B a b 26

9.8K 71 0
                                    

          Selepas solat Asar , belum sempat dia mencabut telekungnya , Bungaa terasa agak sesak lagi didadanya . Kerana sukar untuk bernafas itu dia terus meluru ke beg pakaiannya untuk mengambil inhalernya .

           Bungaa duduk dibirai katil lalu ditekannya inhaler itu sebanyak 2 puff , dibiarkan rasa sedikit lega . Kepala dia mulai melayang , hingga dia tidak sedarkan diri tertidur di katil .

           "Tok..Tok.Tok..Tok.." , pintu bilik diketuk . Bungaa dengar pintu itu diketuk dalam kemamaian tapi dia tidak sedar sepenuhnya . Pintu itu tidak berkunci , tombol pintu dipulas lalu terbuka sedikit pintu bilik itu .

            "Aunty Bungaa.. Ummi ajak minum air panas kat bawah" , Miya Khysara mengejutkan Bungaa Saafiya atas arahan Datin Sakinah yg dipanggil Ummi , tetapi tidak mampu bersuara olehnya .

             "Aunty ? Aunty kenapa ni ? Aunty tak sihat ke ? Kenapa bibir aunty warna putih ?" , soalan itu mati kerana Bungaa Saafiya tidak mampu bercakap .

            Dengan pantas  Miya keluar bilik sambil mulutnya memanggil "Ummi , ibu , mama . aunty Bungaa tidur tapi aunty Bungaa macam orang tak sihat , bibir dia warna putih"

             Mereka dibawah bergegas naik atas . Mukriz yg dalam keadaan mamai tidur pun turut memgikuti ibu dan kakaknya keatas untuk menjenguk keadaan Bungaa Saafiya .

             "Bungaa... bangun Bungaa buka mata Bungaa" , kakaknya cuba mengejut Bungaa Saafiya yg separuh sedar itu .

              "Sa..... kit......." , Bungaa bersuara tersekat - sekat . Datin Sakinah meninggikan pembaringan Bungaa bahagian kepalanya .

             Mukriz tanpa berlengah mengambil kunci kereta lantas meminta kakak dan ibunya memapah gadis itu . Jika diikutkan hati , ingin sahaja dia mengangkat gadis itu sendiri . Tetapi dia masih hormat dengan keluarganya dia tidak mampu berbuat demikian .

             "Mummy ikut teman Iz . Apa-apa jadi senang nak bagitahu yg lain" ,ujar Datin Sakinah yg kebimbangan .

              Anak - anaknya yg lain mengakurkan sahaja . Setibanya di klinik swasta berdekatan , Bungaa terus dikejarkan ke unit emergency klinik tersebut . Bungaa dibaringkan dikatil yg disediakan . Doctor mula memeriksa nadi dan tekanan jantung .

               Bungaa diberikan gas bantuan oksigen . Disebabkan keadaan Bungaa yg tidak bermaya itu , Doctor mengambil keputusan untuk drip air kedalam badan . Tangan kiri Bungaa dicucuk jarum lalu drip dijalankan .

             Datin Sakinah mengusap dahi gadis itu . Hatinya pilu melihat gadis yg jelas kesungguhan membahagiakan anak lelakinya itu . "Jaga Bungaa elok - elok nanti . Jangan bagi dia lasak sangat" , pesan Datin itu kepada Mukriz .

           Mukriz menganggukkan kepalanya . Lebih kurang setengah jam , Bungaa cuba membuka mata sedikit demi sedikit .

           "Kat mana.... ni ? Kenapa..." ,belum sempat Bungaa menghabiskan kata - katanya sudah dipotong Datin Sakinah .

            "Bungaa okay jeaa... Bungaa rehat dulu sayang..." , bagitahu Datin Sakinah .

            Bungaa Saafiya yg masih dalam keadaan mamai , lelapkan matanya semula . Akibat terlalu penat penyakit lelahnya kembali . Mukriz hanya terdiam melihat Bungaa Saafiya yg tidak berdaya .

Berahi CintakuWhere stories live. Discover now