B a b 22

10.1K 77 0
                                    

      "Assalammualaikum...makcik sihat ?" ,Bungaa menyapa mummy Mukriz yg sedangberidri di pintu utama rumahnya sambil tangannya dihulurkan untuk bersalaman .

      "Waalaikumsalam..Alhamdulilah sihat" , dijawabnya dengan senyuman manis lalu dikucupnya dahi Bungaa lantas menarik tangannya untuk mengekorinya masuk .

       Ahli keluarganya semu sedang berkumpul di hadapan tv . Betul apa yg diperkatakan oleh Mukriz mengenai jadual dan aktiviti keluarganya itu . Masing-masing kehairanan dengan kehadiran Bungaa tanpa pengetahuan semua .


       "Ohhh Riz...bawa balik bakal menantu mummy senyap-senyap je kan takde bagitahu kakak pun" , kakak kandungnya mengusik .

       "Idea mummy , mummy kata buat surprise" , jawab Mukriz dengan tersengih-sengih .

       "Mummy...ni dah bawa balik bakal menantu maknanya serious lah ni kan ? Bukan senang mummy nak suruh Riz tu bawa balik perempuan jumpa mummy , pakej suruh tidur rumah" , abangnya mengusik sambil tersengih-sengih diiringi gelak kecil .

       "In Shaa Allah..kita kenal-kenal dulu lah yaa.." , jawab Datin Sakinah sambil tersenyum hingga menampakkan giginya .

       "Bungaa mesti lapar tak makan lagi kan . Jom kita pergi dapur kita makan" , pelawa Datin Sakinah kepada gadis itu sambil diiringi Mukriz yg sememangnya lapar . Tahap kelaparan Bungaa hilang setelah jantungnya kecut berjumpa keluarga Mukriz .

        Mereka berbual lebar di dapur disambungnya pula ke ruang tamu . Seorang demi seorang interview Bungaa Saafiya bagaikan dia membuat kesalahan yg besar .

        "Kalau mummy dah suruh bawa datang rumah tu maknanya mummy suka lah tu tau . Sebab sebelum-sebelum ni mummy tak ada suruh Mukriz bawa balik kawan perempuannya" , beritahu kakak ipar Murkiz yg cukup peramah sambil mencuit bahu Bungaa yg tergelak kecil .

         Disangkakan keluarga kaya itu sombong tetap tidak sama sekali . Bungaa masih lagi kekok kerana berbeza latar belakang keluarganya . Dia redha dengan ketentuan takdir Allah SWT sekiranya dirinya direject keluarga tersebut kerana sedar akan taraf keluarganya jauh sekali dengan keluarga itu .

         Barang-barang Bungaa Saafiya , Mukriz meletakkan di dalam biliknya atas arahan Datin Sakinah yg meminta gadis itu tidur di bilik anak lelakinya itu manakala Mukriz tidur di luar . Datin Sakinah menyuruh Bungaa mandi dan menukar pakaian serta berehat , manakala yg lain juga turut naik ke bilik untuk tidur .

         Alangkah terkejutnya besar bilik Mukriz dan cukup kemas sekali mengalahkan bilik seorang perempuan . Biliknya dipenuhi cermin yg besar digantung di dinding . Mukriz ingin menghidupkan aircond tetapi Bungaa hanya meminta on kan kipas siling sahaja , dia bimbang jikalau asthmanya berulang .

         Mukriz hanya mengakurkan saja permintaan Bungaa Saafiya . Dia memahami sakit yg dihidapi oleh gadis itu . Sebelum dia menutup rapat pintu tersebut , dia sempat mengatakan i love u diiringi dengan flying kiss kepada kekasih hatinya itu . Tersenyum lebar dia ketika itu .

         Bungaa mandi dan menukar pakaiannya lantas baring di katil yg begitu empuk . Fikirannya melayang dengn persoalan mahukah keluarga itu menerimanya sehingga dia terlena dengan tanda soal .

Berahi CintakuWhere stories live. Discover now