B a b 12

16.9K 105 0
                                    

         Bukan setakat Salwana sahaja yang berpanas bontot dengan hubungan mereka . Tetapi juga ada dua orang lagi ex girlfriendnya iaitu Azima dan Zulaiha sebelum mengenali Salwana  yang juga mempunyai racangan tersendiri untuk merebut Mukriz kembali .

          Mungkin Bungaa mempunyai kelebihan tersendiri sehinggakan mereka jadi tidak senang hati . Walaupun Mukriz tidak mempunyai rupa paras yang kacak , yang mengejarnya adalah mereka yang mahukan duitnya sahaja .

        Mereka bertiga merupakan pelajar universiti yang berlainan juga merupakan pelajar dalam jurusan sarjana muda . Sikap Bungaa yang setiasa merendah diri membuatkan Mukriz yakin gadisnya seorang yang jujur .

        Zulaiha seorang yang tinggi lampai merupakan pelajar UKM telah mengganggu Bungaa dengan mengatakan hal buruk mengenai Mukriz kononnya seorang yg playboy .

        Akan tetapi dia terlupa dengan perbuatannya itu telah membuka pekungnya sendiri . Dia tinggalkan Mukriz atas sebab telah menjalinkan hubungan dengan rakan baik Mukriz sendiri .

         Namun nasib malangnya , cinta yg dibina tidak direstui keluarga pihak lelaki tersebut . Dirinya dipulau sungguh . Ketika cinta itu tiada lagi makna , dia menangis meluah hati pada Mukriz dengan harapan dapat jernihkan hubungan seperti lalu tetapi itu hanya sia-sia kerana Mukriz telah menganggap cinta Zulaiha begitu murah sekali .

         Hal ini membuatkan Bungaa begitu tertekan . Kerana tekanan yang begitu kuat , dia makan begitu banyak untuk menghilangkan stress . Tidak lama kemudian , Bungaa disyaki menghidapi penyakit appendix . Apenditisnya mulai membengkak ingin pecah tetapi Bungaa masih lagi gagah ingin pulang bagi mengelakkan operation .

         Harapan Bungaa untuk pulang berkerja seperti biasa tiada berdaya . Bungaa yang ditemani dan dijaga Mukriz sebelah malam secara bergilir dengan rakan serumah Bunga pada sebelah siang . Begitu risau sekali hati Mukriz yang sedang berkerja mengenangkan gadis yang dicintainya berada di hospital .

          Setelah dua hari drip air ke dalam badan , hari yang di tunggu kini tiba . Bungaa diarahkan untuk berpuasa semalaman . Subuh itu dikejut oleh jururawat untuk memakan ubat dan bersiap dengan baju operation .

         Mengalir airmata kesedihannya . Saat dia bertarung nyawa , keluarganya jauh dari mata . Sebelum ditolak ke dewan pembedahan , Bungaa telah diberikan gas oksigen terlebih dahulu sebagai langkah mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku kerana dia mempunyai asthma yang teruk .

         Ketika katilnya disorong menuju ke dewan pembedahan , air matanya berlinangan . Apenditisnya yang ingin pecah dan operationnya perlu dilakukan dengan segera . Ketika sampai disana , jururawat disana pula menyorongkan katil yg lain untuk Bungaa berpindah pembaringannya .

         Jururawat yang menyorong dari ward tadi berpesan "selawat banyak-banyak , kita jumpa lagi nanti" . Bungaa hanya menganggukkan kepalanya kelesuan . Kedinginan mulai terasa ketika memasuk ruang dewan pembedahan .

          Katilnya diletakkan di ward kritikal sementara doktor pakar memanggil , berhadapan bilik bedah tersebut . Terdengar bunyi machine-machine disebelah katilnya yang tidak diketahui siapa orangnya kerana ditutup dengan tirai yang ada .

         Kini gilirannya masuk ke bilik tersebut . Ketika memasuki ruang tersebut kelihatan Doktor Pakar dan jururawat lain sudah bersedia untuk melakasanakan tanggungjawab mereka .

         Tangannya disuntik ubat pelali manakala hidung dan mulut diberikan gas yang membuatkan Bungaa sedikit demi sedikit memejamkan mata lalu tidak menyedarkan diri . Operation pun bermula selama tiga jam .

           "Bungaa Saafiya... Bungaa Saafiya.. bangun dikk . buka mata" , dalam keadaan yang masih mamai bercampur sakit di bahagian dada ditekan untuk menyedarkannya , perlahan-lahan Bungaa membukakan matanya .

           Terasa tiada daya terasa sakit yg teramat sekitar separuh badannya kebawah tatkala dia cuba menggerakkan badannya berpindah katil lain untuk dibawa pulang semula ke ward . Menjerit kesakitan dia merasakan .

           Dia cuba membukakan mata . Yang dia lihat Azra rakan serumahnya ada disisi . Dia kembali memejam mata sehingga jam 3petang baru dia sedar setelah ubat pelali tu habis , sakitnya bertambah lagi sakit berbanding tadi .

         Tidak lama kemudian , ibu bapa serta ibubapa saudaranya datang melawat dan membuat keputusan untuk membawa Bungaa pulang ke kampung bagi tujuan menjaganya sepanjang berpantang .

            Bungaa telah diberikan cuti sakit selama dua minggu oleh pihak hospital berkenaan . Selama dua minggu itulah dia berjauhan dengan cintanya Mukriz .

Berahi CintakuWhere stories live. Discover now