B a b 21

10.7K 75 0
                                    

       "Sayangg..b ada hal sikit nak cakap dengan sayang ni" , Mukriz memulakan perbualan kepada Bungaa yg ada bersamanya juga baru sahaja melabuhkan punggug di atas kerusi di sebuah kedai makan .

         "Iya b apa dia ? Macam penting je ?" , jawab Bungaa sambil memandang Mukriz penuh tanda tanya . Bermacam-macam yg bermain di fikirannya . Dia bimbang sekiranya yg negatif bakal menghatui hidupnya .

         "Minggu depan rumah mummy ada majlis aqiqah . Sayang ikut b balik rumah mummy nak ? Tidur rumah mummy , mummy suruh ajak sayang" , terang Mukriz dengan penuh kegembiraan di wajahnya itu .

         "Ha ? Balik ? Tidur sana ? Berapa hari ? Serious lah b ? Jangan main-main boleh ?" , soal Bungaa yg matanya masih terbuntang .

        "Ya sayang . Jom lah . Bukan senang mummy nak ajak girlfriend b tidur rumah . Dengan sayang ni , auranya lain tu yg mummy lembut hati ajak sayang" , terang Mukriz sambil mengukirkan senyuman buat Bungaa yg pucat secara tiba-tiba disebabkan agak terkejut .

         Mahu tidaknya terkejut , berbeza latar belakang keluarga mereka . Bungaa hanyalah berasal dari kampung manakala Mukriz anak orang bandar . Boleh ke keluarganya menerima nanti ? Bungaa serba salah memberikan jawapan .

        "Okay lah kalau mummy yg ajak , sayang okay jea tapi ada syarat...b jangan tinggal-tinggalkan sayang eh" ,permintaan Bungaa kepada kekasihnya yg berkulit hitam manis itu .

        "Thank you sayang . B tak pernah excited macam ni . B cakap awal-awal ni , nanti kat rumah mummy jangan main phone tau . Sayang lupakan kejap business online sayang tu . Pagi tu breakfast macam biasa . Tengahari biasalah makan tengahari , lepas zuhur selalunya kakak-kakak and mummy naik bilik tidur . Nanti nak masuk waktu Asar bangun mandi turun bawah berkumpul minum petang . Sebelah maghrib selalunya akan solat , tepat jam 8malam mesti dah ada kat bawah tengok tv ke meeting family ke sampai jam 10malam , lepastu naik tidurlah" , jelas Mukriz panjang lebar .

          Bungaa yg mendengar dengan penuh teliti hanya menganggukkan kepala tanda faham dengan apa yg Mukriz sampaikan . Mukriz juga memesan untuk sentiasa bertudung kerana tidak mahu Bungaa Saafiya menunjukkan auratnya dan juga atas dasar keluarganya agak warak .

          Berdebar hatinya rasakan saat ingin bertemu dengan bakal mertuanya itu . Bungaa bimbang keluarganya tidak boleh menerima kehadirannya nanti atas dasar bebeza taraf keluarga .

••••••••••••••
   
          Malam sebelum hari kesana , Bungaa Saafiya membuat kek batik sebanyak 4 bekas aluminium yg besar . Dia memang gemar membuat kek tersebut , bagi dia small matter je nak buat kek batik tu . Siap empat biji kek batik yg tinggal dituang topping sahaja pada esok hari .

          Keesokan harinya , tepat jam 6petang Mukriz menjemputnya di tempat kerja untuk pulang kerumah mummy nya . Sejuk hati Mukriz apabila melihat kekasihnya itu berpalazo labuh dipadankan dengan blouse paras peha serta bertudung bawal . Hatinya jatuh cinta lagi yg entah keberapa kali terhadap Bungaa .

           "Cantiknya future wife b ni" , Mukriz menyapa kekasih hatinya itu yg membuka pintu kereta . Bungaa hanya senyum tersipu malu sambil bergurau "Ada-ada je kan b ni . Sayang kan memang cantik" .

         Mukriz hanya tergelak dengan jawapan Bungaa bagai ingin digigit-gigit saja pipinya itu lantas Bungaa Saafiya membuat memek muka mengajuk percakapannya itu . Dicubitnya pipi Bungaa seperti anak kecil . Bungaa bertindak drastik , dia menggigit lengan Mukriz dengan slamber .

         "Adoii.. Sejak bila sayang jadi dracula ni ? Main kasar nampak ?" , jerit Mukriz sambil meyoalnya .

         "Sayang kan ada darah dracula . B je nak sayang . Ayokk habis lah b kalau kahwin dengan sayang nanti" , ngusik Bungaa sambil tergelak-gelak . Mukriz hanya menjelirkan lidah mengejek Bungaa . Satu jam perjalanan akhirnya mereka tiba di persimpangan taman perumahan yg besar-besar terdiri daripada rumah tiga tingkat .

         Rumah mummynya agak di belakang , setibanya di perkarangan rumahnya alangkah terkejutnya apabila melihat rumah yg tersergam indah . Hatinya pula teringat akan kisah Salwana yg tergila-gilakan Mukriz . Lamunannya terhenti apabila Murkiz mengajaknya turun kereta .

Berahi CintakuWhere stories live. Discover now