B a b 36

8.9K 75 3
                                    

Cinta yang direstu diantara kedua orang tua mereka akhirnya membawa mereka hingga ke jinjang pelamin . Sebulan sebelum mendirikan rumahtangga , Mukhriz Zaqwan kerap memarahi Bungaa Saafiya sehingga berani mengangkat tangan pada wajah gadis itu . Tangisan yang tiada hirauan . Gadis itu tertanya apakah silap yang dia lakukan sehingga diperlaku sedemikian .

"Apa salah ayang ni b sampai b nak marah - marah . Kita jarang jumpa tapi b makin hari makin lain kenapa ?" tanya Bungaa Saafiya ketika dia menelefon tunangnya itu .

"Eh kau ni semak lah ! Rimas . Kau ni memang anjing !! Kau tu Bodoh !! Sial punya perempuan !! Babi ." hanya itu yg keluar dari mulut Muqriz Zaqwan .

Susah untuk diterima oleh Bungaa Saafiya sehinggakan adik angkatnya Tengku Nur Raisya dapat menghidu sesuatu yang memeritkan berlaku pada insan yang dianggap kakak itu . Raisya mempunyai abang bernama Tengku Ammar Faridz Zhain yang berkerja sebagai pramugara di sebuah syarikat penerbangan yang terkemuka .

Memandangkan abang Raisya sedang mengalami nasib yang sama , Raisya meminta pertolongan abangnya itu cuba cool down kan kakak Bungaa nya itu . Ammar yg berkulit cerah dan mempunyai wajah yg kacak , sudah pasti ramai peminatnya . Bungaa Saafiya hanya mengetahui Raisya mempunyai abang tapi tidak pernah tahu dan melihat wajah abangnya itu .

Ammar menelefon Bungaa Saafiya yang dia cuba menganggap gadis itu seperti adiknya , Raisya . Raisya menceritakan sifat Bungaa Saafiya yang sangat manja dan mudah terasa , membuatkan Ammar ingin lebih mengenali tentang gadis itu dari dulu lagi , tetapi tiada peluang yang diterima .

"Bungaa yang comel kenapa menangis ? Richa ada bagitahu Bungaa tengah down . Why dikk ? Siapa buat adik abang ni , bagitahu abang" ,ujar Tengku Ammar Faridz Zhain .

"Lelaki semua sama ! Tak guna ! Bila dia tak ada apa , kita bantu dia , kitalah segalanya . Bila dia dah senang , kitalah sampahnya" ,jawab Bungaa Saafiya sampai berjurai airmata .

"Kenapa dia menyakiti hati awak dik ? Dia ada orang lain atau ada something yang Bungaa nak luah kat abang ?" ,soal Ammar pula .

"Tak ada apalah bang . Bungaa okay ", perbualan itu terputus begitu sahaja selepas panggilan itu dimatikan oleh gadis tersebut .

Tengku Ammar Faridz Zhain berasa ada sesuatu kelainan pada gadis ini dan ingin berkenalan dengan lebih mesra lagi . Dia meminta pertolongan pada Raisya agar dapat mendekati lagi hati Bungaa Saafiya yang sudah lama ingin dia terjah .

Hubungan Bungaa Saafiya bersama Tengku Ammar Faridz Zhain semakin akrab . Kali ini hatinya diuji pula . Dia sudah tidak menghiraukan lagi Muqriz Zaqwan . Hatinya semakin kelam untuk tunangnya atas keperitan yang harus ditelan selama ini .

Majlis Raja Sehari Bungaa Saafiya dan Mukhriz hanya berbaki dua minggu sahaja lagi . Namun hati Bungaa kini mati untuk Mukhriz yang telah banyak menyakiti hatinya . Kesungguhan Mukhriz meminta maaf pada gadis tersebut sangat jelas , namun perasaannya yang telah terhiris , tidak sewenangnya gadis itu memaafkan .

Dia sudah terlalu cukup masak dengan kata - kata maaf yang keluar dari mulut Mukhriz . Kerana kata - kata maafnya hanyalah seketika dan akan mengulangi semula seperti selalu .

Kini Mukhriz terduduk , dia begitu runsing dan tidak tahu apa jalan kesudahannya bagi semua ini . Gadis yang selama ini banyak bersabar dengannya , kini tidak lagi seperti dahulu lagi . Kehilangan Bungaa Saafiya membuatkan Mukhriz tidak dapat lagi fokus pada pekerjaannya . Hari kian berlalu , dia hanya mampu menakung air mata dan berdoa agar hati Bungaa Saafiya terbuka untuknya .

"Mama , akak taknak kahwin" ,ujar Bungaa Saafiya melalui telefon sebaik sahaja ibunya menjawab panggilan telefonnya .

"Dah kenapa ? Mukhriz dah bagitahu mama dia menyesal kasar dengan kakak . Tak ada orang yang tak buat kesilapan kat dunia ni kak . Jangan jatuhkan airmuka mama.." ,ujar ibunya yang tak tahu pun apa sebenarnya yang terjadi .

Bungaa Saafiya semakin bingung , apa yang harus ingin dilakukan olehnya . Dia kini di dalam dilema . Perasaan khuatir bercampur takut semua ada di dalam dirinya . Dia bimbang jikalau tersilap membuat keputusan untuk memilih imam dalam hidupnya .

Akhirnya , Bungaa Saafiya membuat keputusan untuk menjauhkan diri dari Tengku Ammar Faridz Zhain . Dia kembali memujuk hatinya sendiri untuk Mukhriz . Walaupun sakit yang dirasakan namun dia harus menjaga airmuka orang tuanya , akan tetapi hatinya telah hancur . Mana mungkin dia dapat memaksa hatinya yang telah hancur-sehancurnya .

Kini Mukhriz sedar Bungaa Saafiya lah yang terbaik untukknya . Kehilangan seketika Bungaa Saafiya membuatkan dia benar - benar merasakan kehilangan , bagai hidup yang kosong tanpa erti . Lagi beberapa hari majlis besar mereka akan berlangsung . Debaran kian terasa . Mukhriz Zaqwan sangat excited tetapi Bungaa Saafiya tidak mempunyai feeling mahu berkahwin disebabkan hatinya masih sakit dan terasa dengan kata - kata Mukhriz yang pernah dilemparkan . Siang malam Bungaa Saafiya runsing memikirkan apakah patut teruskan mahupun tidak .

Mana mungkin hati akan mudah memaafkan.. Orang yg akan menjadi imam dan yang akan membimbing dirinya nanti adalah , orang yang berani menengking dirinya sebelum ini . Bungaa teringat apa yang pernah dibaca dari kisah KRT ( Kisah Rumah Tangga ) di facebook , lelaki yang berani menengking wanita juga akan berani naik tangan pada wanita tersebut . Tetapi Bungaa Saafiya cuba kuatkan hati dan menafikannya tidak akan berlaku . Bungaa Saafiya telah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Mukhriz Zaqwan .

Setekah berfikir-fikir , Bungaa ingin memutuskan pertunangannya . Telefon bimbit Mukhriz berbunyi notifikasi dan tertera nama "CINTA". Mukhriz yang baru terjaga dari lelapnya terus mencapai telefon bimbitnya . Tersenyum dia tanda bersyukur kerana bakal isterinya telah unblock dirinya di whatsapp . Dia dengan excited membuka pesanan yang dikirimkan oleh Bungaa Saafiya .

'Saya dah buat keputusan....tak ada apa lagi yang perlu diteruskan antara kita . Mulai hari ini awak buat haluan awak , saya buat haluan saya . Awak nak terima atau tidak , awak punya pasal . Kita putus !'

Tergamam seketika Mukhriz setelah membaca pesanan tersebut . Terus di dialnya Bungaa Saafiya namun nombornya tidak dapat dihubungi lagi . Tanpa berlengah lagi , Mukhriz start engine keret lalu memecut pergi ke rumah sewa Bungaa Saafiya . Setibanya dia di perkarangan rumah sewa wanita tersebut , keluar seorang housemate Bungaa yang Mukriz sangat kenali kerana dia adalah kawan baik Bungaa .

"Kau nak cari siapa ? Puas hati kau buat Bungaa menangis berbengkak mata ? Dah terlambat dah...Dia dah pun pergi KLIA sebab flight dia pukul 7 petang" ,ujar kawan baik Bungaa Saafiya .

"Dia pergi mana ?" tanya Mukhriz Zaqwan yang matanya sudah berkaca menahan air mata .

"Dia kata ke Sabah untuk tenangkan fikiran . Akak rasa kau tak payah lah ganggu dia lagi . Terlalu banyak kau dah sakitkan dia . Perempuan yang baik yang penyabar macam kau tak layak untuk dia", ujar kawan baik Bungaa Saafiya padanya dengan marah .

Mukhriz terus meluru arah ke KLIA . Tiba di KLIA , Mukriz berlari-lari mencari wanita genit itu . Tapi sayangnya wanita itu telah turun ke bawah untuk sedia berlepas . "Bungaaaa !" , jerit Mukriz Zaqwan yang melihat kelibat wanita itu turun escalator . Bungaa Saafiya memalingkan seketika dan terus laju berjalan sehingga hilang dari pandangan jejaka tersebut . Seperti tidak jejak ke tanah kakinya . Mukriz menangis sehendak-hendaknya kerana kebodohan diri sendiri , dia telah hilang wanita yang sangat sempurna untuknya .

'SELAMAT JALAN CINTAKU..SEMOGA SATU HARI NANTI KAMU BERUBAH HATI UNTUK BERIKAN AKU PELUANG SEKALI LAGI'.

             Bungaa Safiyaa pergi demi ketenangan jiwa dan raganya  . Cinta yang tulus hanya datang sekali , tidak ada yg kedua kalinya . Kerana bila datang kedua kalinya pada orang yg sama , ia takkan pernah sama seperti ia bermulanya rasa cinta .
                               

                                       - TAMAT -
            Jangan lupa follow tiktok : cha.doonatkitty

Berahi CintakuWhere stories live. Discover now