapanya meminta untuk berhati-hati , dia pula diduga tiada pekerjaan sehingga teman wanitanya berubah , dan kali ini Aidil pula memesan seperti mahu mengatakan sesuatu .

         Mukriz Zaqwan menelefon ibunya untuk bertanya khabar . Setiap kali dia keresahan ,dia pasti akan mencari syurganya itu untuk meluahkan rasa . Sedikit kelegaan apabila sudah meluahkan isi hati perasaannya yang terpendam sehinga dia menjadi tidak keruan .

        Sebelum mematikan talian , Datin Sakinah sempat memesan "Doa banyak-banyak minta Allah berikan petunjuk semua ini . Mama yakin ada sesuatu yang ingin Allah nak kamu buka mata . Mungkin juga abah dah nampak kelemahan dia , abah kan lelaki lebih banyak makan asam garam kehidupan dari kamu" . Mukriz tetap kuatkan hati dengan redha kepada Allah SWT .

Berahi CintakuWhere stories live. Discover now