B a b 29

9.2K 60 0
                                    

           Awal pagi lagi Bungaa Saafiya sudah bangkit dari tidurnya . Seperti biasa Dato' Azmi dan Datin Sakinah akan pergi ke masjid untuk solat subuh disaana .

             Bungaa Saafiya mengemas pakaiannya , dilipat elok dan susun di dalam beg pakaiannya itu . Dikemaskan juga pakaian kotor Mukriz yang diletakkan kedalam bakul baju kotor untuk dibawa ke dobi ketika pulang ke ibu kota sebentar lagi .

           Dia terasa seperti orang sudah berkahwin . Mahu tidaknya , mengemaskan pakaiannya sendiri juga mengemaskan sekali pakaian Mukriz . Seluar dalamya tidak hairan dah jika terpegang .

           Begitu juga Mukriz Zaqwan yang adakalanya membantu Bungaa Saafiya mencuci segala pakaian kotornya di dobi tatkala Bungaa Saafiya banyak aktiviti dan report card untuk diselesaikan .

            Sedang mengemas dan mengelamun akhirnya Bungaa tertidur duduk dilantai sambil kepalanya disandarkan pada katil . Datin Sakinah yang pulang dari masjid menjenguk ke bilik anak bujangnya yang dihuni Bungaa .

            Kelihatan beg pakaiannya dan Mukriz Zaqwan berserta bakul baju kotor sudah tersedia susun rapi untuk diletakkan kedalam kereta .

           "Bungaa... nakkkk bangun nakkk... Kenapa tidur duduk ni ?" , kejut Datin Sakinah

 
            "Eh makcik dah balik ... Bungaa mengemas tadi , tak sedar pula sampai tertidur" ,jawab Bungaa sambil menggosok matanya .

             "Jom kita sarapan . Makcik ada beli kuih dan nasi lemak untuk kita semua buat breakfast" ,ujar Datin Sakinah mengusap-ngusap bahu gadis itu yang masih dalam keadaan pucat .

            Mereka menuruni anak tangga menuju ke dapur sambil berbual mesra bagai anak perempuan dan ibu . Langkahnya kaki di ruangan dapur , Bungaa Saafiya sudah ketahui apa yang perlu dilakukan .

            Dia mengambil teko air lalu diisikan dua uncang teh lalu dituangkan air panas yang telah dijerang oleh Datin Sakinah untuk membuat teh tarik . Disusunnya cawan ke atas dulang dan diletakkan di atas meja makan bersama teko yang berisi air teh panas .

              Mukriz yang baru sahaja bersiap , terus meluru ke dapur mendapatkan ibu ayahnya serta kekasih hatinya tersebut untuk sarapan bersama . Manakala abang-abang dan kakaknya masih di tingkat atas menyiapkan anak-anaknya .

             Datin Sakinah dan Dato' Azmi tersenyum lalu menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat sepasang anak muda yang ada di hadapan matanya . Ada sahaja yang ingin di guraukan sehingga menjeling-jeling manja .

             Tepat jam 10 pagi Mukriz Zaqwan dan Bungaa Saafiya bergerak untuk pulang ke Kuala Lumpur . Dipesannya berulang kali agar memandu dengan berhati-hati oleh Datin Skainah kepada Mukriz Zaqwan .

Berahi CintakuWhere stories live. Discover now