B a b 4

28.8K 113 0
                                    

        Selepas beberapa bulan , Salwana telah menghadiri majlis pernikahan abang Mukriz Zaqwan bersama rakan - rakan sekelasnya . Dan itulah pertama kali dia berjumpa dengan keluarga Mukriz .

          Bohonglah jikalau tidak excited , lagi dapat bertemu keluarga kekasih hati . Bertambah terbuntanglah biji matanya apabila mengetahui rumah Mukriz lebih besar dari sangkaannya .

      Rakan - rakannya memuji kepadanya , "untunglah kau dapat abang honda sayang gila pada kau , apa kau nak semua dia bagi . Kerja pun engineer anak orang kaya pula tu" .

         Semakin angkuh lah Salwana apabila rakan-rakannya sakan memuji . Mahu tidaknya sayang , Mukriz sanggup membelikan handphone jenama terkemuka iaitu Iphone kedapa Salwana kerana dia teringin nak memakai atas dasar segan dengan rakan-rakannya semua memakai jenama tersebut .

          Kehadiran mereka disambut oleh Mukriz yang menunggu di hadapan kereta yang dinaiki oleh mereka . Dengan penuh excited dan keyakinan dia mendapatkan Datin Sakinah dan Dato' Azmi yg sedang berdiri di pintu gerbang menyambut kehadiran tetamu yg hadir . Dia menyapa kedua orang tua Mukriz sambil bersalaman dengan ibunya .

          "Assalammualaikum makcik pakcik . Saya Salwana kawan Mukriz" . Ibu bapa Mukriz tidak dapat melayani sangat kehadirannya itu .

        Kelihatan dia semakin berhidung tinggi , apabila sudah berjumpa kedua orang tua Mukriz tandanya serius . Selepas bergambar dengan mempelai , dia dan rakan-rakannya meminta diri untuk pulang .

        Ketika dalam perjalanan pulang , salah seorang dari rakannya berkata "Wey mesti kau kahwin nanti gempak macam abang dia kan. Gila lah kau".
"kau kena cepat nanti kena kebas taw" ,celah seorang lagi rakannya .

        Dengan penuh harapan dia menjawab ,"In Shaa Allah dalam perancangan kalau boleh dalam masa terdekat ni" . Apabila mata sudah dikaburi dengan wang dan harta , semua jadi serba tidak kena .

          Dia telah membelek gambarnya bersama Mukriz lantas dilamun bayangan sedang berkahwin bersama Mukriz sambil tersenyum sendirian .
        

          Dia siap bertanya dan betukar pandangan bersama rakan sebiliknya mengenai pelamin serta baju apa yang cantik untuk dibuat nikah dan bersanding .

Berahi CintakuWhere stories live. Discover now