B a b 23

9.9K 71 0
                                    

      Tepat jam 5 pagi Bungaa sudah terjaga kerana dia sudah biasa bangun pagi untuk pergi kerja . Bungaa bingkas bangun lalu mencapai tuala yg disidainya malam tadi lalu meluru ke bilik air .

        Setelah mandi , dia mengambil wudu' dan solat subuh . Jam di dinding telah menujukkan lebih kurang 6.45pagi . Dia turun ke bawah mencari ibu Mukriz di dapur namun hampa tiada siapa . Yang ada hanyalah Mukriz yg sedang tidur di ruang tamu dengan begitu nyenyak sekali .

        Pintu rumah itu dibuka seseorang . Abang kepada Mukriz yg seorang lagi baru sahaja pulang dari masjid solat subuh berjemaah disana . "Riz tu kalau dah tidur payah nak bangun . Tak payah ditunggunyaa . Bom meletop pun belum tentu dia bangun" , tegur abangnya itu sambil gelak kecil .

       Bunga hanya menyengih . "Bila sampai ?" tanya Mirza yg merupkan abang kedua Mukriz . "Malam tadi sampai" , jawab Bungaa dengan ringkas dan senyuman . Bungaa memang murah dengan senyuman tetapi datang angin monsunnya , harimau pun lari .

        "Awal lagi ni . Mummy daddy pun tak balik lagi . Naik dulu , tidur je dulu" , pesan abang Mirzanya itu yg kakinya sambil melangkah naik ke atas untuk ke biliknya sambung tidur . Bungaa hanya mengiyakan saja . Ditunggunya Datin Sakinah dan Dato Azmi pulang dari masjid sehinggakan kakak iparnya yg sulong turun untuk membuat susu .

        "Bungaa tunggu siapa ?" , isteri kepada Along Mukriz bertanya .

         "Tunggu mummy balik kak.." , jawab Bungaa dengan ringkas dan senyuman manis .

         "Takpe , Bungaa pergi naik bilik dulu . Tidur dulu , sebab majlis kita start jam 11pagi lagipun catering so kita tak payah susah-susah laa nanti" , jelas kakak iparnya itu .

         "Okay baiklah , Bungaa naik dulu yaa kak" , Bungaa turutkan saja kata-kata kakak iparnya yg sungguh bersih kulit wajahnya lalu menuju ke bilik yg ditidurnya malam tadi .

         Dia melabuhkan punggung di birai katil . Dalam menunggu kepulangan Datin Sakinah , dia melayani socmed untuk melihat celoteh friendlistnya di newsfeed . Tidak lama kemudian pintu bilik itu diketuk .

         "Bungaaa...Bungaaa" , kedengaran suara Datin Sakinah di luar pintu itu . Bungaa dengan tersenyum lalu membuka pintu itu .

         "Ya makcik..makcik baru balik masjid yaa ?" jawab Bungaa yg baru sahaja membuka pintu bilik itu . Datin Sakinah tersenyum dan menganggukkan kepalanya .

        "Dah jom turun ke dapur . Kesian Bungaa tunggu lama yaa kaklong bagitahu makcik tadi . Biasalah dah tua-tua ni makcik dan pakcik ke masjid jelah yaa solat disana . Ada juga kawan disana" , jelas Datin Sakinah dengan lembut .

         Mereka membuat cucur ikan bilis dan pisang goreng bersama-sama sambil berbual mesra . Satu jam kemudian ahli keluarganya turun dan agak terkejut sarapan sudah siap dihidangkan .

         "Laa mummy tak cakap nak buat breakfast pagi ni yela sebab kita kan nak buat majlis tu sekejap lagi , Ina pun sambung tidur laa lepas solat subuh tadi" , bagitahu isteri abang Mirza kepada mereka berdua .

         Mereka menikmati juada yg berada di atas meja dengan penuh berselera . Terbyata sungguh berbeza cara antara keluarga Mukriz dan Bungaa . Tetapi Bungaa tetap ingin cuba belajar cara mereka supaya tidak kekok suatu hari nanti .

Berahi CintakuWhere stories live. Discover now