B a b 31

9.7K 60 0
                                    

        Bungaa Saafiya yang membebel sendirian itu diperhatikan Mukriz Zaqwan . Mukriz Zaqwan tidak mempedulikan kerana tahu kekasihnya itu membebel tidak lama dan akan memaut lengannya seperti selalu bila dia tidak dilayani .

          " Ayaanggg.... Sayang cakap b tak layan pun kan ",Bungaa Saafiya bersuara sambil memaut lengannya . Bagi Mukriz sudah tidak asing lagi dirinya dipanggil "ayaang" , kerana itulah panggilan manja dari Bungaa Saafiya bagi menarik perhatian darinya .

           " Dah habis belum membebel ? Sampai Osaka dah membebel tu ?" ,soal Mukriz tersengih-sengih .

            " Eh abiy ni kannnn . Tak baik tau macam tu . Kalau sayang tak bercakap nanti tahu pula paksa sayang bercakap jadi radio abiy ",jawab Bungaa Saafiya slamber .

             " Elehhhhh... Merajuk pula dia ni . Sayang abiy ni makin comel kalau merajuk dan membebel ",Mukriz menjawab bersahaja .

             Mereka tergelak - gelak sesama sendiri . Mukriz Zaqwan sudah terlebih memahami sikap Bungaa Saafiya itu . Itu yang membuatkan dia sayang pada gadis tersebut .

             Akhirnya mereka tiba dia HyperMarket yang konon ingin dituju . Restoran Western itu betul - betul disebelah market tersebut . Sudah kelihatan belon - belon berwarna merah dan putih dihiasi di sebuah meja makan dia restoran itu . Juga kelihatan rakan - rakan serumah Mukriz sudah bersedia di meja makan menyambut kehadiran kami .

             " Abiy , jommm ",Bungaa Saafiya bersuara sambil menarik lengan Mukriz Zaqwan menuju ke pintu masuk restoran tersebut .

             " Sayang kata nak beli barang ",Mukriz Zaqwan menjawab dalam kehairanan kerana apa yang dia ketahui bahawa Bungaa Saafiya tidak suka western food .

             Langkah sahaja dua pasang kaki masuk ke dalam restoran itu , kedengaran sekumpulan lelaki yang merupkan rakan - rakan serumah Mukriza menyanyikan lagu "Happy Birthday To You" dari meja yang dipenuhi belon itu .


             Mukriz Zaqwan kebingungan . Plan siapa semua ini surprise kan dirinya . Dia teringat sebelum dia ingin bersiap keluar dengan Bungaa Saafiya , rakan - rakan serumah bergilir - gilir mandi dan bersiap . Yang kehairanan apabila ditanya , masing - masing menjawab ingin dating .

             Terdapat cheese kek merupakan favouritenya , 9set chicken chop , dan hiasan kelopak bunga rose yang ditaburkan di atas meja . Tertera tulisan "Happy Birthday Bae" di atas kek tersebut . Mukriz meniup lilin tersebut dan memotong bersama Bungaa Saafiya .

             " Riz , suaplah kek kat Bungaa cepat . Aku nak amek gambar ",Wildan mengarahkannya ,

 
            Muka Bungaa menjadi merah apabila diarah sedemikian . Mukriz menghulurkan tangannya untuk menyuapkan kek tersebut ke mulut Bungaa Saafiya .

            " Okay , alrightt . Cunn ! Aku nak update kat instagram ",jawab Wildan sambil tergelak kecil .

 
            " Untunglah kau Riz , ada orang sayang siap buat surprise lagi . Aku ni dapat maki je selalu ", ujar rakannya bergurau .

             " Happy Birthday Riz ",mereka bersuara serentak . Bungaa Saafiya hanya mengukirkan senyuman bahagia .

              " Ohh.. Korang kenakan aku eh . Patutlah masing - masing dok kalot mandi , bila tanya cakap dating ",Mukriz bersuara . Tanpa dia sedari airmatanya menitis .

              " Jangan salahkan kami eh . Ni semua plan girlfriend kau tu . Dia yang buat semua ni , kami hanya datang memeriahkan ",salah seorang dari rakannya bersuara .

             Bungaa hanya menundukkan kepalanya . Dia sedar itu sahaja yang termampu dibuat olehnya untuk jejaka itu . Mukriz Zaqwan menggenggam tangan Bungaa Saafiya sambil mengucapkan "terima kasih sayang . i love u".

       
            Mukriz Zaqwan asyik mengalihkan pandangan kepada Bungaa Saafiya . Dia tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan gembira bercampur bahagia ketika itu . Dia memikirkan sudah pasti Bungaa Saafiya sudah banyak menghabiskan wang ringgit untuk melakukan semua ini .

Berahi CintakuWhere stories live. Discover now