B a b 11

17.7K 118 0
                                    

        Mukriz dan Bungaa semakin hangat bercinta . Hubungan mereka juga telah dapat dihidu oleh Salwana dan membuatkan dia jadi panas bontot serba tak kena kerana Mukriz boleh menerima wanita lain sedangkan dia cukup sempurna baginya .

          Semakin panas hatinya semakin tiada ketenteraman di dalam jiwa setelah melihat gambar mereka berdua yg dimuatnaik oleh Bungaa . Jika ingin dibandingkan kecantikan antara dua wanita ini , Salwana cantik atas dasar supplement yang dimakan berbanding wajahnya yg dahulu , lebih cantik Bungaa berbanding dia .

         Manakala Bungaa mempunyai muka yang bersih dan minat bersolek membuatkan Salwana berasa jengkel terhadap gadis itu . Dia telah mengutuk Bungaa bermakeup tebal pun tetap Bungaa tetap sabar sambil berkata dalam hati "tak usah berlagak natural lah kalau kening kau berlukis muka kau pun berfoundation" .

          "Assalammualaikum awak . kenal saya ke siapa ? huhu rasanya kenal kan . Mesti Mukriz pernah cerita saya lah wanita yang dia sayang sangat kan . Macam ni lah untuk pengetahuan awak yang Mukriz tak sayangkan awak pun .

          Dia dengan awak untuk menyakitkan saya . Mana mungkin dia nak awak . Belajar pun setakat mana awak tu kerja pun entah apa-apa . Layak ke awak untuk dia ? Belajar cerminkan diri yaa" , begitulah ayat bisa yang dilemparkan olehnya melalui mesej kepada Bungaa .

            Bungaa hanya mampu menitiskan airmata terhina kerana dihina . Bungaa block mesej Mukriz membuatkan Mukriz tidak senang duduk . Di telefonnya gadis itu berkali-kali namun tidak juga dijawab . Memang betul apa yang Salwana katakan , desus hati Bunga yang masih berlinangan airmata .

           Mukriz nekad datang kerumah Bungaa pada malam itu untuk bertemu gadis itu namun  Bunga berkeras hati tidak ingin berjumpa Mukriz . Rakan sebiliknya memujuk supaya hal tersebut dibawa berbincang . Bungaa mengesat airmatanya dengan sehelai tisu , dia cuba mengukir senyuman untuk dijadikan sebagai kekuatan .

           Mukriz datang menaiki keretanya . Bungaa tidak berasa apa selain rasa terhina . Bungaa hanya menundukkan kepala bimbang Mukriz melihat matanya yang bengkak . Saat dia memasuki kereta atas arahan Mukriz , kehairanan Mukriz melihat mata sembabnya .

         "Sayang kenapa ni sayang ? b ada buat salah ke ? b call sayang tak jawab . sayang block semua berkaitan b kenapa ? dengan mata sembab macam ni kenapa ?" , soal Mukriz .

         "Kau nak tanya aku kenapa sekarang ni ? Kau sedar tak yang kau lukakan hati aku ? Kau sedar tak ? Jangan sebab aku dari latar belakang orang kampung keluarga miskin kau buat aku macam tak ada hati perasaan . Aku susah nak sayangkan orang . Tapi kau beriya cairkan hati aku tak henti cuba dan buat apa saja asalkan dapat hati aku . once kau dah dapat hati aku apa yang kau buat kau berderaikan hati aku . Kau dengan aku untuk sakitkan hati ex kau kan . Sebab cinta kau hanya untuk dia bukan untuk aku !!!!!" ,luah Bungaa sambil tangannya menarik-narik lengan baju Mukriz .

       Dia menangis teresak . Di fikirannya kalau lah dia tidak menerima Mukriz di hatinya sudah pasti hati dia tidak akan terluka begini .

         Berderau hati Mukriz apabila mendengar "ex" . Tidak lain tidak bukan ini mesti angkara perempuan materialistik itu . Ditariknya tangan Bungaa lalu digenggam erat , dia dapat merasakan betapa hancurnya hati Bungaa di saat itu yang masih dalam tangisan tersedu-sedu .

            Ditolak dagunya supaya dia boleh bertentang mata antara satu sama lain tapi Bungaa tidak ingin melihatnya .

         "Sayang , percayalah b sayangkan sayang . b ikhlas dengan sayang . kalau b cakap nak kahwin dengan sayang macam mana ?" ,Mukriz cuba memulakan perbualan untuk memujuk hati Bungaa yang masih tidak memberikan jawapan .

         "Sayang..sayang.. tengok b , sayang . Dengar ni baik-baik b sayangkan sayang taw . Dia dah kahwin dah sayang . Even dia nak balik semula dengan b , mana mungkin terjadi sayang . Mummy daddy b pun tak sukakan dia . Satu hari nanti b bawa sayang jumpa mummy daddy yaa . Sudah jangan menangis lagi . Makin comel laa sayang menangis dah macam budak kecil" , pujuknya yang berjaya membuatkan gadis itu tersenyum .

Berahi CintakuWhere stories live. Discover now